Selepas bersalin kali ke-5 dengan kaedah Czer kali ke-3, saya tidak lagi mengambil pati ikan haruan dan gamat. Itupun setelah 9 tahun saya mengamalkan makanan pati ikan haruan dan gamat. Pembedahan anak ke 4 tidak berjalan lancar, doktor bagitahu banyak lekatan antara rahim dan usus dan seumpamanya...dan memberi amaran sekiranya saya mengandung lagi, saya tidak lagi dapat bersalin normal. Pembedahan itu pula akan menjadi lebih sukar kerana lekatan-lekatan tersebut. Mungkin terma-terma itu hanya doktor sahaja yang tahu. Selepas pembedahan saya telah :
1. Menerima suntikan Heparin sebanyak dua kali sehari selama 10 hari.
2.Minum koko + fenugreek jenama The Milk Story selama lebih kurang 25 hari
3.Makan vitamin di bawah : Iron, B-Complex, acid folic, kapsul omega minyak ikan, pati delima dan serbuk manjakani selama 35 hari.
4. Baru semalam je saya makan makanan tambahan LAMAMMA, itupun terpengaruh dengan promosi di FB. Saya sebenarnya macam berminat makan jamu Nona Roguy ke ..tapi akhir saya mengambil minuman ni je la. Insyallah akan buat review.
Rasa macam apa? Berpantang ini macam tak ada makna buat ibu anak 5, apabila selepas dua minggu sahaja keadaan rumah seperti biasa. Malah bertambah kerana anak-anak mengetahui ibu mereka ada kat rumah. Kalau orang tanya berpantang rasa macam apa? Saya pun tak tahu maksud pantang tu macam mana. Kalau orang putih, saya rasa saya dah boleh pergi supermarket kut.
No comments:
Post a Comment