Mencari T-Shirt Muslimah? Di IPTA khususnya dah jadi trend siswi-siswi pakai T-Shirt sebagai pakaian casual. Sesuai digayakan dengan seluar slack? jean
Friday, July 31, 2009
Muslimah T-Shir for Sale
Mencari T-Shirt Muslimah? Di IPTA khususnya dah jadi trend siswi-siswi pakai T-Shirt sebagai pakaian casual. Sesuai digayakan dengan seluar slack? jean
Sunday, July 26, 2009
Ariff dan Air Kodial MARDI
Aku mengajar di SMC Muar, Convent Muar. Beberapa minggu lepas aku join Hari Keusahawanan dengan menjadi pembekal kodial NUTRIMA keluaran MARDI. Kenapa mesti kodial? Wah..hh ya kenapa ye? Promosi kodial bukan bermakna aku menggalakkan orang semua minum air manis2 tetapi aku memahami bukan semua orang minat air masak or air jarang macam seperti yang sepatutnya diambil 8 gelas seharikah? He he... aku adalah seseorang yang tak boleh minum air masak dengan banyak sampai berliter2 cam pelajar cina kat sekolah nu. Oleh kerana aku menyusukan anak dan memerlukan aku minum banyak..aku selalu menambahkan kodial dengan jumlah yang sedikit-sedikit agak2 manis3 buah je, then barulah aku dapat meneguk satu tupperware besar air per day. Aku ingin berkongsi kesedapan air kodial ni kepada teman-teman di sekolah.
Monday, July 20, 2009
Manageable
6.00 pagi terbangun, anak nangis minta susu. Susukan dia dulu. Lantas tertido.
Kang kejap lagi 5 minit pukul 7 pagi. Kubangun dengan tergesa-gesa untuk
sembahyang Subuh.
9.30 pagi Bangun dari tidur yang kuulangi. Protegeku Ariff tak bangun gak. Oklah.
Mama faham la kau tu demam.
Basuh pinggan mangkuk. Basuh baju. Tengok tv.
11.30 pagi Siap-siap gosok baju, mandikan Ariff. Cepat-cepat hantar protege gi umah
atuk. Ariff lentok-lentok kerana makan ubat je. Tak nak makan and main
12.00 tghari Pergi sekolah. Dengan 8 traffic light dan jarak perjalanan yang jauh
bangat. Ku sampai ke sekolah.
6.40 ptg Balik, biasa2 kumenghabiskan apa yang tak abis seperti
kemas,
tak habis
7.20-7.30 malam Ambik anak rumah akakku dok satu taman.
Masak, basuh, tengok tv,
marah. SMS Kim
1.00 pagi tidur.
Itulah rutinnya...tetapi minggu lepas rutin itu telah dikacau bilaukan olehku apabila ku buat lembaran berjadual BAb 6 untuk mata pelajaran Sejarah 9 mukasurat, Taip Kertas Soalan Sejarah 8 mukasurat, selama 3 hari tiga malam aku bersekang mata sampai pukul 3-4 pagi, hirup bercawan2 Indo Cafe...Anak sakit..
Secara jujurnya boleh kukatakan. Aku GAGAL mengurus hidupku selepas berkeluarga sendiri. MAkkkkk!!!!
Tuesday, July 14, 2009
Minggu Yang Kasihan
Ariffin demam, batuk, dan selesema. Aku harus kuat! Rasanya baru hampir setahun dia lahir ke dunia. Inilah pertama kali Ariff demam. Emak..emak... merintih-rintih kesakitan. Aduh nak..kalaulah mama mampu menggantikan tempatmu, pasti mama pun akan merintih
Monday, July 13, 2009
Minatku terhadap sastera kembali berputik...
