Saturday, December 21, 2013

Bawal Adijuma dan Pizza Hut

Bawal ni bukan saya yang beli. Tudung yang saya pakai ini adalah tudung rewang sebenarnya. Bila pertama sekali ipar saya memakai tudung ini memang nampak exclusive coraknya. Pastu ntah macam mana boleh timbul idea untuk memakai tudung bawal ni satu family masa kakak ipar saya buat kenduri kawin pada 25hb November hari tu. SAya sukakan...suka suka
Gambar di atas diambil oleh kawan saya yang memakai baju merah dan tudung putih, di laman surau kecil sekolah tempat saya bekerja. Saya dan kawan-kawan sedang menikmati Pizza yang ditempah sejam yang lepas. Masa gambar ni diambil jam kira-kira pukul 5.
Sambil makan sambil berbual-bual, saya pun dah lupa apa-apa yang kami bualkan. Nama pun berbual-bual kosong. Saya ingat ayat terakhir saya ialah, "lepas ni akak nak pergi kedai emas". Tetapi rupa-rupanya kedai emas dah tutup dah. Nak pergi Poh Kong timbal balik mau-mau RM300 gak ni walaupun harga emas RM142/g. Jadi, saya batalkan jer hasrat tu. Lagipun saya membawa ubi kayu dalam kereta, Pak Cik saya kirim untuk diberi kepada emak saya di kampung.
Ini kawan saya yang ambil gambar, Tengok tu Bawal AdiJuma dan Pizza warna yang sangat serasi. Dalam hati saya bermonolog, "sedap pulak Pizza ni, hari tu aku sombong laki nak belanja tak makan, masa tu saya rasa keju sangat menggemukkan, tetapi hari ini aku tewas, sedap-sedap sambil angguk-angguk kepala"
Waduh-waduh sedap sungguh Pizza ini dan memakai Tudung Bawal AdiJuma sangat seronok. Apa yang kami buat pada hari Sabtu tidaklah penting sangat untuk diceritakan. KERJA.

Thursday, December 19, 2013

Iman yang Cilik..

 Ini Iman anak kedua saya, berumur 3 tahun setengah bulan 12, 2013 ni. Size badannya sangat kecil tidak seperti rakan sebayanya. Gelagat dan keletahnya lebih kurang sama sahaja dengan rakan-rakan sebayanya yang lain atau saya sendiri terbawa-bawa membuat penafian yang dia sama seperti kanak-kanak yang lain pada hal tidak sebenarnya. Saya rindu untuk mendengar dia bercakap dan memahami apa-apa sahaja yang dia ingin katakan. Dia tidak mendapat asuhan dan didikan profesional malahan mencukupi buat masa sekarang.
 Iman seorang kanak-kanak yang jujur dan telus. Sifatnya lurus dan mudah dilentur menyenangkan saya. Kadar peniruan terhadap perlakuan orang dewasa di sekelilingnya hampir 100% tidak seperti anak-anak saya yang normal yang masih sedikit ego dan degil terhadap perlakuan yang baik seperti solat dan bab-bab makan contohnya.
Sekarang saya tidak lagi boleh beralasan bahawa dia yang menjadikan diriku sebegini, banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan saya seolah-olah hilang punca dan keseronokkan menjalani kehidupan.

Saturday, December 14, 2013

Kami adik- beradik

Sejak Iman dilahirkan sehingga kini, barulah abang Arif dapat berlawan dengan iman, tendang, dan dicekik oleh adik lelakinya itu. Arip belum mengerti mengapa adiknya begitu susah nak bercakap, malah saya belum pun membincangkannya. Mereka berkongsi susu ibu, malah Arip juga tidak geli minum susu botol Iman yg tak habis. Berapa kali sahaja Arip berjumpa seseorang dan bertanya, "Ma, nape dia jalan macam tu (merujuk seorang budak oku)" saya jawab, "Rip, dlm dunia ni, ada orang yg macam tu, ada orang macam adikmu( sambil menunjuk kepada iman yg sibuk menyalam orang satu kedai" Inilah bukti kekuasaan Allah.




