Wednesday, January 26, 2011

Judith Scott

Judith Scott (May 1, 1943 – March 15, 2005) was an Outsider artist. She was a fraternal twin to Joyce Scott, and she was deaf and had Down syndrome. She worked at the Creative Growth Art Center in Oakland, California

Mendiang Judith Scott ini...buat pertama kalinya saya kenal. (itupun selepas 5 tahun dia meninggal dunia dah) Hari ni saya terdetik untuk menulis tentang Iman sebenarnya.

Iman dijangka pekak. Dengan muka dia yang cute dan senyuman yang comel tu pasti mama ni pun tak akan percaya yang dia mungkin ada masalah pendengaran. Mungkin ada tu...sebab kena confirmkan di Hospital Batu PAhat bulan enam nanti. Apa yang sebenarnya (ikut rentak lagu yuna)--

Semasa umur dalam lingkungan 7 tahun, mak ayah Judith telah menghantar dia ke sebuah institut untuk orang sakit mental (right me if wrong) atas nasihat ahli perubatan kerana kemampuan Judith yang terlalu lemah sehingga tiada sekolah untuk masalah pembelajaran pun yang boleh menerima dia, tika ini kekurangan masalah pendengaran yang dihidapi oleh Judith belum dikenal pasti lagi.

Hinggalah tahun 1985, selepas Jocye Scott menyedari yang dia boleh membawa kembarnya itu keluar dari institut secara undang-undang dengan cara ke California iaitu satu-satu negeri yang membenarkan orang terencat akal meneruskan pendidikan.

Judith dimasukkan ke Creative Growth Art Center tetapi Judith tiada menunjukkan minat atau kebolehan membuat apa-apa sehingga satu hari Judith memerhati "fiber art" dalam salah satu kelas di pusat tersebut. Dia terus tertarik dan mula asyik mereka bentuk yang kemudian menjadi hasil seni yang unik dan dikagumi pencinta seni ini.

Dia meninggal pada tahun 2005 atas pangkuan kembarnya dengan meninggalkan masterpiece nya, ada yang terus dipamerkan di museum-museum Amerika.

Mama sebagai seorang mama--> menitis air mata, sebak dan terharu. Betapa rasa bersalahnya mama sebab sibuk ingat kerja sampai tak pergi appointment doktor semalam. Iman oh Iman. Selepas baca artikel ini, rasa macam nak amik cuti jaga Iman jer. Hu Hu Hu

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...