Tuesday, November 24, 2009

Musim Hujan..Sejuk..Semput


Gendong Ariff....walaupun tanpa pouch, Ariff pun suka digendong belakang macam dalam gambar. Sekarang musim hujan. Kalau hari tak hujan pun, cuaca waktu malam tetap sejuk juga. Setelah sekian lama cuaca berlarutan sedemikian rupa...Dan pada hari ini, aku membawa Ariff ke klinik kerajaan jer sebab aku dengar dan perhatikan anakku yang selama ini agak batuk2 ringan sudah mula tercungap-cungap sedikit dengan bunyi nafas yang nyaring. Kuletakkan telinga ke dadanya dan kedengaran bunyi peparu yang agak sesak dan nyaring seperti bunyi semput? Pembantu perubatan tu kata, Ariff semput. Dibawanya Ariff ke bilik rawatan dan disuakan nebulizer? alat seakan alat bantuan pernafasan bergas ke hidung Ariff. Ariff diam jer kehairanan. Diberi ubat demam, batuk, semput dan antibiotik. Balik rumah atuk hanya sedikit ubat semput dan demam yang sempat dimakan oleh Ariff dek kerana keengganannya makan ubat. Picagari pulak tertinggal kat rumah taman.

Dan malam ini Ariff tidur dengan bunyi nafas yang masih lagi berbunyi langsing. Rasa macam nak peluk semalaman dan bunyi2 itu menjadi normal dan anakku bahagia dan sihat semula.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...