Saturday, October 25, 2014

Si Luncai Terjun dengan labunya..biarkan..biarkan..

Jujurnya saya tidak hafal sangat cerita Si Luncai ni tetapi yang sangat saya ingat ialah bahagian bila si Luncai sudah diketahui akan terjun ke laut berbekal pelampung labunya...para pemerhati yang mengetahui perbuatan si Luncai itu terpaksa membiarkan kerana tiada berkuasanya mereka dan sikap si Luncai itu sendiri yang tidak mendengar kata orang. Sebagai seorang pendidik, kadang-kdang saya hanya mengambil sikap mendiamkan diri apabila ada perkara yang pada hemat saya tidak sepatutnya berlaku dalam dunia pendidikan kerana bercanggah dengan prinsip diri dan pandangan saya terhadap konsep pendidikan. Hal ini kerana saya berasa suara saya hanya bersifat anjjing menyalak bukit dan suara saya takkan didengari. Lagipun saya selalu sahaja berfikir bahawa sekiranya saya bersuara maka sayalah yang harus mengambil tindakan itu dan saya juga takkan tahan kena kritik dan umpatan. Itu mungkin kelemahan diri saya, tetapi dalam soal mendidik satu kelas ini saya benar-benar yakin bahawa saya berada di jalan yang benar. Saya guru Bahasa Melayu, dan kelas ini satu-satunya kelas yang saya ajar pada tahun ini kerana saya ialah Guru Perpustakaan. Dalam banyak-banyak mata pelajaran sayalah guru yang paling banyak masanya mengajar BM ini kerana BM 6 waktu seminggu walaupun satu waktu untuk NILAM selalu sahaja waktu NILAM itu saya ambil untuk buat galakan membaca dalam bentuk lain. Sayalah yang kerap masuk kelas ini. Setelah hampir 10 bulan saya mengajar, saya dapati hasil pengeluaran kelas ini sangat menghampakan. Langsung tidak mencapai tahap yang selalu saya dapat. Bagi kelas yang dari segi pembahagian kaumnya seimbang, saya rasa pelajar- pelajar ini tidak menunjukkan kemajuan langsung. Punca utamanya ialah kegagalan sistem disiplin kelas itu berjalan. Pada awal tahun, pelajar sudah diberi tempat duduk mengikut susun atur integrasi...makna tiada pelajar yang akan duduk dengan kaum yang sebangsa dengannya, tetapi selepas beberapa kali bertukar kelas sebab lebih mengutamakan kelas elit yang ada seorang pelajar yang sakit belakang sistem ini gagal dilaksanakan atas keengganan para pelajar mengikut sistem tersebut lagi, diburukkan lagi pendidikan yang mengutamakan pembelajaran berkumpulan berasaskan teknik belajar I-Think yang menyebabkan para pelajar ini dikelompokkan mengikut kumpulan yang katanya memaksa guru menggunakan kaedah pelajar lebih banyak aktiviti berbanding guru. Pada pendapat saya, belajar berkumpulan itu tidak semesti duduk macam saya di sekolah rendah 1983-1988 dulu 6 orang satu kumpulan, saya bekas pelajar sistem KBSM sek men...tetapi di sekolah menengah saya duduk berdua dengan budak Cina atau budak lelaki, tetapi sewaktu sesi pembelajaran yang mengkhendaki saya berbincang automatik sahaja saya boleh menyusun meja dan kerusi menjadi satu kumpulan. Tetapi saya sangat hairan mengapa tahun ini pelajar saya ini disusunkan sedemikian rupa...bukankah orang yang mencadangkan dan mewajibkan susun atur berkumpulan juga adalah ibaratnya bekas2 guru saya yang sama. Bila saya menyuarakan pendapat saya kepada pelajar mereka mengetawakan saya, bila saya menjerit dan menengking, guru di sebelah kelas menunjukkan simpati kepada saya, bila saya bercakap baik-baik secara panjang berjela...saya disuruh diam oleh seorang pelajar saya. Saya disuruhnya menyaman mereka dengan kad kuning kalau tidak tiada tindakan disiplin yang diambil. Menyaman mereka kerana semua pelajar tidak duduk sebelah rakan bukan sebangsa. Saya tidak suka pelajar duduk mengiku t kaum kerana saya dulu TIDAK duduk sebelah kawan baik saya dan kini saya berjaya. Sebagai guru yang mengajar selama 10 bulan dengan jujur dan berniat baik untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar tetapi seringkali digagalkan kerana sistem tempat duduk tidak berjalan. Jadi, apatalah lagi yang saya boleh katakan jika sampai peperiksaan pun mereka gagal membuat karangan dengan baik...ya kegagalan mereka kegagalan saya, tetapi saya masih berpegang pada panji kebenaran bahwa menuntut ilmu itu sangat susah kerana hidup ini sangat komplikated...tetapi sekiranya seorang guru yang bercakap benar, bercakap atas landas kebenaran maka dengarilah dan jika ada para penuntut ilmunya yang memerhati rakannya berbuat salah kepada guru tersebut maka pertahankanlah gurunya itu.....tetapi di sini, saya disuruh diam oleh pelajar saya, saya dimaki malah dikeji, saya diketawakan malah segala nasihat saya ibarat mencurah air ke daun keladi sedangkan permintaan saya hanya satu...tolong duduk ditempat yang ditetapkan. Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...