Pada 26 Mac 2017, hari Ahad lepas ialah hari pertama persekolahan pertengahan penggal ke-2, sepatutnya Iman bersekolah seperti biasa tetapi saya mengambil keputusan untuk mencutikan lagi anak saya. Masalahnya dia yang awal pagi susah nak bangun tu menyebabkan saya merasakan satu tekanan tambahan pula dengan saya sendiri yang terlewat bangun. Saya ingatkan keadaannya akan bertambah baik keesokkan harinya dan dapatlah dia bersekolah, malangnya masalah kesihatannya bertambah merosot...dia menunjukkan simptom2 sakit mata, saya berpesan kepada bapanya, bawa sahaja anak tu ke Pakar Mata. Bapanya pun bawa dia ke Pakar Mata...pakar kata dia bukan sakit mata, tetapi selesema. Saya hairan mana pula datangnya selesema, tetapi hari itu hingus mula keluar dari hidung dan kedua-dua telinga Iman pun keluar cecair kekuningan cair. Bermula episod sakit telinga, mata dan selesema.
Gambar keadaan iman selepas seminggu, itupun gambar ini saya tangkap selepas dia mandi dan dicucikan mata yang berselaput tebal.
Ini pula.....saya copy update status Face Book ----berikutan kepanikan saya terhadap keadaan Iman yang nampak sangat serius............"sudah seminggu Iman dijangkiti selesema, sakit telinga dan mata. Hari
ini hari ke lima, saya try google, keluar sakit "sinusiti" atau
jangkitan kuman pada rongga tekak, hidung dan telinga. Persoalannya
sekarang, ke mana saya harus rujuk? Klinik atau hospital. Harap
rakan-rakan dapat membantu. Untuk pengetahuan saya telah berjumpa pakar
mata, dia cakap selesema dan suruh makan ubat selesama",
Gambar hari semalam selepas, dia mengambil ubat selesema, antibiotik dan spray nasal dari Hospital Pantai Melaka. Saya telah berjumpa Doktor Pakar ENT..Telinga, hidung dan tekak. Iman dapat MC 5 hari lagi. Sakit matanya pun nampak dah kurangkan?
Inilah ubat dari doktor dan tambah minyak Habbatusauda dan Minyak Herba Asma Mujarab. Kosnya kurang lebih dianggarkan RM 300. Belum ditambah dengan susah hati, rasa bersalah, rasa berdosa, rasa jadi ibu tak berguna dan rasa jadi guru yang mengabaikan tanggungjawab serta kerja.Ada rasa sesuatu yang tak best kat kat hati ni....tetapi biarlah Allah yang MAha Mendengar memberi anugerah-Nya. Amin.
No comments:
Post a Comment