Tuesday, December 13, 2011

Aku, Jambatan Muar dan Kursus I-Think

Jauh di sudut hati, saya sangat menyintai Muar. Sudah 8 tahun saya bermastautin dan bekerja di bandar Muar. Jambatan Muar itulah jejak-jejak yang saya lalui dan tinggalkan saban hari demi meneruskan cabaran hidup bekerjaya. Atau mungkin saya rindukan pemandangan Gunung Ledang yang akan saya perhatikan setiap kali saya berhenti di traffic light Pekan Rawang. Siapa sangka saya menetap di sini, saya tidak boleh meramal masa depan cuma ada sedikit harapan yang lebih baik sahaja..
Ini saya bersama-sama kawan-kawan dalam kursus dalam perkhidmatan terlama sepanjang saya berkhidmat di Convent selepas Kursus BTTP(komputer tahun 2006). Kami dengar taklimat, latihan, bengkel dan kursus, makan, bual-bual, dan mendapat input baru sepanjang 5 hari dari 5- 9 Disember. Yang Nervousnya ialah akan dipraktiskan bila naik sekolah nanti.
Kursus itu ialah Kursus I-Think. Memperkenalkan 8 jenis peta berfikir yang standard bagi semua guru dalam pengajaran mereka...(Mesti kawan-kawan semaktab jealous nih!!)

Kelisa saya tuh dah penat agaknya berenang-renang di Sungai Muar, dalam kondisi yang tak stabil, perlu diservis di kedai ikan agaknya...emmm..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...