Friday, December 30, 2011
Thursday, December 29, 2011
Azam Baru & Persediaan Menerima NewBorn
Saya sedang menyedarkan diriku..bahawa saya telah pun selamat menandatangani borang SPBA (Sistem Perkhidmatan Baru Awam?) Sudah setahun berstatus Guru Perpustakaan yang tak popular? Seorang guru sesi pagi yang sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran yang serba serbi awal tetapi selalunya saya fail!! Pengurus rumah tangga yang tidak secekap jiran2 sekelilingnya dan seorang pemandu Kelisa yang sangat menjengkelkan pemandu lain kot.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun depan saya ada azam baru dengan menterbalikkan statement di atas. Yanz!! sila jangan mencebikkan bibir kau Menjadi guru Perpustakaan yang mempopularkan perpustakaan, menjadi seorang guru sesi pagi yang serba serbi awal, pengurus rumah tangga yang secekap jiran-jiran sekeliling dan bertangan sejuk ketika menanam pokok-pokok dan seorang pemandu kereta BARU yang jengkel dengan pemandu-pemandu lain kerana sewenang-wenangnya hon kat saya di traffic light yang sedang bertukar warna merah ke hijau.
------------------------------------------------------------------------------------------------Persediaan menerima Newborn
- Nama yang baik
- Penyusuan susu ibu exclusive 6 bulan
- pakaian yang sentiasa bercuci dan bersih
- set bersalin Air Mancur
- Keazaman yang kuat serta stamina yang tinggi untuk mencapai sesuatu target
- Pengasuhan anak-anak betul dan "on-track" atas rel pendidikan Islam.
Barang-barang bayi...mungkin tidak diperincikan masih peringkat 2nd trimester akhir.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Template baru adalah bertujuan menguatkan keazaman untuk menjadi kakitangan awam yang berhala tuju hu... hu...hu
Saturday, December 24, 2011
IMaN BerMain Air
Wajah terbaru Iman dengan sebatang gigi bawah yang baru hendak tumbuh. Gigi atas pun nak tumbuh sebatang, manakala ada dua lagi gigi geraham bawah yang mula nak tumbuh. Iman sudah tumbuh gigi geraham atas sejak 3 bulan yang lalu lagi. Semua sekali jumlah gigi yang tumbuh ialah 6 batang. Alhamdulillah. Dia sudah belajar nak bangun dengan bantuan. Malangnya sudah tidak ke Fisioterapi sebab mamanya sudah miss appointment sebab kursus. Dan kegemaran Iman ialah Main Air!! Harapan...boleh berjalan sebelum dapat adik baru hu hu hu...3 months more to come..
Tuesday, December 20, 2011
Sebuah sketsa pendek..pada Hari Keluarga
Dalam hati...berapa bulan baby ni? Rambut lebat dan hitam. Saya memandang cucu ketiga Cik Mek @ Adnan bin Pawi dalam pangkuan anak perempuan sulungnya yang memakai tudung putih. Sebelum tu, saya tidak mengenali siapakah gerangan ibu ini, tetapi berdasarkan wajah yang seiras2 adik-beradiknya yang lain, lantas saya boleh mengagak bahawa ini ialah anak Cik Mek. Kemudian, saya mendekati baby ini dan bertanyakan kepada ibunya tanpa memperkenalkan diri (ramah ke kalau berbual tak tanya nama he he...)berapa bulan baby ni. Dua bulanlah kak, dia jawab. Anak ketiga..tak tanya pulak anaknya tu lelaki ke perempuan. Rambut yang lebat sangat ini rambut sejak lahirkah? Tak..masa lahir memang lebat cam ni tapi dah cukur, ni rambut baru tumbuh ni. (Dalam hati..mak aii>.lebatnya!)Bayi yang sangat comel dan semangat...Selepas itu, saya menyambung pula...baby2 ni masa baby memang semangat tapi bila start masuk umur satu tahun mulalah susut badan. Betul kak...dia membalas merujuk kepada anak kedua dia yyang dalam dukungan suami dia. Ibu ni tidak bekerja..suri rumah. Susahlah kerja, tak de siapa nak jaga anak. Betul...aku mengangguk. Akhir sekali, saya terus menatap baby ini dengan perasaan kagum dan tumpang bahagia. Moga menjadi anak yang soleh dan mengingati ahli keluarga serta menjadi sinambungan program seumpama ini.
