Wednesday, June 8, 2011

Sudahku duga...saraf telinga sebelah kanan Iman tidak berfungsi


Ini Iman pada pukul 9.00 pagi, ceria senyum dan gembira..yeah yeah nak pergi Batu Pahat (semalaman tak tidur nyenyak, dah bagitahu yang dia ada appointment, tu yang excited sangat tu)
Ini pula saya dan Ariffin bergambar depan tempat menunggu--kira-kira jam 11.00 pagi ni, dua jam dah menunggu..(sempat bersakit perut dan ke tandas--lega--bagai)
Ini dalam bilik rawatan, mesin penguji pendengaran ni hanya terdapat di Hospital Batu Pahat, Yang di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dah rosak--klise-- 30 minit sebelum tu Iman sudah diberi minum ubat tidur, susahnya nak tidurkan Iman, bila tertidur kena angkat dia masuk bilik--tapi ada patient lain--kena tunggu--bila giliran Iman masuk--jam 12.30 tengahari--Iman jaga tak selesa--ujian tidak dapat dilakukan--bawa Iman keluar jap--pujuk-pujuk--akhirnya dengan stroler2 aku bawa masuk--dan nampaknya pegawai perubatan masih mengurus patient sebelum Iman--(Ayah Iman dah bawa diri pergi kantin, makan tengahari) akhirnya dah dekat2 pukul satu barulah ujian dapat dijalankan dengan keadaan senyap sunyi takut Iman terjaga.-RESULT--dengan selamba pegawai perubatan itu berkata, berdasarkan ujian memanglah didetect telinga kanan Iman gagal berfungsi--maknanya pekak sebelah dan telinga kiri Iman pun ada effect sikit but just nice boleh dengar. Mama Iman--sedih, terasa masa depan aku yang gelap gelita (bukankah aku berada di masa hadapan zaman kecikku ni)--fikir kalau aku dah tak de--semuanya macam zoom flash imej satu persatu.

Seperti yang dijanjikan sudah termaktub dalam lipatan sejarah, hari ini muncul juga. Hari ini kami membawa Iman ke Batu Pahat. Bagi org2 di luar sana yang tidak tahu, kukhabarkan lah di sini bahawa Batu Pahat tu jauh giler...dari tempat tinggal aku sekarang ni.

Mama Ariff tetap tabahkan diri.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...