Thursday, December 29, 2011

Azam Baru & Persediaan Menerima NewBorn

Saya sedang menyedarkan diriku..bahawa saya telah pun selamat menandatangani borang SPBA (Sistem Perkhidmatan Baru Awam?) Sudah setahun berstatus Guru Perpustakaan yang tak popular? Seorang guru sesi pagi yang sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran yang serba serbi awal tetapi selalunya saya fail!! Pengurus rumah tangga yang tidak secekap jiran2 sekelilingnya dan seorang pemandu Kelisa yang sangat menjengkelkan pemandu lain kot.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun depan saya ada azam baru dengan menterbalikkan statement di atas. Yanz!! sila jangan mencebikkan bibir kau Menjadi guru Perpustakaan yang mempopularkan perpustakaan, menjadi seorang guru sesi pagi yang serba serbi awal, pengurus rumah tangga yang secekap jiran-jiran sekeliling dan bertangan sejuk ketika menanam pokok-pokok dan seorang pemandu kereta BARU yang jengkel dengan pemandu-pemandu lain kerana sewenang-wenangnya hon kat saya di traffic light yang sedang bertukar warna merah ke hijau.

------------------------------------------------------------------------------------------------Persediaan menerima Newborn
  • Nama yang baik
  • Penyusuan susu ibu exclusive 6 bulan
  • pakaian yang sentiasa bercuci dan bersih
  • set bersalin Air Mancur
  • Keazaman yang kuat serta stamina yang tinggi untuk mencapai sesuatu target
  • Pengasuhan anak-anak betul dan "on-track" atas rel pendidikan Islam.
Barang-barang bayi...mungkin tidak diperincikan masih peringkat 2nd trimester akhir.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Template baru adalah bertujuan menguatkan keazaman untuk menjadi kakitangan awam yang berhala tuju hu... hu...hu

2 comments:

  1. wah.. bagusx..

    Jomlah kita sama2 mengorak langkah!! caoyok2x!!

    ReplyDelete
  2. Azam yg baik :)
    Semoga akan terus cemerlang.
    Jadi guru perpustakaan rupanya. Bagus tu
    bulan senang guru moral jd guru perpustakaan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...