Sunday, September 25, 2011

Iman yang sudah berhenti menyusu ibu..(15 months)

Malam ni saya hendak berkongsi cerita pasal penyusuan Iman yang sudah terberhenti sejak dia berumur setahun. Bila dikenang-kenang timbul rasa kasihan dalam hati mengenangkan keadaan dia yang sepatutnya mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari mama dia kan. Semasa saya mula mengesyaki bahawa saya sedang mengandung, susu badan saya tidak kering serta-merta, malah tiada rasa perit atau pedih apabila Iman menyusu. Sepatutnya akan ada satu rasa yang teramat pedih dan perit jika anak menyusu direct semasa awal-awal kandungan seperti yang saya rasa semasa mengandungkan Iman dan menyusukan Arip. Dua bulan ini susu saya masih ada dan tiada rasa pedih cuma kali ini saya mengambil keputusan untuk tidak mengepam lagi. Malah tiba-tiba Iman yang sudah pun berumur setahun tapi belum tumbuh gigi tu enggan atau tak nak menyusu direct lagi, budak kecik Iman ni gigit-gigit setiap kali saya cuba menyusukan dia. Tah apa pattern tah. Tapi dia masih ingat untuk mengiring menghadap saya setiap kali tidur. Pakar Paedratik pun sudah mencadangkan agar dia mengambil makanan tambahan seperti Pediasure dan makanan tambahan hospital memandangkan umur dia dan setahun lebih..dan itulah yang saya bagi kat dia untuk membesar? Pertumbuhan badan Iman tetap juga tidak membesar seperti bayi sebaya dengan dia. Perbandingan dia seperti bayi kurus yang berumur 7 bulan tanpa sebatang gigi pun yang tumbuh, w/bgmanapun berdasarkan kekerasan gigitan Iman yang saya rasai, dengan batas-batas gigi itu mampu memecahkan makanan lembut seperti isi pisang dan mangga.Setahun yang happy with my breasmilk, and will continues as soon as our little child born next 6 months. I'm no regret as i'm exclusive breastmilk 6 months baby..but kali ni Insyallah saya akan panjangkan sikit exclusive breastmilk dan cadang-cadang nak beli frezer untuk stok susu ibu.
(Entry 14 weeks pregnant)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...