Tuesday, October 4, 2011

Cerita periuk bubur ajaib

Pada suatu petang, Anne pulang dari kerja. Dia sangat susah hati kerana mengenangkan resepi apa yang harus dia sediakan untuk anak lelakinya, Iman yang berumur 1 tahun 3 bulan. Tiba-tiba dia terasa ingin membeli periuk slow cooker dengan duit yang ciput dan baru diperolehinya hasil titik peluh dia menjadi seorang cikgu. Dengan didorong perasaan kasih dan sayang serta naluri seorang wanita yang ingin membeli sesuatu, Anne telah singgah disebuah kedai elektrik yang bernama Kedai Guan Elektrik. Ketika tauke cina menegur Anne hendak membeli apa, dengan pantas Anne meminta Periuk Slow Cooker. Tauke Ah Guan menunjukkan 3 jenis periuk slow cooker, ada yang besar dan ada yang kecil, Anne telah memilih periuk yang sederhana kerana bersederhana itu adalah yang terlebih baik...setelah wang dan barang bertukar tangan, maka Anne telah segera pulang ke rumah dan menanak nasi. Dia menanak nasi di atas api gas sebaik sahaja nasi sudah semakin tanak, Anne telah memindah sebahagian nasi tersebut ke dalam periuk nasi slow cooker yang baru dibelinya sebentar tadi, manakala sebahagian nasi yang ditanak dibiarkan masak untuk menjadi makanan ruji dia dan suaminya. Anne telah juga mencincang halus lobak merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan juga ikan bilis yang sudah dibuang tulang dan sedikit minyak masak serta sedikit garam. Setelah itu, Anne pun menyebut, "periuk...masaklah...periuk". Sementara menunggu bubur masak, Anne tertunggu-tunggu hasil masakan periuk itu.Dek kerana dikhuatiri dia kebosanan, maka dibawanya anak-anak bermain-main dan bersembang-senbang dengan jiran dan anak jirannya. Setelah anak-anaknya puas bermain dan merengek-rengek kelaparan, Anne segera teringat akan periuk barunya itu. Alangkah terkejutnya dia kerana nasi yang tadinya separa tanak sudah bertukar menjadi bubur ikan bilis yang muai serta gebu. Malah tambah mengejutkan Iman makan habis satu periuk. Sejak hari itu, Anne sudah tidak berasa risau resepi apa yang hendak diberi kepada Iman kerana periuk nasi slow cookernya sudah menjadi periuk bubur ajaib bagi dia sekeluarga.
TAMAT

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...