Catatan : Kita boleh memilih untuk menjaga keluarga kita atau bekerja kan? Tapi, dalam keadaan tersepit seperti yang sedang saya alami dengan menjadi kakitangan kerajaan kategori A, tidak ada pilihan untuk sain option 60thn, tambah2 lagi saya kerja kerajaan lambat start umur 30-an. Walaupun tahu risikonya seperti menjadi watak yang boleh diugut2 oleh bos bila prestasi tidak meningkat @ tak popular, mengalami tekanan perasaan akibat perangai murid dan prestasi pelajar yang merudum dan ditekan dengan masa dan kehendak diri untuk maju dengan anak-anak kecil yang sentiasa perlukan masa dan diri ibunya dan mengembangkan lagi bilangan ahli keluarga sudah tidak dikira. Sain option 60 tahun adalah SURVIVAL. Semua masalah itu boleh diselesaikan dengan kerjasama dan team work serta kawan baik(best friend yang sefikiran dengan kita). Saya rindukan bekerja pada sesi petang kerana kerjasama dan teamwork itu.
Dan adakah semua orang akan berfikir panjang semasa memangkah pada Pilihanraya Umum kelak? he.. he ...
Sunday, December 18, 2011
Maa....
Ariff berumur 3 tahun setengah, tahun depan akan sekolah tadika kemas dan akan duduk rumah Atok Man semula. Alasan : dah pandai gi bilik air sendiri. Alasan kukuh menyekolahkan Ariff ialah mengikut jejak langkah mamanya yang memulakan persekolahan pra tika umur 3 tahun setengah a.k.a langkah satu penjimatan. Moga-moga dapat guna pensel dan colour dengan sepatutnya dan bukannya lakaran tanpa makna.
Tuesday, December 13, 2011
Aku, Jambatan Muar dan Kursus I-Think
Jauh di sudut hati, saya sangat menyintai Muar. Sudah 8 tahun saya bermastautin dan bekerja di bandar Muar. Jambatan Muar itulah jejak-jejak yang saya lalui dan tinggalkan saban hari demi meneruskan cabaran hidup bekerjaya. Atau mungkin saya rindukan pemandangan Gunung Ledang yang akan saya perhatikan setiap kali saya berhenti di traffic light Pekan Rawang. Siapa sangka saya menetap di sini, saya tidak boleh meramal masa depan cuma ada sedikit harapan yang lebih baik sahaja..
Ini saya bersama-sama kawan-kawan dalam kursus dalam perkhidmatan terlama sepanjang saya berkhidmat di Convent selepas Kursus BTTP(komputer tahun 2006). Kami dengar taklimat, latihan, bengkel dan kursus, makan, bual-bual, dan mendapat input baru sepanjang 5 hari dari 5- 9 Disember. Yang Nervousnya ialah akan dipraktiskan bila naik sekolah nanti.
Kursus itu ialah Kursus I-Think. Memperkenalkan 8 jenis peta berfikir yang standard bagi semua guru dalam pengajaran mereka...(Mesti kawan-kawan semaktab jealous nih!!)
Kelisa saya tuh dah penat agaknya berenang-renang di Sungai Muar, dalam kondisi yang tak stabil, perlu diservis di kedai ikan agaknya...emmm..
Ini saya bersama-sama kawan-kawan dalam kursus dalam perkhidmatan terlama sepanjang saya berkhidmat di Convent selepas Kursus BTTP(komputer tahun 2006). Kami dengar taklimat, latihan, bengkel dan kursus, makan, bual-bual, dan mendapat input baru sepanjang 5 hari dari 5- 9 Disember. Yang Nervousnya ialah akan dipraktiskan bila naik sekolah nanti.
Kursus itu ialah Kursus I-Think. Memperkenalkan 8 jenis peta berfikir yang standard bagi semua guru dalam pengajaran mereka...(Mesti kawan-kawan semaktab jealous nih!!)
Kelisa saya tuh dah penat agaknya berenang-renang di Sungai Muar, dalam kondisi yang tak stabil, perlu diservis di kedai ikan agaknya...emmm..
Saturday, December 3, 2011
BERDIKARI
Berdikari ialah akronim bagi berdiri atas kaki sendiri. Makna dari segi moral pula adalah kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada org lain. Bulan ini Iman akan berumur setahun setengah dan kebolehan dan perkembangan terbarunya mengangkat badan dan bertahan untuk berdiri di pintu gril dengan agak lama..Gambar diatas dijangka akan menjadi kenyataan lebih kurang 3 bulan lagi hik..hik..
Subscribe to:
Posts (Atom)