Hari ini hari yang ke-55 hari saya bersalin. Saya bersuci pada hari yang ke-42 dan berpuasa dan bersolat seperti biasa sejak hari itu. Semalam cukup 12 hari saya berpuasa, tetapi setelah hari ke-13 tup-tup darah keluar dan saya berpegang kepada pelajaran agama masa sekolah dulu darah nifas paling lama ialah 60 hari. Selepas 60 hari nanti saya akan sambung puasa dan solat semula. Memang hebat cabaran berpuasa tahun ini. Sebagai penjawat awam melahirkan anak keempat dan mengambil cuti selama 90 hari bukanlah satu keputusan yang membahagiakan. Saya bekerja di sebuah institusi yang lebih ramai tenaga bekerja yang aktif dan terlalu fokus kepada kerja-kerja mereka sehingga selepas waktu bekerja pun masih berbincang pasal kerja, pasal klien sehinggakan jam 12 malam pun masih lagi bercerita tentang orang ini orang itu secara atas talian (whatssup). Saya yang cuti bersalin dan kategori masih belum sihat sepenuhnya untuk bekerja atau berfikir untuk bekerja jadi mengelabah.
Sekiranya diletakkan hidup saya seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah, saya rasa masa-masa sekarang saya sedang berada di bawah.
1. Selepas 55 hari bersalin pun, parut pembedahan belum pulih sepenuhnya. Kalau saya bercakap berkaitannya nanti adalah yang menyalahkan diri saya sendiri. Pucuk pangkalnya jangan bercerita sekira respon hanya akan menyakiti diri sendiri. Keadaan parut pembedahan yang belum sembuh selepas dua bulan ini mendatangkan sedikit kebimbangan dan keletihan kepada otak untuk memikirkannya.
2. Di bulan Ramadhan, amalan berpuasa amat mencabar fizikal saya. Di samping tabiat suka tidur siang dan kemalasan yang tak bertepi. Saya ini jenis suri rumah yang kena ditolong, berapa kali sahaja terlintas ingin mengambil pembantu rumah sepenuh masa, tetapi asyik memikirkan apa kata orang. Keadaan rumah yang tidak terurus dengan masa siang yang berpuasa amat mencabar betul minda saya. Rasa haus dan tekak kering sering terutamaya selepas menyusukan bayi hanya Allah sahaja yang mengetahui sehingga pernah sekali saya berdoa agar dibukakan jalan agar saya dapat berbuka, ternyata doa saya didengari pada hari ini apabila darah nifas keluar semula dan sekaligus membatalkan puasa saya.
3. Setiap tengahari saya pergi menemani ibu saya di kampung. Kakak yang tinggal di rumah itu kerja petang. Ibu saya tidak mahu makan, tidak bermaya untuk duduk, asyik mengadu sakit dan haus, selama 12 harilah dia tidak berpuasa, sesuatu perkembangan yang sangat memilukan bagi saya. isu solat juga nampaknya sudah saya redha, tetapi apabila mengenangkan tanggungjawab orang yang sihat untuk mengajak dia solat, mengurus wuduknya, semua itu memberi beban kepada pemikiran saya. Semasa menemaninya saya bawa sekali anak-anak kecil saya yang tidak tahu apa-apa, kadang-kadang ragam dan karenahnya di rumah atok menyesakkan dada dan hati saya. Layakkah seorang nenek yang sakit menghadap karenah cucu lagi. Ada sesuatu yang saya pendam dalam hati, tidak sudikah seorang adik-beradik dia melawat dia pada saat-saat begini?
RAMADHAN,
HADIRMU DINANTI PERGIMU DITANGISI
PADA HARI-HARI YANG KUPERSIA-SIAKAN
AMPUNI AKU YA ALLAH
Tuesday, June 30, 2015
Thursday, June 25, 2015
Iman dan Masjid Selat Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah
Ini Iman anak saya sedang bersiaran langsung di tepi Laut Selat Melaka. Masjid yang kelihatan dalam gambar itu ialah Masjid Selat Melaka, Melaka. Tadi saya google jap, rupa-rupanya di Kota Bharu ada Masjid Pulau Melaka. Insyallah, kalau ada waktu kelapangan, bolehlah Iman bergambar kat Masjid yang kat Kelantan. (Itupun sudah 5thn saya tidak pergi ke Kelantan...jauh tu)
Iman ingat mama dia nak ambil gambar dia, dia terus jer angkat tangan buat peace. Sedar tidak sedar sudah nak masuk 5 tahun umur dia. Macam tidak percaya.
Saya belum masuk lagi masjid yang cantik lagi terapung atas Laut Selat Melaka ni, hi hi lagi teruk kot kalau yang duduk-duduk Melaka tetapi tak pernah ke sini. Insyallah...masjid ni pasti kukunjungi suatu hari nanti. Bila tengok masjid ni..tetiba mood Cinta Masjid cam dulu-dulu bertandang..zaman-zaman belajar tak habis -habis. Hiii ..
Ya Allah, Jadikanlah pemilik Blog ini dan keluarganya pencinta masjid dan ibadah-Mu yang tidak jemu-jemu mengImarahkan peranan dan fungsi binaannya. Amin.

