Sunday, August 16, 2015

Penyusuan Susu Ibu - betapa berkuasanya ILMU PengetahUAN

Ni gambar saya dengan anak keempat. Dalam usia 39 tahun dah jadi pangkat makcik2 ni saya memang tidak boleh bersaing dengan ibu-ibu muda di luar sana. Hari ini, kalau ada ibu semuda 24 tahun begitu teruja memberikan susu ibu sepenuhnya dengan peralatan mengepam, saya tidak teruja pun. Saya sudah pun membiasakan dengan keadaan itu sampai saya pulak yang pelik bila tengok bayi lepas lahir minum susu tepung. ahak! Bila mendengar cerita ada ibu yang memang takde susu badan, walaupun dah cuba pelbagai cara saya dengar sahaja. Pastu ada pula yang memuji betapa bagusnya memberi susu badan untuk tempoh awal-awal ini. Perjalanan saya memberi susu badan sahaja kepada anak-anak saya bermula daripada anak sulung lagi dan itupun hanya mendengar dari nurse desa. Masa tu 2008 Kementerian Kesihatan tengah betul-betul menguatkuasakan polisi penyusuan susu ibu, jadi dilatihnya jururawat desa untuk memberi penerangan yang betul berkaitan susu ibu. Lepas dalam lebih kurang 30 hari sebab saya hendak menghadiri peperiksaan sebagai seorang penjawat awam saya pun pergilah kedai menjual barangan bayi JAPLO mencari pam, kebetulan salesgirl menunjukkan PAM MeDELA HARMONY dan dengan beberapa kali percubaan sahaja saya kagum dengan kebolehan saya mengeluarkan susu badan sampai 4oz hi hi..sejak tu saya tak berpaling terus menyelongkar internet dan berkenalan dengan forum SUSUIBU.COM. Daripada forum itulah saya belajar segalanya berkaitan penyusuan susu ibu. Dari forum ke gathering yang dianjurkan dengan menaiki kereta KElisa saya dan suami mengharungi perjalanan lebih 2jam untuk sampai ke KL atau BAngi semata-mata nak menyertai perjumpaan ibu-ibu menyusu ni. Pernah ke kelas bimbingan susu ibu masa mengandung anak kedua untuk memberi kesedaran kepada suami tentang penyusuan susu ibu sebab masa tu saya dapat panggilan mengerjakan haji tanpa suami. Beli buku-buku dan membaca artikel demi artikel dan hasilnya ialah SAYA menjadi mahir dengan mehnah dan tribulasi penyusuan susu ibu demi kegunaan diri saya dan Alhamdullilah sanak-saudara terdekat saya. Dan saya masih tidak faham ada ibu mengatakan buah dadanya tidak mengeluarkan susu untuk anaknya sendiri. Saya no komen tentang itu (Memanglah dari ....anak dara ke ...... ibu selepas bersalin ) tetiba...rasa nak melaser orang namun saya masih takut dan bimbang orang kecil hati kalau saya bercakap tentang penyusuan ibu ni secara direct. Bagilah susu badan sepenuhnya kepada bayi anda sehingga 6 bulan demi kesihatan dan kesejahteraan bayi anda.

Sunday, August 2, 2015

Cara Cikgu Suzana Simpan Susu Perah

How Mdm.Suzana store her expressed breastmilk.


Plastik bekas simpan susu ibu ini dah 4 tahun usianya, lebihan daripada yang dulu-dulu lom habis-habis.
 Saya perah, lepas tu tuang dalam plastik simpan dan selepas tu ikat dengan getah. Sebelum ni, sewaktu saya buat stok untuk anak perempuan saya, gigih saya kumpul dan seal dengan sealer elektrik, leper-leperkan masuk dalam peti sejuk beku. Bukan main banyak lagi, pastu apabila anak saya prefer direct dan kelam kabut saya pulang awal untuk menyusui, saya rasa mcm malas pulak nak kumpul banyak-banyak. Insyallah KAli ini tidak, sedap jer saya letak  susu dalam ruang tepi peti ais tu.
Ini pula hasil perahan saya ditempat kerja, dapat tiga plastik yang jumlahnya 9oz, saya bangga orang yang susu banyak sampai sekali perah jer dapat 12oz, wow....tetapi dalam kes saya tidak. Anak saya minum cukup. Untuk jam 6.30 - 3.30 petang saya membekalkan 12oz sahaja kepada baby saya.

Saya tahu ramai nak mengajar saya cara nak simpan susu perah. Well, sekiranya saya newcomer takpelah seronok and teruja nak baca dan cuba, tetapi dah sejak menjak dah jadi kebiasaan saya rasa bagaimana seseorang itu menyimpan susu sendiri biarlah mengikut cara dia sendiri. Sejak kelahiran anak sulung dah berbagai-bagai jenis plastik simpanan saya beli dan guna. Botol-botol susu jangan katalah teramatlah banyak terutamanya semasa saya menyimpan susu untuk anak kedua dulu. Dahulu saya suka membeli belah online. Pendek kata, obses habislah. Tetapi, apabila anak perempuan saya reject susu perah dan botol susu selepas 6 bulan saya pun dah "sayonarakan" peralatan bagai tu. 3 tahun saya say hi hi bye bye kepada EBM. Namun, saya bermula sekali lagi apabila melahirkan seorang lagi anak lelaki. BAby Amsyar mempunyai paten penyusuan yang lebih kurang sama dengan abang-abang dia, so saya bercadang untuk meneruskan pemberian susu perah sehingga bila-bila. (Memandangkan ini yang bongsu). Memberi susu ibu merupakan keutamaan kepada saya. Biarlah senior-senior kerja kerajaan nak kata apa. Kita harus memahami konteks pemberian cuti tiga bulan kepada pekerja wanita yang bersalin adalah untuk apa. Bukan ke selaras dengan polisi penyusuan ibu. Sekarang ni rata-rata kawan-kawan saya memerah susu di tempat kerja, dulu-dulu rajin juga saya melepak sambil memberi penerangan secara percuma kepada rakan-rakan yang mengandung tentang pemberian susu ibu ni. Sekarang sudah jadi trend, dan tidak janggal lagi. Thanks to Internet! Untuk kelahiran kali ini, saya hanya menggunakan apa yang ada...emm SEKIAN. TERIMA KASIH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...