Ini Iman anak kedua saya, berumur 3 tahun setengah bulan 12, 2013 ni. Size badannya sangat kecil tidak seperti rakan sebayanya. Gelagat dan keletahnya lebih kurang sama sahaja dengan rakan-rakan sebayanya yang lain atau saya sendiri terbawa-bawa membuat penafian yang dia sama seperti kanak-kanak yang lain pada hal tidak sebenarnya. Saya rindu untuk mendengar dia bercakap dan memahami apa-apa sahaja yang dia ingin katakan. Dia tidak mendapat asuhan dan didikan profesional malahan mencukupi buat masa sekarang.
Iman seorang kanak-kanak yang jujur dan telus. Sifatnya lurus dan mudah dilentur menyenangkan saya. Kadar peniruan terhadap perlakuan orang dewasa di sekelilingnya hampir 100% tidak seperti anak-anak saya yang normal yang masih sedikit ego dan degil terhadap perlakuan yang baik seperti solat dan bab-bab makan contohnya.
Sekarang saya tidak lagi boleh beralasan bahawa dia yang menjadikan diriku sebegini, banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan saya seolah-olah hilang punca dan keseronokkan menjalani kehidupan.
No comments:
Post a Comment