Friday, July 28, 2017

Supplement Berpantang Czer kali-3

Selepas bersalin kali ke-5 dengan kaedah Czer kali ke-3, saya tidak lagi mengambil pati ikan haruan dan gamat. Itupun setelah 9 tahun saya mengamalkan makanan pati ikan haruan dan gamat. Pembedahan anak ke 4 tidak berjalan lancar, doktor bagitahu banyak lekatan antara rahim dan usus dan seumpamanya...dan memberi amaran sekiranya saya mengandung lagi, saya tidak lagi dapat bersalin normal. Pembedahan itu pula akan menjadi lebih sukar kerana lekatan-lekatan tersebut. Mungkin terma-terma itu hanya doktor sahaja yang tahu.  Selepas pembedahan saya telah :

1. Menerima suntikan Heparin sebanyak dua kali sehari selama 10 hari.
2.Minum koko + fenugreek jenama The Milk Story selama  lebih kurang 25 hari
3.Makan vitamin di bawah : Iron, B-Complex, acid folic, kapsul omega minyak ikan, pati delima dan serbuk manjakani selama 35 hari.
4.  Baru semalam je  saya makan makanan tambahan LAMAMMA, itupun terpengaruh dengan promosi di FB. Saya sebenarnya macam berminat makan jamu Nona Roguy ke ..tapi akhir saya mengambil minuman ni je la. Insyallah akan buat review.

Rasa macam apa? Berpantang ini macam tak ada makna buat ibu anak 5, apabila selepas dua minggu sahaja keadaan rumah seperti biasa. Malah bertambah kerana anak-anak mengetahui ibu mereka ada kat rumah. Kalau orang tanya berpantang rasa macam apa? Saya pun tak tahu maksud pantang tu macam mana. Kalau orang putih, saya rasa saya dah boleh pergi supermarket kut.

#Tiadasiapalagiyangbolehjagakita,kalaumakayahdahtakadakecualidirisendiri

Saturday, July 22, 2017

Kembali Menulis.

Gambar Iman bersama New born sister: Munawarah Rose masa ni baru 20 hari kalau tak silap
Asalnya saya nak buat tajuk yang agak gempak seperti "Welcome baby No 5" tapi tak jadilah, memandangkan ini tahun ke 8 saya berblogging..yang seumpama hidup ke mati ke blog aku ni. Ye..kalau minda itu boleh menulis, sudah banyak entry dah blog ni, tetapi memandangkan masa yang banyak dihabiskan. sampai titik je..maksud saya banyak masa terbuang untuk perkara-perkara lain selain daripada berkongsi itu dan ini. Sekarang saya banyak berInstagram, BerFB, BerWhatsApps dan BerTelegram yang setelah menjadi tabiat akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa tabiat  4 perkara di atas langsung tidak menjadikan saya manusia yang baik. Banyak berlaku dalam masa 2 tahun ini:
1.  Antaranya Mak saya meninggal-- Apabila ibu saya meninggal, saya hilang sebahagian diri saya, saya lebih memerlukan ibu berbanding apa yang ibu saya fikirkan, iaitu dia memerlukan saya kerana dia selama lebih kurang 4 tahun uzur dan segala keperluan makan minum memang diuruskan oleh kakak, abang dan saya sendiri..tetapi bila dia meninggal--saya merasakan bahawa diri saya yang memerlukan dia lebih--seumpama jasad yang dikebumikan bagai membawa saya ke dalam juga, Tetapi saya memandang anak-anak saya dan mengenang bagaimana ibu saya hidup tanpa ibu dia disisi dulu (nenek saya meninggal ketika ibu saya 28 tahun tahun 1968) agaknya begitulah saya sepatutnya meneruskan kehidupan ini..Setiap hari saya mengenangkan kata-kata dia, kenangan-kenangan bersama dia sejak saya kecil sampailah ibu meninggalkan saya.

