Saturday, July 23, 2011

A moment to remember

Iman tak berapa syok dok dalam ni, manakala abangnya pulak seronok giler
Posing sambil berbaring, perlu ker buat aksi cam tu..takpe takde charge lebih...
Al 'Ariffin sedang makan kek hari jadi yang ke-Tiga tahun. Kek tahun ke tiga yang dibeli di Kedai Puncak Kasih Bukit Gambir yang sama. Panjang umur kedai kek Melayu.
Iman dah pandai duduk atas kerusi bayi tanpa masalah. Dia tumpang seronok amik gambar di Kedai Marry Brown Bukit Gambir ni..everthing is Bukit Gambir. Yang paling best ialah Kedai RM2.

Tekad : aktif dengan berbekal camera DSLR -- gambar- asyik -bergetar tu (amatur la katakan)

I love I-City


Saya pakai Iman dalam gendong Big Eyes Shop, mujur ayah teringat nak bawakan gendong ni. Ni cerita Sabtu minggu lepas. Kami masuk Snow House, Iman suka...kan dia suka sejuk pun.

Ada orang baca tak?

Mak saya tak berapa suka bercerita tentang anak-anaknya. Apatah lagi ketika duduk-duduk solat jemaah kat surau sementara masuk waktu Isyak. Mak saya suka mendengar sahaja kawan dia bercerita tentang anak-anak dia. Yang sorang tu dapat cikgu lulusan luar negara, yang sorang tu beli rumah kat bandaraya dah jadi orang berpangkat bla..bla.. Nanti mak saya bagitau, "aku tak suka orang cerita pasal anak membesar-besarkan diri konon anak dah berjaya". Mak saya duduk kampung dari lahir sampailah tua, walaupun bapak saya jadi askar posting sana sampai Kelantan, sini sampai Kluang dan sinun sampai Sarawak, mak saya tahan duduk kampung. Mak kata buat apa ikut bapa, baik aku noreh. Lagipun mak saya ada mak dia, mak tiri dia dan adik-beradik yang ramai di kampung. Malah setelah mak dia dah tak ada, mak tiri dia juga dah tiada, adik-adik beradik mak semua dah tak duduk kampung..tinggal dia masih tahan duduk di kampung. Dari tanah pusaka arwah bapa dia semak terbiar tidak terusaha sampailah sekarang baru-baru nak ada hasil mak masih maintain dengan tabiat dia...tak suka beli barang.
Mak tetap tak suka bercerita pasal anak sulung aku jadi ini, anak kedua jadi itu, ketiga jadi dan seterusnya yang tah jadi apa tah...mak tak berapa suka dan not interest... tapi saya nampak mak saya gembira kerana anak-anak dan cucu-cucu dia tak duduk jauh dari dia, dia masih berumah di kampung yang sama dan saudara-mara masih balik kampung untuk mengunjungi pusara kedua ibu bapa mereka dan of course pasti mengunjungi kakak sulung dia di rumahnya. Mak masih berdikari dengan dirinya, suami dan harta sendiri yang dicari hasil titik peluh kerana prinsipnya itew. Saya ada mampu ker ? Ya, memang saya ada anak, suami dan harta...tetapi sejauhmanakah saya bertahan dari terpaksa bergantung kepada orang lain sampai tua itu tidak ada jaminan. Opppss ye..saya ada insurans tapi 20 tahun akan datang nilainya pasti kecik dibandingkan dengan kos hidup masa itu.

Sunday, July 10, 2011

Ramah Mesra Taman Satria 2B - satu apresiasi

Gambar saya dan Iman serta penghuni Taman Satria 2B. Masa saya pertama kali tinggal di rumah taman ini sekitar Nov 2007, Arif baru berumur kira-kira 5 bulan taman ini masih ronggak malah ada rumah yang dalam pembikinan. Sekarang semua projek untuk Fasa 5 ini dah selesai dan pada hari ini (9 Julai 2011) kami bersetuju bernaung dalam satu kumpulan komuniti. (Yang penting ada tukang masaknya he,,, hee)
Ini pula gambar AJKnya, berdiri no 5 dari kiri itu ialah Pak Cik saya Cik Jeman. Duduk paling kiri itulah pengasuh Iman, Iman panggil Ibu Iman, sebelahnya tu kawan saya satu kerja kebetulan satu taman. En. Zul.Dot.Com dan Cikgu Selamat juga antara penghuni yang dikenali dalam kalangan kami di Serom ini.
Ni pulak saya dan Iman. Arep pulak yang nampak kepala jer tu. Budak lelaki yang pakai baju hitam tu pulak jiran sebelah rumah, namanya Irfan berumur 6 tahun. Antara jamuan yang dihidang ialah nasi lemak, bihun goreng, Barbeque ayam, ikan, sosej, kentang goreng, buah-buahan dan air oren.
Aiseh sebagai seorang wanita yang berumur pertengahan 30-an, orang nampak kehidupan saya lengkap..yes, but kita strunggle sebenarnya.

Monday, July 4, 2011

Konflik antara kerja kerajaan dengan jaga anak..

