Monday, July 4, 2011
Konflik antara kerja kerajaan dengan jaga anak..
Hari ini saya ada temu janji dengan doktor mata. Selepas setahun saya perlu check mata Iman. Hari ini hari Isnin, hari pertama dalam minggu ini yang saya sepatutnya memulakan tugas sebagai seorang kakitangan awam. Saya pernah seronok bekerja. sekarangg sudah tidak berapa seronok...bukan sekali saya bermonolog yang saya mahu berhenti kerja. Sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerjaya sebagai guru saya benci dengan Medical Case atau Cuti Rehat Khas, kerana saya tidak selayaknya menerima kelebihan itu..tugas saya ialah menjaga dan mendidik anak bangsa semasa penggal persekolahan. Hari ini prinsip saya sekali lagi tergadai kerana gagal mencari penyelesaian kepada isu siapa nak jaga anak aku kat bandar ni. Perlu ke ada terlintas di dalam kepala "siapa yang nak jaga anak aku kat bandar ni, hari-hari Isnin ni" Jadi, saya membuat keputusan "jagalah anak aku sendiri". Maka, hari ini saya urusi sekali perihal suntikan umur satu tahun Iman di Klinik Desa. Misi klinik desa dan bertuko, Misi Ani dah beralih arah ke tempat lain. Atau saya juga perlu beralih arah ke sekolah yang lain? (Berani matilah saya kalau saya tukar sekolah< seperti yang pernah saya kata ketok kepala sendirilah kalau saya bertukar ke sekolah biasa mean vs sekolah perempuan)...Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam--betapa 150% bezanya antara convent ngan sekolah biasa. Yang masalah kecil pun minda kau tak boleh handle dan capai inikan pula masalah-masalah yang besar sebesar sekolah2 men kerajaan biasa. Eh...dah jauh dah entry ni yang sepatutnya mengisahkan hal ehwal anak2 jer bukannya hal ehwal sekolah men ahaks>> Jiwa kacau dan mengalami tekanan perasaan ngan anak-anak kecil yang berserabut. Kekuatan diri dah semakin lemah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment