Monday, May 28, 2012

Friday, May 18, 2012

Hadiah Hari Guru - Two cups of coffee please.

Tahun ni saya menyambut Hari Guru bersendirian. Tiada rakan sekerja dan tiada anak murid. Sebabnya saya masih cuti bersalin..ironi..saya baru tersedar dari dihipnosis penangan sakit bersalin yang amat itew. Kini dikit-dikit saya pulih malah dikit-dikit jua semangat bekerjaya semakin membara. Hari itu 16 Mei 2012 saya mengajak anak-anak saya dan ditemani anak buah ke AEON Melaka (lebih kurang 40 minit kalau naik kelisa tapi maybe takes about 30 minutes kalau naik  Toyota Corolla Altis hi hi... untuk semata-mata pergi ke Coffee Bean untuk menghirup kopi dan makan cake bluberry..dan selepas sejam meronda tanpa motif di dalam AeOn tu saya pekena kopi lagi ngan donut di J.Co.

 Kek Krim aiskerim (RM9.90)
 Black Coffee for Today's Special (RM7.50)
 Coffee Latte dan Hot Chocalette with donuts (RM21.00)
Ariff dan 6 biji donut ...sambil memandang ibunya yang dalam kesunyian (di dalam kerjaya) (RM0.00)

Wednesday, May 9, 2012

West, D. Making More Milk

Saya beli buku ini, sementalah mencuba kedai online Lunatots.com. Harganya RM72 + Penghantaran RM10. Saya suka sebab Kedai ini pakai Skynet. Despatch tu pakai motor jer hantar barang. Takdelah cam poslaju ngan naik van  besar bagai..kalau saya takde kat umah kecoh suruh posmen hantarkan..jiran sebelah nak tolong amik, tak kasi ceh!! apa da saya melalut.
Selepas bersalin saya kembali berminat untuk kepada penyusuan anak. Saya dah berhenti berforum di Susuibu.com, apatah lagi pergi Support Gathering Mother (SGM) saya hanya membaca blog2 kawan2 yang sama-sama dulu anak satu, tapi sekarang dua..tiga he he.Yang tak bertambah pun ada. Diaorang ni ramai dah jadi Peer kaunselor, Pembimbing gitu..saya juga suatu ketika dahulu pernah berhasrat nak ke arah itu..tapi lama-kelamaan saya jadi tak berminat sebab secara praktikalnya tak ada kawan, lagipun keadaan saya yang beranak dua dengan seorang tu SD lagi, berhenti menyusui sebab mengandung bagai...pastu anak2 kurus tak nak makan asyik hisap botol susu Dutch Lady (lagi sekali saya melalut). Kalau kat sekolah pun saya nak ajak kawan2 saya menyusui anak exclusive 6 bulan pun susah apatalah lagi yang jenis APC punya member. Haa..sekali lagi saya menyimpan minat dan azam tu seorang2.
Buku ni takdelah best sangat bagi pengguna cam saya...Maksud saya cuma seronok membaca dan selak2 gitu. Buku ini penting sebagai rujukan segera kepada sebarang pertanyaan yang bermain di minda saya. Asal ada sesuatu yang saya nak tahu saya bacalah mana2 chapter...buku ni bukan jenis baca dari kulit ke kulit.  Buku ini adalah sumber utama atau primer bagi sumber2 yang terdahulu saya dapat dari Susuibu.com, Pn. Kamariah, Pn. Rita dan SGM itu sendiri. Dan itulah yang lebih baik...maksud saya mendapat maklumat dari ahli laktasi sendiri dari kita explore first by book. Buku ini sedang melengkapi pengetahuan dan kebijaksanaan saya mengenai susu ibu sendiri. Berpengetahuan itu bukannya makna bagus...contoh, jiran belakang rumah saya tu berjaya menyusui anak sendiri sampai 3 thn..rumah dia takde susu tepung apatah lagi botol susu, sudah tak pakai pampers dah lama dah..takde pun berpengetahuan banyak macm saya.Yang penting ialah do it. (kalau asyik nak mengandung jer..mana sempat nak menyusui anak sampai 2 thn he he  maksud saya dalam konteks diri sayalah).
Jenis macam saya ni pula tak mengharap expect macam mana org lain expect..contoh, ahli laktasi kata it's ok menyusu masa mengandung..vs cakap org tua-tua takut anak tak cukup zat, saya menyusu anak masa mengandung then dapat anak SD pulak. Lain org lain -lain. Tetapi setiap ibu mampu menyusu anak selepas bersalin..yang mandai-mandai kasi susu tepung tu..tah apa-apa tah. Tapi bab menyusu masa mengandung selalu menjadikan saya rendah diri sikit bila bab-bab cakap menyusu bila mengandung ni. hu hu.
Kesimpulannya, saya bangga dapat memiliki buku ini lagak macam orang nak periksa IBCLC padahal buat baca sendiri jer ahaks..Berbaloi!!


Tuesday, May 8, 2012

Entry Hari Rabu

I love breastfeeding-------Gadjet
I love babywearing--------Handmade
I love cloth diapering------ a lot
I love cloth pad ---------- my best friend
I love member who love what I love...wink* wink*

Tak pandai menjual tapi pandai menghabis...

Friday, May 4, 2012

Review Blog : http://thebatesmotel3.blogspot.com/


Saya suka blog omputih ni..Blog ini ditulis khusus untuk anak perempuan penulisnya yang down syndrome dengan gambar2 yang cute dan ceria. Dan semalam baru saya tahu yang gambar2 tu diedit dengan photoshop..(mcm sekarang juga saya nak cari dan belajar photoshop) bahkan  blog ini mengumpulkan blog-blog khusus berkaitan anak-anak down syndrome. Kat sini macam tak banyak..antara yang selalu saya singgah ialah blog ini dan ini.  Saya suka kerana saya selalu merasakan anak down syndrome ni comel even in foto. Soon...dengan cepat Insyallah akan terbit gambar-gambar Iman (anak saya) yang comel dalam satu sesi fotografi tetapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi.

Wednesday, May 2, 2012

PenYusuaN Susu Ibu : Ilmu dan Praktik

Macam nak buat tajuk rencana. Sekadar perkongsian perasaan dan pendapat. Secara ilmunya menyusukan anak adalah alami iaitu natural. Jadi...dengan sedikit gesaan dan kebolehan menyampaikan mesej dengan betul semua ibu mampu untuk menyusukan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ntah apa-apa tah dakwaan segelintir atau sebahagian masyarakat yang memberitahu anak mereka yang baby perlu ambil "sesuatu" sebagai tambahan atau sampingan selain susu ibu selama tempoh anak mereka dalam pantang. Jenis macam saya ni tak pandai nak jelaskan lebih2 lagi kepada mereka yang dijaga sepenuhnya dengan ibu masing-masing semasa dalam pantang tu. Sebab saya rasa kecik jer diri saya berbanding dengan ibu-ibu tersebut selain kata..memandai jer nak bagitahu  macam lah pandai noo....Pengalaman saya ni yang dah berjaya menyusukan dua baby dengan susu ibu sahaja  selama tempoh berpantang dengan cabaran anak kuning, demam chikunga dan periksa PTk ni pun..masih lagi disuruh bagi minum air masak untuk baby anak ke-tiga ni oleh mak saya. (Agaknya amalan-amalan dulu  kot dan semasa saya baby pun mak pernah bagi minum air masak)....Saya beri tugas ini kepada jururawat dan orang lainlah untuk mengubah stigma ini. Cuma ngan anak-anak murid dan anak buah saya sahaja saya berani bercakap berdegar2..tu  pun kat kelas kena tapis2 sikit cakap. Apa-apapun alasan kita patut bagi anak susu ibu sahaja sepanjang cuti bersalin ini lebih-lebih lagilah yang bercuti 3 bulan nuu..

Gambar diambil semasa saya mengandung 8 bulan dan Iman dikejutkan dari tidur kerana nak berarak keliling taman kerana Maulidurasul. Sungguhpun Iman Down Syndrome tetapi dia juga disusui dengan hanya susu ibu selama berpantang dan berterusan eksklusif sampai 5 bulan termasuk minum susu perahan selama 30 hari kerana saya pergi Haji.

P/s untuk perhatian saya bercuti bersalin hanya 60 hari atas sebab2 yang saya sendiri tak boleh explain kenapa? Saya hanya kata saya nak bercuti 60 hari sahaja.

Wordless Wednesday



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...