Tuesday, March 29, 2011

Mabit di Mudzalifah


Ini gambar X-clusive mabit di Mudzalifah. Orang tua dalam gambar ini ialah bapa saya. Jemaah Haji Malaysia akan dibawa ke Mudzalifah dari padang Arafah selepas wukuf. saya dan jemaah bertolak waktu maghrib dan terus turun untuk mengutip batu sebanyak 70 biji. Saya adalah antara jemaah yang terawal. Adakah anda tahu keadaan mabit di Mudzalifah? atau lebih tepat sampai awal sementara tunggu waktu masuk (mabit). Keadaannya hu hu huu... dengan berbekalkan tikar plastik dari Telekom kami pun bentang tikar di atas padang yang tak ada rumput ..yang ada hanyalah batu dan tanah. Letak beg dan tidurrrr.. Saya tertidur sekejap...pastu bersekang mata...sampai pening2, batuk dan gelisah. Kejap berzikir kejap tengok2 kan mak pastu bapak. Pandang kiri pandang kanan...tak larat nak bual2..tengok bintang, tunggu jemaah haji lain datang ...sampai akhirnya penuh satu padang.


Tepat masuk waktu mabit..kira2 jam 11.45 malam waktu Arab kami pun beransur-ansur naik bas ke Mina pula. Saya dan keluarga lambat sikit beransur. Sebelum naik bas...saya nampak ada seorang Haji (orang putih) sensorang je...buka tilam angin..pam pam sampai jadi tilam angin yang empuk...letak bag dan tidur lah dia di tilam angin itu..untuk Mabit di Mudzalifah tu.


Sesampainya saya di Khemah Mina kira-kira jam 4 pagi...


Operasi Masya'er di Mudzalifah berakhir kira-kira jam 7 pagi keesokannya.

Monday, March 21, 2011

Sunday, March 20, 2011

BeLi dan DapaT hAdiAh peRcuMa daRi KaMi....

Gambar di atas adalah sebahagian daripada produk HPA yang dibeli dan akan digunakan oleh kami. Saya merupakan seorang pengguna yang pemilih orangnya (suka survey dan banding-banding harga) Tetapi sejak dari semalam, saya berazam akan menggunakan produk ini sepenuhnya.
Cereal Radix, Kopi Radix dan Ubat Gigi Miswak. Cecair Pencuci tandas Angsana, Cecair pencuci lantai merbau dan shampoo rambut Pandan. Semua sekali RM80.
Sekiranya...anda membeli barangan sama macam saya, saya akan memberi majalah Anjung Seri keluaran terbaru kepada anda ----->percuma. Sila siarkan gambar itew..

****Adakah patut kami buat promosi blog sekarang ini, dah dua tahun lembap jer kemajuan blog nan satu ni. Hee hee.(minta-minta adalah yang baca entry ni)

Sunday, March 13, 2011

Look at a pale eyes


INi wajah anakku Iman pada usia 8 1/2 bulan. Matanya sangat mengusik jiwa sesiapa yang memandang. Yes, terpaksa aku mengakui Iman anak Istimewa. Haruskah entry ini menjadi sedih atau tidak bergantung kepada penulisanku. Bila orang kata wajah Iman macam ayah dia, pasti aku akan mengatakan bahawa org itu nak mengatakan wajah ayah dia macam sindromkah? atau bila org mengatakan wajah dia macam aku pasti jua aku akan bertanya wajah aku macam sindromkah? Sampai sekarang aku masih belum2 sedar yang Iman sebenar2 nya Sindrom Down. Bottom in my heart aku masih percaya Iman akan boleh membaca Al-Quran dan membaca Al-Fatihah untuk aku dan suami. Inilah kepercayaan yang aku galas kepada Iman nanti bila dah pandai bercakap. FYI..Iman dah 8 bulan tapi masih belum boleh duduk, merangkak, angkat badan, tepuk tangan dan size badan masih macam bayi umur 4 bulan. Dia boleh meniarap, guling-guling dan menangis kuat2 kalau lapar. And Last..Pls look at his eyes again..Need attention pls

Gendong Baby..di Mina, Makkah.


Percaya atau tidak, bahawa gambar tak semengah ini diambil oleh saya semasa tengah order teh panas dari kedai mamak di Mina, Makkah selepas balik dari melontar di Jamrah. Budak perempuan itu mendokong budak lelaki itu sebab budak laki tu tak pandai jalan lagi kot. Budak yang didokong asyik senyum dan ketawa. Suka la tu. Pas tu saya bagi derma Mee Segera IndoMie kat dia. Dia senyum jer (agaknya dia lebih gelak kalau dapat duit kot)...