Hari ini saya ada temu janji dengan doktor mata. Selepas setahun saya perlu check mata Iman. Hari ini hari Isnin, hari pertama dalam minggu ini yang saya sepatutnya memulakan tugas sebagai seorang kakitangan awam. Saya pernah seronok bekerja. sekarangg sudah tidak berapa seronok...bukan sekali saya bermonolog yang saya mahu berhenti kerja. Sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerjaya sebagai guru saya benci dengan Medical Case atau Cuti Rehat Khas, kerana saya tidak selayaknya menerima kelebihan itu..tugas saya ialah menjaga dan mendidik anak bangsa semasa penggal persekolahan. Hari ini prinsip saya sekali lagi tergadai kerana gagal mencari penyelesaian kepada isu siapa nak jaga anak aku kat bandar ni. Perlu ke ada terlintas di dalam kepala "siapa yang nak jaga anak aku kat bandar ni, hari-hari Isnin ni" Jadi, saya membuat keputusan "jagalah anak aku sendiri". Maka, hari ini saya urusi sekali perihal suntikan umur satu tahun Iman di Klinik Desa. Misi klinik desa dan bertuko, Misi Ani dah beralih arah ke tempat lain. Atau saya juga perlu beralih arah ke sekolah yang lain? (Berani matilah saya kalau saya tukar sekolah< seperti yang pernah saya kata ketok kepala sendirilah kalau saya bertukar ke sekolah biasa mean vs sekolah perempuan)...Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam--betapa 150% bezanya antara convent ngan sekolah biasa. Yang masalah kecil pun minda kau tak boleh handle dan capai inikan pula masalah-masalah yang besar sebesar sekolah2 men kerajaan biasa. Eh...dah jauh dah entry ni yang sepatutnya mengisahkan hal ehwal anak2 jer bukannya hal ehwal sekolah men ahaks>> Jiwa kacau dan mengalami tekanan perasaan ngan anak-anak kecil yang berserabut. Kekuatan diri dah semakin lemah.

Terpaksa suka...

Mula-mula semasa episod awal-awal saya tak berapa suka tengok cerita nih...sebab saya rasa cerita Melayu slot hari Isnin pulak tu kadang-kadang cerita yang sama jek temanya dan saya juga bertindak ingin lari dari memikirkan gejala sosial dah muak dengan te.ma remaja dan juvana. Lagi-lagi clash ngan cerita omputih kat ntv7 kisah penyiasatan..tapi saya terpaksa akur! Node nganguk kepala yang saya terpaksa suka dan lama-lama suka.
Komen?--Botak tu akan insaf tak? tu yang nak tengok tu. he he...

Sunday, July 3, 2011

Keperluan Fisioterapi untuk Iman..

Iman dah setahun, khamis lepas saya membawanya berjumpa pegawai perubatan bahagian pendengaran selepas dirujuk oleh pegawai perubatan di Hospital Batu Pahat 8 Jun lepas. Dan bermulalah episod pertama dalam bidang keibubapaan saya apabila saya dikehendaki menghantar anak ke fisioterapi pada 7 Julai ini. Manakala bulan Ogos nanti pula saya dikehendaki menghantar anak ke terapi pertuturan pula.

Jujurnya saya lemah dalam mendidik dan melatih anak-anak. Baru 3 tahun saya berkecimpung dalam hal ehwal melatih anak-anak ni, saYA malas (ataupun sebenarnya hari ini yang saya malas)

Copy dari http://thephysiosite.com/why-down-syndrome-physiotherapy-should-be-started-early.php

"Early Down syndrome physiotherapy focuses on four problems that are common for these children. One is called hypotonia. This means that the child's muscles lack tone. That is why, when you lay a Down syndrome child in his crib, he will flop out like a rag doll. Hypotonia needs to be treated because it affects the ability of the child to learn motor skills or to support himself correctly.

Another problem that can be helped by Down syndrome physiotherapy is laxity of the ligaments. The ligaments are so loose that they do not support the bones adequately. In infancy, it can be seen in the way they lie down with their legs splayed apart. In later years, their ankles and other joints will be loose enough to cause support problems.

Down syndrome physiotherapy is essential in helping these children overcome muscular weakness. If they are not exercised to correct the problem, they will develop behaviors that will make up for their lack of strength. Some of these behaviors may be harmful. For example, they may lock their knees to make up for having weak legs.

One problem these children face is in their body shape. Their arms and legs are generally shorter compared to their trunks than in most people. This leads to all kinds of problems sitting and climbing. Just reaching the table to eat can be a chore. Down syndrome physiotherapy can help with this problem.

In early intervention Down syndrome physiotherapy, the emphasis is on overcoming weakness and learning gross motor skills. Rolling over, sitting, crawling, and walking will all happen eventually, anyway. However, with Down syndrome physiotherapy, they can take place with solid physical foundations.

There is a concern with Down syndrome physiotherapy of parents notifying the doctors of problems that might require the help of a physiotherapist. A parent may be at a loss as to what is to be considered worthy of attention. After all, they already know that their child is not like other children who do not have Down syndrome.

Saturday, July 2, 2011

Saya suka menyusukan bayi...


Entry ini agak geli-geleman kot kepada pembaca yang "out of the world of art breastfeeding your child" (saja saya taip dalam English yang berabuk ewhoooshh..) sebab semalam saya terjumpa satu artikel anti breastfeeding dan membacanya pulak...eemmm geram dan rasa cam nak ketok jer komputer @ internet streamyx ni. Kalau saya boleh samakan yang golongan kecil anti breastfeeding dengan gay or lesbian maybe yes..saya guna BI sebab artikel tu dalam BI....Menyusukan anak kan fitrah manusia. Kalau sebenarnya ibu-ibu yang tidak menyusukan anak mereka adalah sebab-sebab musabab masing-masing (at least mereka ada bagi juga) tapi janganlah anti..ANTI cam bunyi anti-dadah la pulak. Dahlah..saya suka menyusukan bayi. Titik noktah...sebab? You all google lah sendiri.

>>Abaikan botol susu MEDELA dan isi kandungan botol susu yang dipegang oleh Ariffin itew..

Friday, July 1, 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...