Tuesday, January 25, 2011

Hilang fokus...

Hilang fokus saya sejak broandband ni ditamatkan perkhidmatan sebab tak bayar bil. Tumpuan saya terhadap kerja terjejas teruk..seperti gagal menyiapkan buku rancangan harian pada hari sepatutnya saya mengajar, register budak yang separuh siap separuh (of course) tak siap, tiada masa untuk menulis resit yuran budak. Gagal membuat persiapan masuk kelas seperti set induksi dan sebagainya.

Tumpuan di rumah juga hanya berfokus kepada basuh pinggan mangkuk di sini setelah terkumpul banyak2, basuh baju yang berkilogram beratnya, sidai baju yang akan dilakukan pun setelah baju kering sendiri dalam baldi, masak nasi dan sediakan makanan anak. Malah masa berkualiti ngan anak-anak pun hampir tiadaa.

Aku kata..jika kita disibukkan dengan sesuatu maksudnya asyik (dalam kes saya ini ialah berinternet) maka kita patut hentikan sumbernya iaitu bayar broandband.. tetapi ketiadaan internet dalam hidup aku menyebabkan aku hilang fokus.

Mula-mula ajar karangan kat budak saya ajar buat Jadual Waktu Harian supaya menjadi pelajar cemerlang. Tapi ini juga tidak membantu aku agar lebih bersemangat.

Saya murung, appointment anak saya pergi hospital juga saya tak hadiri..rasa boringgg yang amat sangat. Saya perlukan pertolongan HELP me! Help me!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...