Saturday, July 22, 2017

Kembali Menulis.

Gambar Iman bersama New born sister: Munawarah Rose masa ni baru 20 hari kalau tak silap
Asalnya saya nak buat tajuk yang agak gempak seperti "Welcome baby No 5" tapi tak jadilah, memandangkan ini tahun ke 8 saya berblogging..yang seumpama hidup ke mati ke blog aku ni. Ye..kalau minda itu boleh menulis, sudah banyak entry dah blog ni, tetapi memandangkan masa yang banyak dihabiskan. sampai titik je..maksud saya banyak masa terbuang untuk perkara-perkara lain selain daripada berkongsi itu dan ini. Sekarang saya banyak berInstagram, BerFB, BerWhatsApps dan BerTelegram yang setelah menjadi tabiat akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa tabiat  4 perkara di atas langsung tidak menjadikan saya manusia yang baik. Banyak berlaku dalam masa 2 tahun ini:
1.  Antaranya Mak saya meninggal-- Apabila ibu saya meninggal, saya hilang sebahagian diri saya, saya lebih memerlukan ibu berbanding apa yang ibu saya fikirkan, iaitu dia memerlukan saya kerana dia selama lebih kurang 4 tahun uzur dan segala keperluan makan minum memang diuruskan oleh kakak, abang dan saya sendiri..tetapi bila dia meninggal--saya merasakan bahawa diri saya yang memerlukan dia lebih--seumpama jasad yang dikebumikan bagai membawa saya ke dalam juga, Tetapi saya memandang anak-anak saya dan mengenang bagaimana ibu saya hidup tanpa ibu dia disisi dulu (nenek saya meninggal ketika ibu saya 28 tahun tahun 1968) agaknya begitulah saya sepatutnya meneruskan kehidupan ini..Setiap hari saya mengenangkan kata-kata dia, kenangan-kenangan bersama dia sejak saya kecil sampailah ibu meninggalkan saya.

Gambar hiasan: Tengok tu Abang Iman dan Ummi dah sama tinggi dan sama "debab", masa mama sihat paling kurang dua kali sehari mesti jogging, ni dah lama tak jogging..asyik makan dan main tab je,

2. Saya mengandung lagi dan bersalin anak ke 5.
Saya tidak merancang untuk menambah anak, tapi saya malas nak mengunakan kaedah perancangan keluarga memandangkan usia sudah masuk 40-an, dalam berhati-hati itu saya mengandung lagi anak ke 5. saya perasan saya mengandung bulan 10 dan hanya memberitahu Klinik pada bulan 2, nampak macam sekejap je saya mengandung dan kini saya dah pun bersalin. Saya seakan ada perancangan untuk menulis pengalaman bersalin csection kali ke-3 ni. Sejak awal mengandung lagi saya dah berazam untuk bersalin normal, ntah macam mana saya berdoa dan berharap saya akan bersalin awal dari "due" kerana saya sudah dibayangkan sewaktu bersalin pembedahan anak ke-4 dahulu bahawa saya akan dibedah juga. Pengalaman lambat baik semasa kelahiran tahun 2015--memberikan trauma kepada saya, lantas saya selalu meminta doa sesiapa--orang alim, orang menunaikan umrah untuk berdoa kepada saya untuk bersalin normal. Saya tidak bersalin normal, tapi Allahu Akbar saya dimudahkan untuk menghadapi sebelum, semasa dan selepas bersalin. berkat doa-doa tersebut. Saya bersyukur pada hari ini 23 Julai 2017, genap 30 hari saya bersalin dan saya sudah pulih. Ye mungkin orang kata " pulih di luar, yang dalam belum tahu", untuk itu saya bercadang untuk hanya kembali bawa kereta dan keluar rumah lagi dua minggu lagi.


Tu dia : Iman, Ummi, Amsyar dan Rose. Ariff takde , jalan rumah sebelah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...