Friday, June 3, 2011

Mengubati Penyakit Malas

Sebelum aku nak mengubati penyakit malas aku ni...aku seharusnya mendignosis punca-punca mengapa aku jadi malas.
Clue pertama, aku seorang yang mempunyai kekuatan kerohanian dan kekuatan aku adalah berpunca daripada spiritual---(cuba tengok dan detect cepat mengapa aku jadi malas?)
Ya..aku berjaya mengubah diri aku kerana aku suka membaca duluuuu..semasa zaman pencarian dan krisis identiti dulu kala aku membaca Novel sasterawan negara, aku baca Rancangan Malaysia Pertama, aku baca Buku Hijau, Buku Merah, aku terlalu banyyyak membaca buku nasionalisme sampai berpinar biji mata..kemudian aku pergi Kem metakurikulum anjuran MARA (see MARA)..kemudian aku membaca buku HAMKA (Pembakar semangat) aku mendedahkan diri aku kepada bahan-bahan yang menguatkan semangat aku. Aku mengaji AL-Quran hari2 termasuk terjemahannya sekali---->>aku rajin, bersemangat, dan ingin sekali menongkat langit.

Pernah suatu ketika dahulu semasa zaman Universiti, aku pernah menjadi begitu pemalas... tahap penyakit berjangkit. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Pernah dan aku masih merasakan bahawa Syaitan sedang cuba menjahanamkan aku sekrang ni. Seperti Syaitan itu pernah cuba menjahanamkan aku dulu..Semakin kuat Iman seseorang semakin kuat juga hasutan dan ajakan Iblis Laknatullah.

Hari ini aku cuba berpuasa 1 Rejab--dan aku gagal. Aku cuba gagahkan diri untuk solat di awal waktu dan masih gagal untu solat Subuh dan Maghrib. Aku cuba membuka Al-Quran tapi Quran itu kecik je di mataku. Aku tidak membaca..okey2 aku membacakan cerita Tortoise and The Hare, Lion and a mouse, Will and his buttons untuk anak-anakku, aku membaca blog catatan orang2 dan kurasa bahan itu terlalu ringan sedangkan aku perlukan kekuatan yang besar. Aku perlu lakukan sesuatu...Buat sesiapa yang membaca entry ini...jangan komen atau bandingkan diri anda dengan saya. Kerana saya tidak sama dengan kemalasan bangsa kita yang merempit atau membohsiakan diri (atau sekarang ini kemalasan aku sama jer dengan kemalasan bangsa kita yang merempit dan membohsiakan diri itew) untuk mengambarkan tahap kemalasan ini.

Untuk mengubati penyakit malas ini, pertama sekali aku perlu solat hajat. Minta pada Tuhan agar kembalikan sifat rajin kepadaku. Seterusnya berzikir 100X kali. Mohon dipermudahkan segala urusan. Atau perlu aku harus bangkit dari tidur untu mengerjakan solat sunat tahajud dan hajat sekali. Aku perlu betul2 berazam dan bertaubat. (Jangan sangka sungguhpun aku sudah Hajah tetapi Syaitan itu tidak mengodaku..malah lebih hebat barangkali).
Aku juga patut join jemaah surau, wanita atau sebarang pergerakan dan pertubuhan agama seperti dulu aku join PMIUM dan Darul Fitrah. Seharusnya ku juga menyedekahkan 70 surah Al-Fatihah sekali duduk baca. Kuat semangat dan cari kekuatan sekarang.

Salam 1 Rejab, Bulan Allah....Moga segala keberkatan dalam bulan ini dapat kuperoleh sebanyak-banyak. Ku Lihat Hijau!!! (Sori at least for time being and after before PRU.. i very dislike pink colour, he he he)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...