Ni gambar saya as a mom gendong baby saya... Ada sapa2 nak derma tak. Derma kasih sayang.



Sunday, March 6, 2011

Lunch at Padang Temu Beach, Malacca

Mama Ariff wore Hilyah Muslimah Nursing Long T-Shirt bought a month ago at MomsLittleOnes Sri Kembangan outlet(RM32). Tudung oren buatan Kak Rohana Tukang Jahit Tudung Instant di Parit Raja(Upah jahit RM17). Kain beli kat Astana Moda Melaka(RM8). Background ialah Selat Melaka (Priceless). Tikar plastik kenangan pergi Haji. Tikar merah tu hadiah dari Telekom. Nasib baik saya tak buang masa kat kat Mina dulu. Antara lauk makan tengah hari ialah ayam goreng, kobis goreng, sardin, taugeh goreng dan ikan kering.
Pas lunch, pergi kedai tudung NAjrah kat Jalan Ujung Pasir jap. 50% lebih murah daripada kedai ARIANI. Dan saya ngantuk, minta suami hantar saya pulang. Sorry Mom in Laws sebab tak pergi balik kampung. Saya selesema, pening kepala dan sakit tekak. Saya dok umah tido.

First Grandaughter...First Mei Tai

Ini saya dan kakak di ruang menunggu wad bersalin Hospital Putra Jaya, jam 11.00 malam. Dengan harapan sambil menanti saat kelahiran cucu dia yang pertama. Actually bukaan baru 3 cm doktor dah tolak kat labour room, tu pun selepas 24 jam bertarung menahan kesakitan akibat induce..---makna dah rasa-- Takat ni saya dan kakak masih boleh senyum lagi

Saya dan Iman dalam Mei Tai Bigeyesshop .

Saya begitu tertarik untuk memakai Mei Tai..something cam best jer. He hee hee. Puas saya google you tube kat internet nengok cara memakai Mei Tai ni. Ni cara pemakaian Front Carry. Iman masih 5 kilo, kecik lagi... sungguhpun kecik, tapi my baby ni dah boleh angkat kepala yang menjadikannya sesuai dah pakai Mei Tai. Lilit-lilit pakai Mei Tai. Pastu tali dia panjang cam tali pinggang keledar kereta.
Bila dah pakai tu nampak kemas jer, pakai front carry style ni..saya tak berapa suka. Cam mengandung bawa anak 5 kilo kat perut. Masa gi Giant Muar hari tu, saya bawa back carry yang lebih menyenangkan saya bergerak. Macam bawa back pack, Insyallah baby tak fussy. Sebab kepanasan badan kita tu akan menjadikan dia tertidurrr zzzz..
Posing depan poster dan risalah Penyusuan ibu yang digantung di Hospital. Hospital Putra Jaya best..tapi Hospital Sultanah Fatimah, Muar lagi BEST. (Tapi kalau boleh, lain kali biarlah kita diurusi oleh doktor atau jururawat WANITA sahaja boleh?)

Inilah babynya, dipangkuan saya selepas kira-kira 5 jam dilahirkan. Kami tunggu sampai 4 pagi. Last2 anak buah kata, isterinya akan di operate pukul 9.00 pagi sebab stress tak kuar2. (Klise kan) kami pun balik rumah kakak kat Dengkil, dan datang semula jam 1 tengah hari. Baby girl, tepat seperti ramalan saya. wheeeiii!!! Seronoknya dapat baby. Baby Girl? So sweet...

Wednesday, March 2, 2011

Kemesraan kita dipupuk melalui internet

Macam isi judul karangan SPM pulak yek...
Saya nak kumpul banyak follower..tapi masa berinternet sangat terhad. Stress bekerja dan berumahtangga selalu membelenggui hidup saya.

Hari Isnin saya dapat emel suka -suki.
Assalamulaikum,


Saya terbaca blog kakak tentang brestfeeding dan pemilihan pam terbaik, saya baru melahirkan anak yang ke-2 dan sangat berbesar hati nak bagi EBF pada bayi. Saya nak bertanya ilmu-ilmu brestfeeding dari kakak. Soalan saya:
1) Antara semua brest pump yang akak dah beli dan guna, mana satu yang sangat akak rekomen kan?
2) Penyimpanan susu yang dipam dalam freezer,kalau nak bagi bayi minum kita perlu panaskan ke? (microwave, masak atau rendam dalam air panas)
3)Brapa lama susu akan tahan selepas dikeluarkan darin freezer?


