Exclusive gambar anak unta dan mama unta. Anak unta menyusu mama unta, jadi mama unta ada banyaakkk susu unta. Mama Unta makan daun-daun import dekat ladang unta. Saya bayangkan ladang unta tu macam ladang lembu atau kambing rupa-rupa hanya sekawan unta yang dijaga oleh penjaga unta dari Sudan. Sedapkah susu unta? Sedap..manis sikit cuma bila tiba-tiba anda minum susu unta segar yang baru sahaja diperah di depan mata anda sedikit tergamam lah tu lah pasal saya hanya meneguk satu kali sahaja, satu mangkuk besi harga Riyal Saudi 5. Pada hal hari-hari saya turun ke kedai runcit depan Hotel Janadriah tu beli susu segar dan Laban..(he he he). Pasal gambar2 ni upload dari tepon Sony ericsoon w200 jer, tu yang jadi kualiti agak kurang tu.
No comments:
Post a Comment