Wednesday, November 20, 2013

Thursday Post..

Setakat hari ni, memang tidak dapat dinafikan masa untuk saya berblogging memang begitu terhad. Hal ini disebabkan hanya apabila saya bersedia untuk buat kerja2 perkeranian di rumah dan anak-anak tidak begitu menyibuk maka ada lah masa untuk saya berblog. Gambar di atas ialah anak-anak saya bersama Husna dan Madiha iaitu anak-anak adik ipar saya. Yang sedang mendukung Umi Raudhah tu pulak, Kakak  Acik Timah adik suami saya yang bongsu. Sejak bapa mertua saya meninggal, Timah nilah yang banyak masa dengan mak mertua. Saya suka menyimpan gambar-gambar mereka dalam blog. masa gambar ni diambil terlupa pulak kami ni dari mana, cuma yg saya ingat baju t shirt tu baju PONEY yang terbaharu...cantikkan warnanya...nak kata kuning tak kuning oren ntah lah

Saturday, October 19, 2013

Oh, I miss my blog!!

Assalamualaikum w.b.t Salam ini saya tujukan kepada sapa-sapa yang sedang blogging sekarang ni. Suatu tika dulu inilah kerja aku...namun sejak dua menjak ni..saya dah lupa bilalah kali terakhir saya membuka laptop ini di rumah di ruang tamu a.k.a work station saya ni.  Lihat kabinet pejabat saya di sebelah laptop ni di dalamnya ada tugasan, workload yang berbentuk objek lagi boleh dipegang, tetapi tugasan di alam maya lebih hebat dan banyak juga sebahagian tuntutan yang harus diurusi. Sebenarnya banyak perkara berlaku dalam hidup saya sejak menjak kebelakangan ini..mungkin selepas kematian arwah bapa dan arwah bapa mertua saya.

Pertama
Anak murid saya sedang menderita menanggung penyakit kanser...Setahun lebih dia bercuti. Semasa dia didignosis dia tingkatan 4 sekarang dia sepatutnya tingkatan 5. Dia terpaksa meninggalkan bangku sekolah dan juga padang sekolah kerana penyakitnya itu. Dia ialah jaguh lompat jauh, lari berpagar dan lain-lain acara. Tahun lepas semasa pasukan dia sedang kalah dalam acara 4x400 meter dia jatuh sewaktu membawa baton terakhir....Dia terlalu dekat dengan saya, mungkin kerana hubungan saya bukan sahaja pernah di dalam kelas tetapi lebih di padang. Saya hanyalah cikgu biasa yang tidak biasa dengan dia berbanding cikgu sukan dan jurulatih yang ternyata lebih dekat dan rapat dengannya. Namun, dia masih anak murid saya. Titik. Khamis lepas dia datang ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan, guru dan mungkin sekolah itu sendiri. Apa yang sangat menyedihkan hati saya dan terbawa-bawa sampai sekarang ialah dia bukan dia yang saya kenal dulu. Betapa beratnya penanggungannya dan dia survive. Allah menyayanginya kerana dia diberikan nikmat hidup lebih lama  untuk menerbitkan keinsafan kepada  hati saya yang semakin hitam dan keras ini. Namun saya mengenali pelajar saya itu seorang yang tidak pernah lupakan solat dan suka stay back selepas sekolah. Sapa-sapa warga sekolah itu mengenalinya. Saya sangat terharu dan sedih bila saya cuba membandingkan dia dengan anak-anak muridku yang lain. Saya berharap bahawa anak didikku yang lain dapat memahami betapa kerdilnya mereka dibandingkan dengan kuasa Tuhan. Sifat degil dan ego yang mereka bawa tidak laku di hadapanku. AKu harap mereka lebih sedar diri mereka sedikit betapa tiada yang lebih hebat daripada kekuasaan Tuhan itu sendiri yang mampu merampas segala-gala yang mereka oleh itu berendah dirilah di hadapan cikgu-cikgu semua. Kalaulah mereka mengetahui.

