Lesson Learned 1 : Semasa pemeriksaan pakaian, aku sedaya upaya untuk memastikan uniform No.3 untuk kawad kaki KaSPAm ni mematuhi segala mak nenek jadual pemarkahan. Tetapi aku rasa pakaian pasukan kawad kaki ini lah yang paling tak lengkap. sebab semua pun "PINJAM". ada ahli yang beli sendiri dan aku pulak tak mewajibkan murid beli sendiri tapi rupanya inilah rupanya tendangan penalti penentuan kekalahan. The rest.....apa yang tak lengkap . nanti aku buatkan modul nya.
Misi aku tercapai sebenarnya dari awal mencari pasukan, aku dah terangkan kenapa aku nak KaSpaM yang akan masuk. Sebab aku tak faham kenapa nak masuk pertandingan secara penggiliran tapi masa giliran aku (KPAM) nak kena bawa pasukan lain. Sebab pasukan lain tu ada baju. Apa jenis peraturan ntah.. bukan ke setiap guru penasihat itu juga ada pangkat dalam pasukan unit beruniform, Hello, kita bukan karangan pasang siap dalam BM atau Jawapan KBAT Tikus dalam Sejarah. Kita adalah KPAM authentic, original dan Asli. Dahlah aku masuk KPAM dengan tak ada modul dengan zero.. aku belajar sikit-sikit. Cuma dulu ada bekas pelajar macam Shahiran, macam Alif Irsyad, yang sanggup mengetuai pasukan. Tapi kali ini, dengan berbekal "aku" memang tak ikut lah diorang sebab aku juga ada masalah rendah diri. Tapi aku redah aje. PINJAM pun PINJAM lah. Cuma kali ni aku tak pinjam Tun Mamat lah sebab pasukan itu bertanding sekali.
Dalam modul aku, beberapa murid dalam gambar ini antara antara pelapis yang akan aku cuba bawa Kaspa ke peringkat Zon. Inshallah tahun hadapan.

Cikgu Rifaein banyak membantu, sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh diharap untuk membantu. Dua minggu yang hectic, mencabar dan tercabar . pace yang lambat macam siput termasuk lah semua cikgu tak ada pengalaman MENANG. Bukan lah mustahil untuk menang, cuma aku tak meletakkan KPI MENANG sebagai sasaran, cuma sasaran tersesat terus huhu... Terima kasih orang baik dan anak-anak yang sanggup bertanding walaupun tanpa pengalaman dan latihan yang mencukupi,. Maafkanlah cikgumu ini yang serba serbi tak tahu dan tak berapa faham sebenarnya.


Biarlah gambar berbicara sebab kepala dah penat sebenarnya. Fokus seterusnya ialah kenaikan pangkat. Nak bawa sekurang-kurang dua kereta (8 orang) yang boleh atau macam boleh. Doakanlah berjaya.



No comments:
Post a Comment