Friday, June 15, 2012

Kembali Bekerja..Mood baru habis cuti bersalin

Minggu...,minggu yang penuh dengan adegan2 seperti kepenatan, ngantuk yang amat sangat, pening bagai nak pitam, hampir pitam, kaki sakit dan gatal2 garu sedap, mata bagai ada tanda2 nak rabun, pening kepala eh..dah tulis....Bagi seorang ibu yang eksklusif breastfeeding dan pencinta natural parenting vs pekerja yang dedikasi..hari ini aku ketuk kepala aku dan macam nak hantuk2 kepala kat dinding sebab tak ambil cuti bersalin 3 bulan. Saya kembali bertugas berbekal Iman kepada Allah s.w.t dan hanya Allah sahaja tempat saya mengadu. Tiba2 rasa macam kawan2 telah dirampas ...di mana keseronokan bekerjanya? Sebetulnya saya sudah hilang rasa bahagia sejak ditukar ke sesi pagi...........jujur. Kiasnya saya dulu rajin ke sekolah  sebab ada secret admire saya rasa bahagia...kebahagiaan ini harus disuburkan kembali tetiba je teringat wajah anak2 murid yang polos dan naif itew..kalian lah yang akan mengembalikan kebahagian ku sebagai penjawat awam nih

Thursday, June 7, 2012

Babywearing MoOd -- BES Mei Tai

 Lokasi Kedai Hospital Muar -- Di kaunter cashier
Amoi  : Wah, senang aaar pakai ini. Tapi bahu ada sikit sakit tak?
Ummi RAudhah : Tak juga, pakai ini tak sakit..sedap2 jer
Amoi : Ya..awak pakai pun nampak cam selesa, berapa ini? RM 30 ke..(Amoi ni dah berusia sikit....RM30 tu dia fikir mahal dah tu...maklumlah tak pernah survey beli)
Ummi Raudhah : Tak..ini mahal.
Amoi : Berapa?
Ummi Raudhah : Ratus2
Amoi : Ratus2  berapa?..mana bikin..Oooo. patut la ratus2..you pakai pun nampak selesa..cantik..berapa? ulang 2XX mana beli..
Ummi Raudhah : RM200 (kalau aku cakap ...lebihannya..cam tak sedap hati pulak..) Ini tempah la...
Amoi :  bukan beli aaa? melihat ku dengan excited (sambil buat muka ramah-tamah) mana bikin?
Ummi Raudhah :  Suruh orang jahit ..ada orang jahit
Amoi : Ya kaa..
Ummi Raudhah : Berlalu selepas memulang harga susu kultur 4=RM6 dan mengambil satu sahaja susu kultur  dan membayar.
Cerita ini tiada motif atau moral : JAngan tanya kenapa ada kaki pancing sanggup beli pancing sampai beratus222 siap ngan aksesori bagai...begitu juga kenapa kaki ping pong sanggup beli bat mahal2 siap ngan cecair pencuci sekali..cam abang aku yg kaki ping pong, sampai lenguh tangan pun sanggup meredah hujan gi main ping pong...hu hu hu..


 Sleeping hood tak tahu kat mana?
Kopi ais ................waaa aaaaaaaah!!!! PAKEJ!!

Saturday, June 2, 2012

New CoFFee MaKer --Gila Kopi

 Inilah rupa mesin pembuat kopiku. Sebuah mesin pembuat kopi memang menjadi wishlistku..asal apa2 je, mungkin saya sudah menjadi shoppingholic oohhhh..tidak!!! Saya tidak boleh pegang duit cash..asal ada cash pasti saya akan terbeli belah ...without "budjeting".......Saya nak pergi tempah baju di Bukit Gambir di Kedai Zawiyah, selepas parking kereta  seterusnya kami pun jalan2 menuju  ke Restoren Marry Brown untuk nggaapp..makan. Di pertengahan jalan sambil "browse" kedai2 kat situ saya singgah ke sebuah kedai elektronik, without survey ke apa ke..terus sahaja saya nak beli coffee maker ini. Harganya RM130  (harga pasaran rupa-rupanya lebih murah..informasi ini setelah saya survey kat internet selepas balik dari Bukit Gambir tu)...Jenama Philips Jenama UK tetapi made in China  (klise kan?)
 Ini rupa bentuk dalaman mesin ni. Agak2 600ml air putih leh masuk..sebaik2nya air bertapislah atau beli sahaja air bertapis yang jual kat kedai tu demi menjaga kualiti rasa dan aroma kopinya nanti. Sebaik sahaja air dimasukkan bahagian bawahnya akan meruap dan naik ke atas dan keluar melalui saluran ni kebahagian serbuk kopi.

 Gambar mesin kopi tanpa part paling penting iaitu penuras serbuk kopi..ini saya dah "disassamble" jap untuk buat *demo* nih
 Tu dia part yang sudah di "assemble" balik..nampak tak benda penuras hitam kat dalam tu..kita kena letak serbuk kopi dalam about 2 scop untuk kopi yang "keras" rasa dan beraroma harum...it takes 3 minutes to finish the process
 Jenama kopi Muar, Kopi 434  dan serbuk kopi Cawan Mas...Actually Jenama CAwan Mas lebih sedap kot..tapi rasa "ngeseng" kopi 434 menjadikan rasa ini dingati hampir kebanyakan orang Muar...tak caya? tanyalah orang Muar yang dok KL nuuuu...
 Gambar exclusive Coffee Maker Jenama Philips dari rumah saya. NAmpak tak wap2 panas yang naik disekeliling pitcher kaca nu...maybe betullah saya perlukan air mineral atau air bertapis instead air paip yang berklorin kerana ia menganggu rasa dan aromanya..
Ini ialah cawan kopi saya yang keempat..campur ngan susu pekat manis dan susu full cream yang kat kotak tu. Actually saya biasa pakai mug...but for today's post..saya nak try pakai cawan jer lah.  Oh ye..anda jangan harap kopi Muar ni akan mencerah dan mencergaskan mata anda untuk menemani anda buat kerja di malam hari..kerana saya sudah 4 cawan but still ngantuk gak...may be  tidor jer la..nanti2 la saya tanda kertas pelajar paper setengah tahun tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...