Ini gambar masa aku dengar penerangan tentang cd dari Suraya.
Apa benda ni? Merujuk kepada lampin kain moden yang telah ku bawa balik dari Support Group Meeting @ Gathering Susuibu.com kali ke-2 yang diusahakan oleh
Pn. Siti Nur Suraya. Bermula dengan setakat talk di tempat terbuka iaitu Taman Tasik Permaisuri, Cheras. (Ya Ampun, sungguh takpernahku terfikir akan ke situ satu hari nanti) dengan tajuk "Cloth Diaper and Baby Wearing" mampu menarik punyalah ramai ibu-ibu baru yang rata-rata adalah pengikut forum Susuibu.com ---ehem..ehem..termasuklah aku. Back tu the date...dalam bulan dua gitu. Sebab apa aku ingat sebab selain dari nak dengar talk tu, aku juga nak pulangkan RM2 yang terkurang bayar masa dapat SPECTRA 3 dari
HAZARINA.
Dengan harga RM39.00 aku membeli satu cd jenama Lunatots. Aku membawa balik cd ini dengan info2 berguna dari talk itu. SAmbil menjeling-jeling manja dengan baby pouch atau gendong bayi. Mudah sungguh aku membuat keputusan untuk memakaikan cd kepada anakku tanpa banyak persoalan2 yang remeh temeh seperti malas nak basuh, mahal, malas nak basuh, malas nak basuh, susahlah nak pakaikan, mahal..heh hee..
Sesungguhnya kerjayaku lagilah memudahkan aku membuatkan keputusan dengan disokong oleh ibuku selaku atok yang menjaga anakku. It's about me, my todd and my mom or his grand.
Dek kerana tak penyabor nak memakaikan cd kepada Ariff dengan mudahnya aku beli ngan cd
www.mum7kids.blospot.com jenama Coolababy (China) bukan satu tapi 6 helai. DApat 2 insert dengan harga RM43 sekeping mean RM258. Oleh kerana bank tak terima angka RM8 tu, aku masukkan RM260. Minta tauke pulangkan duit. Tapi dia tak pulangkan duit tapi bagi aku pantyliner kain moden. Best gak. Purchase with purchase.
Masa ini, hanya suamiku sahajalah yang mengetahui betapa terujaku dengan cd. Sepanjang masa termasuklah dalam kelas masa mengajar asyik ingat cd. Mental betul. Mengingat kembali betapa tak cukupnya cd2 tu aku bercadang nak tambah lagi cd. Kali ni aku sekali lagi berhubung dengan Haza untuk menambah cd. Aku masih ingat aku terima barang tu semasa SGM kali ke-3 di Bangi. Jenama lunatots...tak lama selepas itu aku beli lagi 5 melalui ski kutu.. tapi tak kutu, bayar 2 X. dan tambah lagi 4 lunatots snap buttons tanpa insert. Berdasarkan pembelian sepatutnya aku ada 18 cd kan, Tetapi dek kerana sukanya aku kepada cd sampaikan setiap kali aku beli cd mesti aku simpan satu. Makna sebanyak 4 kali aku beli cd tu..ada 4 cd yang aku simpankan? Ya la tu. Ada 4 yang tak dipakai. 18-4 maknanya hanya 14 cd yang aku guna. Tambah 2 fitted cd jenama
Freshbot yang terbaru aku beli. Dan my journey tentang cd pun merudum begitu sahaja. Alhamdulillah. Kerna cd sudah cukup dan aku sudah bertabiat untuk melakukan kerja-kerja mencuci.
Antara kerja-kerja orang yang memakaikan CD ialah
1. Menukarkan lampin bila dah berbau hancing dengan kerap. Satu hari yang biasa hanyalah waktu pagi, tengahari tidur sampai anak bangun(1.00 - 4 ptg) , petang selepas mandi, dan malam sebelum tidur. Hanya 2 kali jer yang melibatkan mak aku yang tukar. Setiap kali tukar harus ke bilik air kecuali malam.
2. Membilas cd hancing. Hanya setelah cd banyak dalam bilik air. Selain memang masa untuk membilas cd hancing aku juga sengaja biar cd yang sudah berbilas dalam bilik air. Kerana nanti ketika aku mandi dapat aku bilas sambil pijak2 macam ala-ala basuh kain kat rumah sewa masa belajar u ngan asrama maktab. Aku suka basuh kain sebab boleh hilang tensen.
Pastu masuk jaring yang hanya berharga RM1 beli di kedai RM1 dan basuh guna mesin basuh lah. Haa...haaa. Tapi kalau mak aku pulak oleh kerana sekurang-kurang 2 cd yang dia tukarkan cucu dia suka bilas masa2 tu juga sebab dia kata lama-lama nanti bau tak hilang, pastu bubuh sabun buku FAB. Basuh ngan tangan. Hebat betul. Aku dah kata basuh pakai mesin...tapi tak..tetap gitu. Mak aku pun suka lampin kain moden. Dia kritik fitted cd tak guna, sebab lambat kering. Aku suka jer.
3. Menjemur cd atau mengangin cd di bawah kipas angin. Kan setiap malam orang dok taman atau rumah batu berkipas angin maka, aku anginkan sekali. Esok pagi..kering sudah.
4. Melipat dan memasukkan insert cd dalam covernya. Satu kerja yang mula-mulanya excited tetapi sejak dah terror dan menjadi kebiasaan ni. Aku malas nak buat. Semua cd dan insert masuk bakul kalau nak guna barulah sibuk nak masukkan.
Untuk pengetahuan memakai cd ni hanya melibatkan aku, anak dan mak aku jer. Sesungguhnya suami, anak-anak buahku yang menolong menjaga Ariff ngan atuk, malah akakku sendiri tak pernah..kuulang tidak pernah pun membasuh cd itu. Selama ni kerja-kerja ini menggembirakan aku, mak (cuma mak aku agak jengkel bila masa nak pakaikan cd ngan cucu dia, meronta-ronta tak pakailah) last-last mak aku pakaikan cd kadangkala terbalik, snap button atau velcro ke belakang, getah ke depan. Sejak anak buah aku rajin datang umah atuk selalunya dia yang pakaikan.
Sekarang anakku dah satu tahun 4 bulan masuk 5 bulan. Tiada satu haripun yang terfikir yang memakaikan cd itu susah, leceh atau mahal. Yang pasti aku tidak lagi membeli pampers banyak2. KAlau emergency iaitu time travel aku beli pampers wat backup dalam 8-16 keping yang itupun lambat nak habis.
Ini mungkin pandanganku tentang kain lampin moden bagi aku yang bekerjaya dan ada duit. Orang yang kata cd mahal tu pun sebenarnya dalam kalangan orang yang bekerja juga. Malah bergaji lebih besar dari aku. Berilah peluang kepada diri untuk mencuba dan cubalah dengan sederhana, Insyallah apa yang dikata susah, mahal dan leceh itu tidak berlaku sebenarnya pun.