Sunday, September 25, 2011

Me and Iman babywearing

Saya bawa Iman dalam mei tai semasa konvokesyen UKM, tapi saya rasa Iman tak sesuailah dok dalam mei tai ini sebab Iman kecik dan mei tai tu agak besar untuk Iman, ker saya yang salah pasang?
Saya perlukan benda baby wearing yang custom order ikut saiz Iman sebab saya menjangkakan dalam tempoh setahun lagi Iman still kecik xs size..kita tengok lah la ..la..la
Dari sudut tepi, Kaki Iman terkangkang luas. Mungkin patutnya saya silakan kaki anak dulu kot sebelum dipakaikan?supaya tak nampak kaki dia yang terkeluar dari sisi tu.

Anyway, mei tai sangat berjasa pada hari ini! Mei Tai ini sangat cantik!! Saya nak yang baru tanpa melepaskan yang lama. (mood hentak2 kaki).

Iman yang sudah berhenti menyusu ibu..(15 months)

Malam ni saya hendak berkongsi cerita pasal penyusuan Iman yang sudah terberhenti sejak dia berumur setahun. Bila dikenang-kenang timbul rasa kasihan dalam hati mengenangkan keadaan dia yang sepatutnya mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari mama dia kan. Semasa saya mula mengesyaki bahawa saya sedang mengandung, susu badan saya tidak kering serta-merta, malah tiada rasa perit atau pedih apabila Iman menyusu. Sepatutnya akan ada satu rasa yang teramat pedih dan perit jika anak menyusu direct semasa awal-awal kandungan seperti yang saya rasa semasa mengandungkan Iman dan menyusukan Arip. Dua bulan ini susu saya masih ada dan tiada rasa pedih cuma kali ini saya mengambil keputusan untuk tidak mengepam lagi. Malah tiba-tiba Iman yang sudah pun berumur setahun tapi belum tumbuh gigi tu enggan atau tak nak menyusu direct lagi, budak kecik Iman ni gigit-gigit setiap kali saya cuba menyusukan dia. Tah apa pattern tah. Tapi dia masih ingat untuk mengiring menghadap saya setiap kali tidur. Pakar Paedratik pun sudah mencadangkan agar dia mengambil makanan tambahan seperti Pediasure dan makanan tambahan hospital memandangkan umur dia dan setahun lebih..dan itulah yang saya bagi kat dia untuk membesar? Pertumbuhan badan Iman tetap juga tidak membesar seperti bayi sebaya dengan dia. Perbandingan dia seperti bayi kurus yang berumur 7 bulan tanpa sebatang gigi pun yang tumbuh, w/bgmanapun berdasarkan kekerasan gigitan Iman yang saya rasai, dengan batas-batas gigi itu mampu memecahkan makanan lembut seperti isi pisang dan mangga.Setahun yang happy with my breasmilk, and will continues as soon as our little child born next 6 months. I'm no regret as i'm exclusive breastmilk 6 months baby..but kali ni Insyallah saya akan panjangkan sikit exclusive breastmilk dan cadang-cadang nak beli frezer untuk stok susu ibu.
(Entry 14 weeks pregnant)

Wednesday, September 14, 2011

Rabu yang terdiam.


Hari ini sudah rabu. Sepatutnya pada hari ini surat yang mengandungi cheque bernilai ribuan ringgit sudah tiba ke tanganku. Tetapi tidak ada! Boleh gila dibuatnya. Apa boleh buat..aku bukannya guru DG 2X4. Ha ha ha... Hu Hu Hu isk!22.. Esok kot, Thursday yang Happy Feet!!

Monday, September 12, 2011

Cuaca Jerebu

Sudah tiga hari cuaca Jerebu di Muar ini. Saya tak tahu sebab apa. (atau saja kau perlu ketuk kepala sedangkan boleh di google sebab apa). Sebab-sebab biasa ialah ada kebakaran di Sumatera, biasalah kita biasanya nampak gajah di seberang dan kuman di depan mata tak nampak. Oh ye sebentar tadi saya google di internet IPU 122, kategori tidak sihat atau emmmm...tak de darurat Jerebu ke? Tak sihat tu..nanti efek bayi dalam kandungan ni.. he heNi gambar situasi taman perumahan saya, saya menggunakan handphone sahaja.. anda tak boleh nampakkah tanah 7 ekar yang sudah ditanam dengan anak sawit kan? Cam jam 7 pagi sahaja keadaannya
Jerebu oh jerebu...hatiku juga berjerebu. Hu Hu hu..

Wednesday, September 7, 2011

Ini Kisah Iman dan kehidupan

Ini Iman..muka tensen pada waktu tengahari 2 Syawal di rumah atok. Dia tensen sebab panas, mulut terlopong tu memang trade mark dia, anda tak boleh buatkan?Ini pula bunga orkid adik ipar saya, ada banyak bunga orkid, agaknya raya tahun ni musim orang beli bunga orkid kot..bunga orkid yang saya lihat ini juga terdapat di rumah seorang org kampung saya sewaktu saya marhaban hari ini.
Ini Kakak Timah dan Iman, masih dengan mulut terlopong. Sejak menjak saya ada anak Sindrom Down saya sudah memandang hidup saya lebih mendalam dan sangat menghargainya. Saya pening bila saya kerja orang bercakap pasal orang lain tanpa henti..pok--pek--pok--pek dan perangai dan karenah. "Di rumah saya ada anak Sindrom Down, jadi perlukah aku kisah cikgu ni kena tukar kat situ dan cikgu ni dapat tukar sini?" -- Hu.. Hu..
Ini buah hati saya. Masih terlalu lambat milestone dia, jadi di saat ibu-ibu lain sedang seronok melihat perkembangan baby masing-masing, dan saya selalu terkedu dan teringat kata-kata mak saya bahawa jangan sampai terlalu berlebihan bercerita pasal anak. Mak aku tak pernah bangga anak dia jadi apa---tapi dia selalu ungkit kisah2 silam pasal kesilapan dan kekhilafan anak-anak sebab apa--sebab dia bermula dari tiada apa-apa. Allah yang bagi semua dan semua Allah yang punya. Sungguhpun begitu mak...kita nak cerita-cerita aje takde niat nak besar-besarkan perkara. Tapi hati ku berkata--aku suka dan seronok nak tambah ahli keluarga ni..he he..
Tamat.

Tuesday, September 6, 2011

1 Syawal / 30 Ogos 2011

Tema baju warna coklat muda...Saya dan Iman, macam cameleon dah sama kaler ngan backgroundSaya dan keluarga sebelah suami.
Next..Arip hencem dengan kawan-kawan (kakak timah dan sepupu..Untuk pengetahuan anda semua Arip ada tahi lalat di hujung bibir sebelah kanan..saya selalu kata manis! he he
Hari RAya ...alhamdulillah saya puasa penuh. Tak payah ganti lagi..(2 kali ramadan berturut2)

Friday, September 2, 2011

Tak dapat upload gambar sebab wayar tah mana@!

Saya ingat nak upload gambar raya, tapi wayar ntah mana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...