Gambar hiasan: Tengok tu Abang Iman dan Ummi dah sama tinggi dan sama "debab", masa mama sihat paling kurang dua kali sehari mesti jogging, ni dah lama tak jogging..asyik makan dan main tab je,

2. Saya mengandung lagi dan bersalin anak ke 5.
Saya tidak merancang untuk menambah anak, tapi saya malas nak mengunakan kaedah perancangan keluarga memandangkan usia sudah masuk 40-an, dalam berhati-hati itu saya mengandung lagi anak ke 5. saya perasan saya mengandung bulan 10 dan hanya memberitahu Klinik pada bulan 2, nampak macam sekejap je saya mengandung dan kini saya dah pun bersalin. Saya seakan ada perancangan untuk menulis pengalaman bersalin csection kali ke-3 ni. Sejak awal mengandung lagi saya dah berazam untuk bersalin normal, ntah macam mana saya berdoa dan berharap saya akan bersalin awal dari "due" kerana saya sudah dibayangkan sewaktu bersalin pembedahan anak ke-4 dahulu bahawa saya akan dibedah juga. Pengalaman lambat baik semasa kelahiran tahun 2015--memberikan trauma kepada saya, lantas saya selalu meminta doa sesiapa--orang alim, orang menunaikan umrah untuk berdoa kepada saya untuk bersalin normal. Saya tidak bersalin normal, tapi Allahu Akbar saya dimudahkan untuk menghadapi sebelum, semasa dan selepas bersalin. berkat doa-doa tersebut. Saya bersyukur pada hari ini 23 Julai 2017, genap 30 hari saya bersalin dan saya sudah pulih. Ye mungkin orang kata " pulih di luar, yang dalam belum tahu", untuk itu saya bercadang untuk hanya kembali bawa kereta dan keluar rumah lagi dua minggu lagi.


Tu dia : Iman, Ummi, Amsyar dan Rose. Ariff takde , jalan rumah sebelah

Sunday, April 2, 2017

Selesama, sakit telinga dan mata--Anak Down Sindrom

Pada 26 Mac 2017, hari Ahad lepas ialah hari pertama persekolahan pertengahan penggal ke-2, sepatutnya Iman bersekolah seperti biasa tetapi saya mengambil keputusan untuk mencutikan lagi anak saya. Masalahnya dia yang awal pagi susah nak bangun tu menyebabkan saya merasakan satu tekanan tambahan pula dengan saya sendiri yang terlewat bangun. Saya ingatkan keadaannya akan bertambah baik keesokkan harinya dan dapatlah dia bersekolah, malangnya masalah kesihatannya bertambah merosot...dia menunjukkan simptom2 sakit mata, saya berpesan kepada bapanya, bawa sahaja anak tu ke Pakar Mata. Bapanya pun bawa dia ke Pakar Mata...pakar kata dia bukan sakit mata, tetapi selesema. Saya hairan mana pula datangnya selesema, tetapi hari itu hingus mula keluar dari hidung dan kedua-dua telinga Iman pun keluar cecair kekuningan cair. Bermula episod sakit telinga, mata dan selesema.
Gambar keadaan iman selepas seminggu, itupun gambar ini saya tangkap selepas dia mandi dan dicucikan mata yang berselaput tebal.

Ini pula.....saya copy update status Face Book ----berikutan kepanikan saya terhadap keadaan Iman yang nampak sangat serius............"sudah seminggu Iman dijangkiti selesema, sakit telinga dan mata. Hari ini hari ke lima, saya try google, keluar sakit "sinusiti" atau jangkitan kuman pada rongga tekak, hidung dan telinga. Persoalannya sekarang, ke mana saya harus rujuk? Klinik atau hospital. Harap rakan-rakan dapat membantu. Untuk pengetahuan saya telah berjumpa pakar mata, dia cakap selesema dan suruh makan ubat selesama",

Gambar hari semalam selepas, dia mengambil ubat selesema, antibiotik dan spray nasal dari Hospital Pantai Melaka. Saya telah berjumpa Doktor Pakar ENT..Telinga, hidung dan tekak. Iman dapat MC 5 hari lagi. Sakit matanya pun nampak dah kurangkan?
Inilah ubat dari doktor dan tambah minyak Habbatusauda dan Minyak Herba Asma Mujarab. Kosnya kurang lebih dianggarkan RM 300. Belum ditambah dengan susah hati, rasa bersalah, rasa berdosa, rasa jadi ibu tak berguna dan rasa jadi guru yang mengabaikan tanggungjawab serta kerja.Ada rasa sesuatu yang tak best kat kat hati ni....tetapi biarlah Allah yang MAha Mendengar memberi anugerah-Nya. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...