Wednesday, July 28, 2010

Hatiku Tersentap!

Tadi Iman buat medical check-up bulanan di Klinik Desa Kampung Serom 2. Misi Ani mengconfirmkan kehadiran Sindrom pada Iman...kerana selain rupa yang macam ada macam tak ada tanda sindrom tu.ada pada jari kelingking Iman. Garis jari pada jari kelingking ada satu sahaja (kalau normal ada 2)..tak caya? tengok ar jari masing-masing.
Berat Iman tak naik..walaupun sudah dua minggu last timbang berat masih 3 kg. Tension satu. Buntu betul nak buat cam ner? Agaknya Iman menyusu air jer kot, hindmilk tak dapat..jap sangat menyusu ...kongsi susu ngan abang Ariff lagi. Patutlah mama tengok Iman kencing banyak ngalahkan abang dia, pooo poo pun kerap. Perkembangan berak kencing sama macam abang dia dulu masa susu ibu. Mama perlu buat sesuatu (sambil buat jari macam RAjnikath yer)..
Bila balik rumah mak kat kampung...mesti diasak dengan kejahilan kaum keluarga atau orang-orang lain esspecially kenalan terdekat tentang Down Syndrome...yang paling menyayat hati tu..kata budak ni KENAN lah..asakan-asakan daripada kaum keluarga terdekatlah yang paling membuatkan hatiku tersentap..orang bercerita tentang Iman tu, nak minta sokongan tapi yang dapat...kata-kata yang....(seolah-olah diaorang tu lebih tahu dan pandai ) dari doktor atau para ilmuan. Emmm...orang bangga anak masuk universiti, jadi orang pandai..tapi bila anak dah pandai, dia balas balik kata..itulah orang dah terlebih pandai! Ni kalau manusia jenis Iman tak kuat..boleh jadi "flying kick" satu nih!

Tahun lepas aku baru jer mengurus seorang pelajar yang dah lama patut pergi Sekolah Pendidikan Khas sebab Sindrom la..Anak murid kesayanganku pulak tu. Kitaorg mengurus 3 adik beradik sekaligus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan kad dan Pejabat Pendidikan Daerah. Nampaknya kali ini Allah memilih aku untuk menerima ujian ini. So...sebagai orang Islam kita kenalah bertenang dan redha. Life Goes On..


4 comments:

  1. salam... saya dari http://www.yang-teristimewa.blogspot.com/ yg cikgu datang menjenguk ituari. Jemput ke blog saya dan rujuk ke sidebar. ada satu part bertajuk Sindrom Down Directory. Kat situ ada post bertajuk apa perlu dilakukan jika anak anda SD. Cuba buat seperti apa yg disuggest dlm post tu ye.. Anak kita ni selalunya mempunyai Sindrom Down kerana spontan. Tuhan nak bagi. Bukannya kerana kenan. So, cikgu kena cuba fahamkan ahli keluarga dgn sebaik mungkin. Selamat mencuba ye.. 1 lagi.. jgn lupa jd follower blog saya kay! :D

    ReplyDelete
  2. oo..ye..saya masukkan blog cikgu ke blog list saya ye.. sorila panggil cikgu. x tau nak panggil apa sebenarnya..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt...

    Pertamanya, berbangga dan berbahagialahlah kerana Akak dikurniakan seorang anak yang merupakan AHLI SYURGA!

    Keduanya, percayalah bahawa akak tidak akan kecewa menjaga anak yang CUKUP ISTIMEWA ini.

    Alhamdulillah, untuk pengetahuan Akak sekeluarga, saya sekarang sudah hampir 2 tahun dikurniakan Allah seorang anak istimewa yang diberi nama Balqis. Balqis merupakan anak pertama dalam keluarga kecil kami.

    Terkejut, sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan sebenarnya timbul apabila saya dikhabarkan oleh nurse tentang Balqis mengalami Sindrome Down. Bayangkan betapa saya yang amat excited baru bergelar ayah, tiba-tiba mendapat khabar yang mengejutkan!(pendapat saya ketika itu, Astaghfirullah.)

    Walaupun berat untuk menerima hakikat ketika itu, saya gagahkan juga. Saya buang perasaan sangka buruk dengan Allah, saya ambil wudhu' dan melakukan Sujud Syukur.

    Wajib pada saya untuk bersyukur dengan Bayi Istimewa itu. Ianya pemberian Allah. Anak pertama kami.

    Wajib saya bersyukur kerana di saat ramai pasangan lain tidak mempunyai zuriat, saya dipilih Allah mempunyai zuriat.

    Wajib untuk saya bersyukur kerana anak saya masih sempurna anggotanya. Malah di luar sana masih ramai yang diuji dengan ujian yang lebih teruk. Allah hanya menguji saya dengan ujian yang amat sedikit.

    Percayalah, insan Istimewa ini akan mengajar kita untuk lebih memahami kehidupan di dunia ini. Soal kasih sayang, soal saling tolong menolong, soal perasaan dan sebagainya.

    Apa yang lebih penting, mereka mengingatkan kita tentang hebatnya Allah SWT atas setiap kejadian makhluknya.

    Selamat Datang ke Dunia yang Serba Indah!!

    Salam Ikhlas dari:
    http://amdang81.blogspot.com

    p/s: Kak Azma adalah kenalan saya di alam maya ini. Kami berhubung melalui Facebook di kumpulan "Sindrom Down: Kumpulan Sokongan". Semoga Akak juga sudi menjenguk dan menyertai kami di sana.

    ReplyDelete
  4. betul kata Zaidan tu..jemput ke sana ye.. Sbrg masalah, just utarakan.Nnt kita boleh bincang sama2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...