Kedua
Saya ada seorang sahabat. Saya mengenalinya sebagai teman yang suka bercerita, periang dan pemurah. Dia yang membawa saya ke fasa seterusnya dalam tugas-tugas profesional sebagai penanda kertas. Dia membawa kegembiraan dalam tugasku sebagai guru. Dia sahabt malah guru di sisiku. Baru-baru ini saya mendapat khabar berita yang suaminya masuk hospital atas komplikasi paru-paru, namun apa yang lebih mengejutkan saya dia turut didignosis sebagai pesakit batuk kering. Apa yang saya sedih ialah dia meluahkan perasaan terpulaunya dia setelah khabar itu diketahui. Dia mengambil cuti sakit, punca penyakitnya ialah berjangkit dengan seorang pelajarnya. Stigma masyarakat yang sangat mengecewakan terhadap pesakit batuk kering sangat kuat..seolah-olah balik semula ke zaman-zaman 70an dahulu dengan adegan batuk berdarah dan sebagainya. Dan saya betul-betul teringin berjumpa dengannya. Namun sebelum sempat saya menziarahi saya dikejutkan dengan berita kematian anak lelakinya dalam suatu kemalangan dan tempoh itu berlaku sangat singkat, sakit, suami sakit dan kematian.

Semua ini sangat membebani perasaan saya untuk cuba meluahkan sesuatu sehinggalah Allah mengilhamkan kepada saya untuk membuka laptop ini di rumah yang asalnya dinawaitu untuk membuat eprestasi atas tuntutan kerja juga. Saya pernah menjadi sukarelawan dan pernah dianugerah dengan hati yang baik untuk cuba membetulkan keadaan. Dahulu saya kuat menyuapi seorang muallaf  ibu tua buta yang miskin, mendidik sebahagian pelajar lelaki yang gila motor dan seorang pelajar lelaki yang sangat nakal, masuk ke wad kanak-kanak PPUM untuk menemani mereka yang masing-masing sedang berhadapan dengan kematian.
Mungkin inilah rahmat dan kebajikan untuk mengingatkan aku mengapa saya ingin menjadi G.U.R.U.

Wednesday, October 2, 2013

Tuesday, August 20, 2013

sudah 5 tahun blog ini bersiaran

Dari bilik kecil di bilik peperiksaan dalaman ke bersunyian ditengah malam...saya yg tidak jemu2 mahu menulis. Bersahabat dgn rakan2 di alam maya. Menyinggah ke blog2 dan ke lelaman rakan. Budak lelaki inilah inspirasiny. Dia sudah semakin membesar. Sudahku bimbangi  solatnya, ngajinya, kerja2 rumahnya.tgjwbnya. oh ya Allah bantu lah hamba-mu

Tuesday, August 6, 2013

raya time

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI


Sunday, July 21, 2013

Langsir raya


 Lokasi Nilai 3. Puas hati layanan dan perkhidmatan. Ni gambar contoh design yg kami pilih. Ntah kenapa...cam pernah nampak jer langsir ni...untuk rumah juga dah siap

Monday, June 24, 2013

Ini reban ayam mak di kampung

Saya tak berapa ingat bila reban ayam ini dibina tetapi saya memang tahu kewujudannya...cuma tidak terlalu berfokus sangat. Tapi hari ini cuaca jerebu di tempat saya sudah pulih lalu saya mengambil kesempatan ini untuk mengabadikan gambar ummi raudhah yangsudah pandai berjalan itew 
Sambil mengejar anak-anak ayam.  Precious betul gambar ini

