Wednesday, March 2, 2011

Kemesraan kita dipupuk melalui internet

Macam isi judul karangan SPM pulak yek...
Saya nak kumpul banyak follower..tapi masa berinternet sangat terhad. Stress bekerja dan berumahtangga selalu membelenggui hidup saya.

Hari Isnin saya dapat emel suka -suki.
Assalamulaikum,


Saya terbaca blog kakak tentang brestfeeding dan pemilihan pam terbaik, saya baru melahirkan anak yang ke-2 dan sangat berbesar hati nak bagi EBF pada bayi. Saya nak bertanya ilmu-ilmu brestfeeding dari kakak. Soalan saya:
1) Antara semua brest pump yang akak dah beli dan guna, mana satu yang sangat akak rekomen kan?
2) Penyimpanan susu yang dipam dalam freezer,kalau nak bagi bayi minum kita perlu panaskan ke? (microwave, masak atau rendam dalam air panas)
3)Brapa lama susu akan tahan selepas dikeluarkan darin freezer?


Saya harap kakak dapat membantu kerana saya sangat tak berpengetahuan ttg hal ini dan semua kawan2 sepejabat pun mix BF dgn susu formula tak ada sorang pun yg ckp pasal buat stok susu ibu.


Tq

Lalu saya menjawab dengan jujur dan ikhlas
2011/2/28 suzanna arahman

waalaikumussalam..terharu juga akak dapat emel ni.

1) Antara semua brest pump yang akak dah beli dan guna, mana satu yang sangat akak rekomen kan?

Pam susu pertama akak ialah Medela Harmony manual, akak ada juga spectra 3, swing medela single pam, dan latest ialah freestyle.
Dulu akak kerja cikgu sesi ptg..so, demand susu ibu untuk anak masa gi kerja tak banyak. at least 3 botol jer. Akak tak ada masalah guna Medela Harmony manual pam sebenarnya sebab mampu dapat pam 3 botol tu dalam sehari...akak beli swing sebab nak yang electrik..(dah kira-kira 4 bulan mengepam manual) sebab cam dah lenguh tangan pulak nak pakai manual. pastu akak pakai yg manual balik sebab pakai manual lebih cepat...kita boleh tentukan nak pam kuat ke tak kuat ke..pakai elektrik timing dia sama.
akak beli spectra sebab double pam ingat nak lagi dapat cepat dan dapat banyak...tapi tak sesuai sebab akak dah tak exclusive breasfeeding..anak dah makan solid food. sebab dah biasa pakai Medela akak rasa suction spectra menyakitkan
So, akak balik pakai yg manual sampai umur dia 1 tahun 2 bulan dan berhenti mengepam sebab mengandung dan susu takde

Untuk second child...akak dah berazam nak kumpul stok. sebab kejayaan mengumpul stok ialah mengumpul stok ketika kita masih exclusive breastfeeding. Akak beli freestyle ngan NAZA. Kebetulan anak kedua syndrome so, memang kena banyak pam ..memang berbaloi. Sekarang akak masih guna freestyle..tapi disebabkan anak dah x exclusive..susu kurang dan akak pun pakai medela harmony balik... dan macam nak kena beli yang baru lagi hee

so, akak recommend Harmony Medela. Untuk tujuan mengumpul stok dalam pantang...gunalah double pam (dalam case akak, akak beli freestyle, tapi corong nya akak tak guna sebab akak dah tukar kepada yang corong biasa. Akak beli fs bayar ansur2..

2) Penyimpanan susu yang dipam dalam freezer,kalau nak bagi bayi minum kita perlu panaskan ke? (microwave, masak atau rendam dalam air panas)
mula-mula keluarkan pastu keluarkan kat luar sampai cair sendiri, kalau nak cepat akak letak bawah air paip mengalir sampai cair..dah cair baru rendam ngan air suam. akak ada beli warmer..tapi tak guna..rendam ngan air panas lagi cepat. jangan sesekali guna air mendidih, masak ngan air panas atau microwave. Nanti rosak n termasak lak susu kita. (akak pernah cuba masak balik stok susu dengan merendam ngan air mendidih..habis rosakk susu aku) tapi kalau dah rendam ngan air suam nak tunggu susu sejuk semula pun takpe dah nak bagi baby minum.

3)Brapa lama susu akan tahan selepas dikeluarkan darin freezer?
seelok-eloknya kalau tahu nak ncairkan susu dari freezer dah siap2 pindahkan stok susu dari freezer ke bahagian biasa peti ais (ambil masa sekurang-kurangnya 24 untuk mencair)--dah cair tu kalau akak rasa 1-2 hari je akak dah pakai. Kuarkan hanya kuantiti yang diingini jer untuk hari tersebut. Berapa lama tu..akak tengok 3 hari pun masih elok. tapi kalau dah lebih..akak tak berani cuba

Akak banyak guna fresh milk yang lebih tahan lama 6 hari kat bahagian biasa peti ais.

kalau tak berapa faham..boleh kita share2 kat blog akak tu. Ngeee.

*** Pandangan dan pendapat yang diberi adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan saya juga bukanlah pengepam tegar. Saya hanya mempraktikan setakat kemampuan saya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...