Tuesday, December 20, 2011

Sebuah sketsa pendek..pada Hari Keluarga


Dalam hati...berapa bulan baby ni? Rambut lebat dan hitam. Saya memandang cucu ketiga Cik Mek @ Adnan bin Pawi dalam pangkuan anak perempuan sulungnya yang memakai tudung putih. Sebelum tu, saya tidak mengenali siapakah gerangan ibu ini, tetapi berdasarkan wajah yang seiras2 adik-beradiknya yang lain, lantas saya boleh mengagak bahawa ini ialah anak Cik Mek. Kemudian, saya mendekati baby ini dan bertanyakan kepada ibunya tanpa memperkenalkan diri (ramah ke kalau berbual tak tanya nama he he...)berapa bulan baby ni. Dua bulanlah kak, dia jawab. Anak ketiga..tak tanya pulak anaknya tu lelaki ke perempuan. Rambut yang lebat sangat ini rambut sejak lahirkah? Tak..masa lahir memang lebat cam ni tapi dah cukur, ni rambut baru tumbuh ni. (Dalam hati..mak aii>.lebatnya!)Bayi yang sangat comel dan semangat...Selepas itu, saya menyambung pula...baby2 ni masa baby memang semangat tapi bila start masuk umur satu tahun mulalah susut badan. Betul kak...dia membalas merujuk kepada anak kedua dia yyang dalam dukungan suami dia. Ibu ni tidak bekerja..suri rumah. Susahlah kerja, tak de siapa nak jaga anak. Betul...aku mengangguk. Akhir sekali, saya terus menatap baby ini dengan perasaan kagum dan tumpang bahagia. Moga menjadi anak yang soleh dan mengingati ahli keluarga serta menjadi sinambungan program seumpama ini.

Catatan : Kita boleh memilih untuk menjaga keluarga kita atau bekerja kan? Tapi, dalam keadaan tersepit seperti yang sedang saya alami dengan menjadi kakitangan kerajaan kategori A, tidak ada pilihan untuk sain option 60thn, tambah2 lagi saya kerja kerajaan lambat start umur 30-an. Walaupun tahu risikonya seperti menjadi watak yang boleh diugut2 oleh bos bila prestasi tidak meningkat @ tak popular, mengalami tekanan perasaan akibat perangai murid dan prestasi pelajar yang merudum dan ditekan dengan masa dan kehendak diri untuk maju dengan anak-anak kecil yang sentiasa perlukan masa dan diri ibunya dan mengembangkan lagi bilangan ahli keluarga sudah tidak dikira. Sain option 60 tahun adalah SURVIVAL. Semua masalah itu boleh diselesaikan dengan kerjasama dan team work serta kawan baik(best friend yang sefikiran dengan kita). Saya rindukan bekerja pada sesi petang kerana kerjasama dan teamwork itu.
Dan adakah semua orang akan berfikir panjang semasa memangkah pada Pilihanraya Umum kelak? he.. he ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...