Friday, March 16, 2012

Siapalah yang sudi mendengar...


Hari ini sudah 1tahun 8 bulan lebih umur anak saya Iman. Dia dilahirkan dengan fizikal yang normal, tetapi minggu demi minggu, bulan demi bulan dan makan bertahun sudah fizikalnya tiadalah berkembang sebagaimana bayi-bayi normal yang lain. Setakat ini kemampuan dia untuk bergerak hanyalah maju yang perkembangan "maju" itu sudah mencecah setahun lebih pulak tu. Maju dia bukanlah seperti maju budak 6 bulan atau 8 bulan tetapi tersangatlah pantas dan laju. Orang begitu mudah mempersalahkan ibu bapa yang anak mereka tersangatlah lambat kemajuannya dek kerana kes-kes "Special Needs" namun, saya sebagai ibu kepada Iman yang kes-kes Sindrom Down nilah yang hari-hari menelannya. Berat badan tak naik terasa diri malas nak kasi makan., tak pandai berjalan lagi terasa diri tak sempat meluangkan masa mengajar berjalan, Tak pandai bercakap (mean tak sebutir pun perkataan yang difahami even memanggilku mama) terasa diri tak mengajar dia bercakap...patutlah rasa diri nak kena pergi fisoterapi hari-harilah, kasi makan susu Pediasure lah, atau patut ke kelas Baby Sign Language lah dan macam-macam lagi. Merasa diri serba kekurangan dalam kemeriahan dunia Internet, Ipad dan I-Think bagai itu. Apatah harga membesarkan anak dikira berdasarkan result seperti berapa tahun dah pandai cakap atau berjalan, berapa tahun dah pandai mengaji atau sekolah nanti dapat nombor berapa dan apa yang dia makan pakai dan sebagainya. Hari ini saya betul2 letih dan rasa tidak berdaya apatah dalam keadaan sarat mengandung 9 bulan untuk berfikir dan mengenangkan semua itu. Iman pastinya bakal mendapat adik yang akan memimpin tangan abangnya tika berjalan dan menjadi peneman dia ke mana-mana malah kehidupan mereka anak-anakku itu adalah berdasarkan ilmu mereka nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...