Aku mengenali saudara Faisal TEhrani ni ketika semester 3 dan 4, iaitu apabila aku sebilik dengan RAfidah. Masa itu era Zainol Azizi jadi Presiden Mahasiswa UM. Rafidah ni jadi alah..(sambil ingat-ingat lupa) penulis ke apa ke tah untuk majalah NADI. FAisal pula pelajar senior..nama dia sudah agak tersohor kiranya di UM. Menjadi bualan lah. RAfidah dan Faisal ni macam rakan sepasukan dalam penulisan. Tiap-tiap malam bila RAfidah balik bilik..dia akan bercerita pasal saudara Faisal itu dan ini. Aku pula mengenalinya secara jarak jauh. Minat jauh sekali..Aku lebih terpikat dengan HAMKA tika itu. Mungkin jiwaku saja yang seiring dengan kesusasteraan itu sendiri yang menghubungkan kami. Aku mula membaca karya-karya saudara Faisal secara lalu dan mungkin tanpa ku sedari yang sebahagian karyanya juga telah memanusiakan aku di universiti dulu. Aku membaca temuramahnya dengan Sasterawan Negara A.Samad Said yang selaluku terserempak dalam LRT BAngsar - Pasar Seni. Tak lebih dari itu. Lagipun huk..huk..siapalah aku, gadis comot dari Serom yang susah hilang bunyi jawanya walaupun sudah tinggal di KL 4 tahun. Juga...Aku masih ingat suatu malam, ada seorang kakak mengajak aku sambil menarik tangan dan berlari-lari di bawah pentas dalam auditorium semata-mata untuk menonton teater RINTIHAN CHICAGO, free beb! Wahhh...besarnya namanya dipersada sastera. Itulah zaman kegemilangan PMUM tahun 1997/98. Tak caya tanyalah rakan se gerakan(kenapa aku masih takut-takut bila tulis gerakan?) Hah...haha... Ingat nak beli Ketupat Cinta lah setelah aku kecewa dengan Cinta Hari- hari Rusuhan dulu. (Cover yang separa ****) dan jalan cerita well..tak habis baca. Baca Manisnya Epal di Mingguan Malaysia dulu lebih best. Sekarang mak dah jadi cikgu... sepatutnya aku lebih syok membaca karya-karya sastera kot daripada membeli-belah online (tapi tak beli) atau sambil baca blog orang. Ahaks!
Saturday, July 11, 2009
Kebaikan Susu Ibu Mama Ariff..
Ilmu pengetahuan dan kempen kesedaran penyusuan ibu itu adalah KUNCI kepada kejayaan penyusuan ibu. Dalam keadaan aku sedar nipun ..betapa baiknya susu ibu, aku masih tidak dapat menafikan keperluan susu tepung sebagai pengganti alternatif susu aku. Kenapa ya...kepercayaan bahawa susu tepung sebagai "buat tambah-tambah" bagai sudah menguasai pemikiran kita.
Wednesday, July 8, 2009
My Little Toad
Hari ni aku seakan-akan pulih dari kekecewaan SAbtu lalu. HAri Keusahawanan tetapi rugi? Itu yang menyebabkan aku kecewa dengan alam keguruan. Sehingga memaksa aku bermuhasabah diri. Membersihkan diri , mencari ketenangan dan kekuatan keimanan....Aghhhh...biarkan peristiwa hitam itu menjadi sejarah profile yang low profile ini. Bukankah, masa nak jadi cikgu tu..aku kata sanggup berkorban wang, korban masa, dan RAya Korban. HUk..huk.. Aku harus bangkit! -getah
Lalu...malam ini ku saja-saja tulis entry pasal my little toad. Seingat-ingat aku gambar ni diambil semasa umur si Arif ni 4 bulan gitu...masa ni dia baru-baru pandai terbalikkan badan dia.. (bila nyanyi pok amai-amai, budak ni akan terbang mengeletek) Gambar kat K-Mart, Tanjung Agas, Muar masa Expo BArangan Bayi. Lepas makan KFC, pastu jalan-jalan dalam K-Mart, ada jurugambar tangkap gambar untuk pertandingan bayi comel. Aku tak de le nak join contest tu.....TApi dek kerana ingin memiliki sekeping gambar anak bergambar ala-ala dalam studio, aku pun minta jurugambar tu ambil.. Alahai, Hasilnya, akuu PERLUKAN.. jurugambar kontemperari yang boleh mencomelkan anak aku, Sesuailah dengan harganya iaitu RM11 untuk 4 keping...minta lebih? BAyar lebihlah. (mode tak puas hati dengan kualiti) Aaaaa.... Aaaaa...Bilalah anak lakiku ini boleh memberitahuku itu dan ini? Huh..