Saturday, July 23, 2011

Ada orang baca tak?

Mak saya tak berapa suka bercerita tentang anak-anaknya. Apatah lagi ketika duduk-duduk solat jemaah kat surau sementara masuk waktu Isyak. Mak saya suka mendengar sahaja kawan dia bercerita tentang anak-anak dia. Yang sorang tu dapat cikgu lulusan luar negara, yang sorang tu beli rumah kat bandaraya dah jadi orang berpangkat bla..bla.. Nanti mak saya bagitau, "aku tak suka orang cerita pasal anak membesar-besarkan diri konon anak dah berjaya". Mak saya duduk kampung dari lahir sampailah tua, walaupun bapak saya jadi askar posting sana sampai Kelantan, sini sampai Kluang dan sinun sampai Sarawak, mak saya tahan duduk kampung. Mak kata buat apa ikut bapa, baik aku noreh. Lagipun mak saya ada mak dia, mak tiri dia dan adik-beradik yang ramai di kampung. Malah setelah mak dia dah tak ada, mak tiri dia juga dah tiada, adik-adik beradik mak semua dah tak duduk kampung..tinggal dia masih tahan duduk di kampung. Dari tanah pusaka arwah bapa dia semak terbiar tidak terusaha sampailah sekarang baru-baru nak ada hasil mak masih maintain dengan tabiat dia...tak suka beli barang.
Mak tetap tak suka bercerita pasal anak sulung aku jadi ini, anak kedua jadi itu, ketiga jadi dan seterusnya yang tah jadi apa tah...mak tak berapa suka dan not interest... tapi saya nampak mak saya gembira kerana anak-anak dan cucu-cucu dia tak duduk jauh dari dia, dia masih berumah di kampung yang sama dan saudara-mara masih balik kampung untuk mengunjungi pusara kedua ibu bapa mereka dan of course pasti mengunjungi kakak sulung dia di rumahnya. Mak masih berdikari dengan dirinya, suami dan harta sendiri yang dicari hasil titik peluh kerana prinsipnya itew. Saya ada mampu ker ? Ya, memang saya ada anak, suami dan harta...tetapi sejauhmanakah saya bertahan dari terpaksa bergantung kepada orang lain sampai tua itu tidak ada jaminan. Opppss ye..saya ada insurans tapi 20 tahun akan datang nilainya pasti kecik dibandingkan dengan kos hidup masa itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...