SpyHRu Coffee - Review Produk
Ini kopi yang menjadi ""favorite" saya. Saya mula berkenalan dengan minuman ini lebih kurang 5 tahun lepas selepas menjadi ahli HR goatmilk oleh mak cik saya. Selepas itu saya setia dengan minuman ini. Nak tahu mengapa saya serasi dengan kopi ini?
1. Minuman ini ialah kopi untuk menyegarkan mata yang mengantuk.
2. Berupa pra campuran atau segera. Tinggal tambah air panas, kacau dan minum.
3. Rumusannya ialah susu kambing yang jarang-jarang digunakan dalam produk penghasilan kopi premix ini. Dahulu saya minum Nescafe 3 in 1, pastu pernah juga try RADIX yang diwara-warakan banyak khasiat dsbnya. Tetapi problem bila minum kopi 3 in 1 yang berasaskan susu biasa, perut saya akan berasid berasa pedih dan tetiba kesan Kafein yang terdapat dalam kopi tersebut menyebabkan saya gelisah dan menjadi luar kawalan. Saya pernah mengambil Nescafe 3 malam berturut-turut untuk tujuan dapat berjaga malam..dan hari keempat saya jadi cam orang yang halusinasi. Susu kambing ini seperti mengimbangi kesan-kesan sampingan tersebut.
4. Rasanya sedap dan baru saya perasan antara kandungan kopi ini ialah koko..maybe itu juga saya nampak juga serbuk kehijauan pekat yang saya percaya bahan itu ialahh Spirulina.
***Ibu saya sekarang berada dalam keadaan sakit yang berpanjangan. Harapannya ialah supaya cepat sembuh, tetapi Allah yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya perjalanan hidup ini sudah ditentukan oleh Qada'dan Qadar, dan saya sebagai anak kadang-kadang sangat pilu mengenangkan betapa tidak mampunya saya menjalankan kewajipan terbaik sebagai anak. Dengan anak-anak saya sendiri yang masih kecil-kecil.

Tuesday, June 23, 2015
Lirik Lagu Ku TAk Pernah
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini hadir
Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi.....

Monday, June 22, 2015
Happy 5th of Ramadhan-Baby Amsyar update
Susu ibu banyak khasiat
Apa Guna duit beribu
Kalau masih tak tinggal maksiat
Mari memerah susu ibu
Susu ibu disimpan di dalam peti
Anak kecil perutnya sebu
Dia menangis tak mahu berhenti
Bukan pam Sebarang Pam
Moga-Moga banyak bekalnya
celik pejam Celik pejam
Anak tinggal ibu bekerjaya
Thursday, June 11, 2015
HP Pavilion Mini - Thursday Post
Hari ini saya nak bercerita sangat dengan bendalah ini. Dah lama saya HENDAK dengan cpu. Saya mencari CPU yang tak berat untuk digandingkan dengan monitor ACER yang sudah setahun saya beli. SAya mencari, menanya dan meninjau-ninjau mana-mana kedai computer kot-kot ada dan juga melayari intenet, youtube dan GOOGLE, sehinggalah saya akhirnya mengetahui bahawa syarikat empunya HP ini mempunyai ONLINE store ...Yeeeehaaa....
Ini pandangan sisi hadapan HEWLETT PACKARD ada dua port USB, Sebesar tapak tangan dan yang penting tak berat, cuma silapnya saya ialah membeli yang berkapasiti 2G sahaja yang saya faham (sebagai pengguna memanjng ni) agak kecil ruangan untuk storan terutamanya untuk download video atau yang sespesies dengannya. Terutama gambar-gambar yang banyak..as a amatur photographer sebenarnya saya memerlukan memory yang besar...memandangkan juga saya jenis yang asyik "menghilangkan" pen drive
Ini pula pandangan sisi belakang CPU ni ada dua lagi USB port, satu tu saya dah guna untuk port blutooth wireless keyboard dan rumah power utama dan port HDMI yang connect ke port VGA Monitor saya (saya terpaksa beli sebagai pelengkap) kalau tidak tak menyala la monitor saya tu.
Ni pulak, pandangan dari atas...Leper dan sedap mata memandang..orang perempuan terutamanya emak-emak kaki gajet suka kot hi hi hi
Ni wireless keyboard, saya malas nak pergi survey keyboard kat kedai, saya beli sekali dalam HP Online Store
Ni dia specification berkenaan benda.....MAHAL kan untuk sebuah CPU yang berkuasa sederhana, saya berhasrat untuk upgrade tapi setakat ini memadailah..lom pulang modal pun.
Apa pun I LIKE

Item | Unit Price | Qty | Ext. Price | |
1 | HP Pavilion Mini Desktop - 300-013d (ENERGY STAR) [ K5N24AA ] 1-year limited parts, labour and on-site service, toll-free technical phone support for the first 30 days HP Pavilion Mini Desktop - 300-013d (ENERGY STAR) with Windows 8.1 with Bing 64; Intel Core™ i3-4025U with Intel HD Graphics 4400 (1.9 GHz, 3 MB cache, 2 cores); 2 GB 1600 MHz DDR3L (1 x 2 GB); 500 GB 7200 rpm SATA | |||
2 | HP Wireless K5510 Keyboard [ H4J89AA ] 1 Year Limited Warranty (Return to HP/Dealer - Standard Bench Repair & Phone-in Assistance) HP Wireless K5510 Keyboard | RM 159.00 | 1 | RM 159.00 |
Subscribe to:
Posts (Atom)