Saturday, June 4, 2011

Jemaah kolesterol--mengubati penyakit malas part II

Mengapa harus ada part II dalam pada aku merungkai penyakit malas aku ni.. ya ya hari ni aku masih malas..walaupun sudah ke hujung sempadan Mentakab Jerantuut aku pergi kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupuku...still malas juga. Malas nak tolong rewang..hanya duduk-duduk sahaja mencari-cari sesiapa untuk diajak berbual. Pernah juga terdetik di minda ku malah aku masih mengagumi Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri yang tidak pernah malas2 untuk meraih sokongan dan berhempas pulas menarik sokongan golongan muda (atau sekurang-kurang memujuk semula pengundi lama kembali mengundi kerajaan ahaks!!)
Mereka bekerja (dengan dibantu pekerja-pekerja setia) tanpa jemu dengan kuasa yang ada dan kekuatan kedudukan mereka kerana mereka ada kuasa yang dipilih oleh rakyat (yang tidak memilih pun respect juga akan kerajinan mereka) Yes!!mereka terlalu rajin umpama peniaga yang menjual barang untuk dapat keuntungan berlipat kali ganda demi negara tercinta. Adakah kakitangan kerajaan yang baru berusia 6 tahun ini memahami dengan sebenar-benar akan cita-cita nun menongkat langit ini. fahamkah aku!! aku seolah-olah remaja yang mencari krisis identiti tetapi kali ini mengalami krisis identiti aku dalam kerja kerajaan. Balik dari Kuala Krau pun aku masih malas...keuntungan hari ini NIL. Atau patut selepas tengok tv ni aku terus bergegas minum secawan kopi, menukar pakaian, solat ssunat dan fardu. dan terus tidur atau menanda kertas?? malam ini aku tengok muka Arif dan Iman...nampak tak mereka akan muka ibunya yang sedang dilanda penyakit malas ni. Nak, carikan mama ubat!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...