Ini Iman..muka tensen pada waktu tengahari 2 Syawal di rumah atok. Dia tensen sebab panas, mulut terlopong tu memang trade mark dia, anda tak boleh buatkan?Ini pula bunga orkid adik ipar saya, ada banyak bunga orkid, agaknya raya tahun ni musim orang beli bunga orkid kot..bunga orkid yang saya lihat ini juga terdapat di rumah seorang org kampung saya sewaktu saya marhaban hari ini.
Ini Kakak Timah dan Iman, masih dengan mulut terlopong. Sejak menjak saya ada anak Sindrom Down saya sudah memandang hidup saya lebih mendalam dan sangat menghargainya. Saya pening bila saya kerja orang bercakap pasal orang lain tanpa henti..pok--pek--pok--pek dan perangai dan karenah. "Di rumah saya ada anak Sindrom Down, jadi perlukah aku kisah cikgu ni kena tukar kat situ dan cikgu ni dapat tukar sini?" -- Hu.. Hu..
Ini buah hati saya. Masih terlalu lambat milestone dia, jadi di saat ibu-ibu lain sedang seronok melihat perkembangan baby masing-masing, dan saya selalu terkedu dan teringat kata-kata mak saya bahawa jangan sampai terlalu berlebihan bercerita pasal anak. Mak aku tak pernah bangga anak dia jadi apa---tapi dia selalu ungkit kisah2 silam pasal kesilapan dan kekhilafan anak-anak sebab apa--sebab dia bermula dari tiada apa-apa. Allah yang bagi semua dan semua Allah yang punya. Sungguhpun begitu mak...kita nak cerita-cerita aje takde niat nak besar-besarkan perkara. Tapi hati ku berkata--aku suka dan seronok nak tambah ahli keluarga ni..he he..
Tamat.
Selamat hari raya buat nur+family :):)
ReplyDelete