Saya tidak mengambil cuti awal kerana setiap pagi saya masih gagah melangkah ke sekolah ...tetapi yang jadi kelakarnya saya menelefon kakak kerani sekolah.."Kak Ita, boleh tak saya cuti awal sebelum beranak..sebab tak beranak2 lagi nih. Saya nak start cuti bulan 4 lah", Dia jawab dari segi prosedur mana boleh..sebab cuti diambil awal dua minggu dari due (29 lah tu)...Dalam hati..SEBAL!!
Dalam keadaaan ini saya harus BERTENANG!!.... Allah memberi ujian ini supaya saya berfikir dan bermuhasabah prestasi mengandung kali ini setelah 40 minggu ...ada ke...kesalahan2 sebagai hamba yang kulakukan yang mungkin mengundang murka kepada-Nya.