Saya harap kakak dapat membantu kerana saya sangat tak berpengetahuan ttg hal ini dan semua kawan2 sepejabat pun mix BF dgn susu formula tak ada sorang pun yg ckp pasal buat stok susu ibu.


Tq

Lalu saya menjawab dengan jujur dan ikhlas
2011/2/28 suzanna arahman

waalaikumussalam..terharu juga akak dapat emel ni.

1) Antara semua brest pump yang akak dah beli dan guna, mana satu yang sangat akak rekomen kan?

Pam susu pertama akak ialah Medela Harmony manual, akak ada juga spectra 3, swing medela single pam, dan latest ialah freestyle.
Dulu akak kerja cikgu sesi ptg..so, demand susu ibu untuk anak masa gi kerja tak banyak. at least 3 botol jer. Akak tak ada masalah guna Medela Harmony manual pam sebenarnya sebab mampu dapat pam 3 botol tu dalam sehari...akak beli swing sebab nak yang electrik..(dah kira-kira 4 bulan mengepam manual) sebab cam dah lenguh tangan pulak nak pakai manual. pastu akak pakai yg manual balik sebab pakai manual lebih cepat...kita boleh tentukan nak pam kuat ke tak kuat ke..pakai elektrik timing dia sama.
akak beli spectra sebab double pam ingat nak lagi dapat cepat dan dapat banyak...tapi tak sesuai sebab akak dah tak exclusive breasfeeding..anak dah makan solid food. sebab dah biasa pakai Medela akak rasa suction spectra menyakitkan
So, akak balik pakai yg manual sampai umur dia 1 tahun 2 bulan dan berhenti mengepam sebab mengandung dan susu takde

Untuk second child...akak dah berazam nak kumpul stok. sebab kejayaan mengumpul stok ialah mengumpul stok ketika kita masih exclusive breastfeeding. Akak beli freestyle ngan NAZA. Kebetulan anak kedua syndrome so, memang kena banyak pam ..memang berbaloi. Sekarang akak masih guna freestyle..tapi disebabkan anak dah x exclusive..susu kurang dan akak pun pakai medela harmony balik... dan macam nak kena beli yang baru lagi hee

so, akak recommend Harmony Medela. Untuk tujuan mengumpul stok dalam pantang...gunalah double pam (dalam case akak, akak beli freestyle, tapi corong nya akak tak guna sebab akak dah tukar kepada yang corong biasa. Akak beli fs bayar ansur2..

2) Penyimpanan susu yang dipam dalam freezer,kalau nak bagi bayi minum kita perlu panaskan ke? (microwave, masak atau rendam dalam air panas)
mula-mula keluarkan pastu keluarkan kat luar sampai cair sendiri, kalau nak cepat akak letak bawah air paip mengalir sampai cair..dah cair baru rendam ngan air suam. akak ada beli warmer..tapi tak guna..rendam ngan air panas lagi cepat. jangan sesekali guna air mendidih, masak ngan air panas atau microwave. Nanti rosak n termasak lak susu kita. (akak pernah cuba masak balik stok susu dengan merendam ngan air mendidih..habis rosakk susu aku) tapi kalau dah rendam ngan air suam nak tunggu susu sejuk semula pun takpe dah nak bagi baby minum.

3)Brapa lama susu akan tahan selepas dikeluarkan darin freezer?
seelok-eloknya kalau tahu nak ncairkan susu dari freezer dah siap2 pindahkan stok susu dari freezer ke bahagian biasa peti ais (ambil masa sekurang-kurangnya 24 untuk mencair)--dah cair tu kalau akak rasa 1-2 hari je akak dah pakai. Kuarkan hanya kuantiti yang diingini jer untuk hari tersebut. Berapa lama tu..akak tengok 3 hari pun masih elok. tapi kalau dah lebih..akak tak berani cuba

Akak banyak guna fresh milk yang lebih tahan lama 6 hari kat bahagian biasa peti ais.

kalau tak berapa faham..boleh kita share2 kat blog akak tu. Ngeee.

*** Pandangan dan pendapat yang diberi adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan saya juga bukanlah pengepam tegar. Saya hanya mempraktikan setakat kemampuan saya.

Akhirnya...

NOKIA 5130 Hari ini pergi Pusat Maxis. Minta SIM postpaid yang baru. Dipaksa bayar bayaran tertunggak. Berkira-kira membeli juga Handphone baru... tetapi, saya katakan TIDAK! Pulang ke rumah. Suami menunggu saya di halaman rumah sambil mengajak masuk ke dalam rumah dan menunjukkan handphone ini kepada saya. Saya No Word to say..Timakasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...