Tuesday, May 21, 2013

Penyusuan anak ke-3




Malam ini saya ingin menulis berkaitan penyusuan susu ibu. Ini anak perempuan saya. Namanya Umi Raudah. Umurnya 14 bulan. Semasa saya menyusu anak sulung sewaktu  umurnya kira 14 bulan saya  telah disahkan mengandung anak kedua. Penyusuan anak sulung saya terberhenti dalam konteks pemberian susu ibu selama lebih kurang 7 bulan walaupun anak sulung saya tidak berhenti menyusu? (fahamkah?)...kemudian saya menyusu anak kedua saya sejak sebaik sahaja dia dilahirkan sampailah dia berumur 1 tahun 2 bulan, sepanjang saya melahirkan anak kedua saya hingga dia berumur 15 bulan itulah juga saya menyusu anak sulung saya iaitu "Tandem Nursing". Anak kedua saya Down Syndrome. Umur anak saya genap setahun saya disahkan pula mengandung anak ke tiga. Kebetulan gigi anak kedua saya baru tumbuh ..dan dia pula jenis baby yang agak tidak sabar menghisap sehingga let down itu berlaku apabila saya mula mengandung, let down refleks saya agak lambat jadi dia mula mengigit dan sejak itu secara rasmi kedua-dua anak lelaki saya "menyapih" dan menukar ke susu botol minum susu tepung. Anak sulung menyusu hampir 3 tahun dan anak lelaki kedua menyusu 15 bulan sahaja dengan penyusuan eksklusif 6 bulan. Sangat senang transition itu....
Ini anak ke-tiga saya. Perempuan. Tidak mahu susu lembu. Tidak mahu botol susu. Masih menyusu susu ibu, Susu ibu saya masih ada. Dan guess what? Dia allergik daging kisar Ramly. Ada lagi 10 bulan My Journey dan hopely continously.  Mak dah berumur tetapi terasa muda jerrr...

Wednesday, April 17, 2013

Saat Yang Terbazir..

Laratkah? Bebanan minda  dan kekangan masa ternyata cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah berlaku macam-macam peristiwa penting yang pasti akan mengubah kehidupanku.
31 Mac 2013 buat pertama kalinya saya buat Aqiqah jam  8 malam dan berakhir kira-kira 11 malam. Jam 3.45 pagi selepas itu bapa saya meninggal dunia tanpa anak-anak di sisi di hospital. Jam 3 pagi itu bapa saya sudah tidur dan dia pergi dengan tenang pada jam itu. Sudah tentu bapa saya mengetahui bahawa ajalnya sudah tiba. Dan arwah bapa saya seorang bapa yang selagi daya tak pernah menyusahkan anak-anaknya, Arwah tiada hutang puasa, tiada hutang malah tinggalkan harta serta pencen untuk mak. Sampai akhirnya pesanannya ialah jaga mak tu, jaga mak tu...Saya sangat sedih kerana sejak 5 tahun yang lalu sayalah yang beria-ia nak bawat mak dan bapak pergi haji, memotong wang masuk tabung haji, memaksa bapak mandi selepas asar atau sebelum asar dengan air yasin dan ayat2 syifa' dan tindakan itu ternyata berkesan kerana bantuan Allah tiba sewaktu hamba-Nya memerlukan. Pada tangan yang menolak kerusi roda sewaktu tawaf  dan saie dan pimpinan tangan erat sewaktu pergi melontar pada Allah jua yang mengetahui pahit manis pengalaman itu. Hanya Allah sahaja mengetahui betapa payahnya mengurus seorang bapa yang mempunyai pendapatnya sendiri dan keras hati tetapi Alhamdulillah sejak 6 tahun kebelakangan ini Arwah semakin lembut hati dan moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah dilakukan di dunia.
Kesedihan ini sedang memakan hati dalam diriku. Dan saya belum lagi  meminta cuti rehat semata-mata untuk mengurus diri dan keluarga yang semakin lama semakin menekan. Tabahkan hati Cikgu Siti Suzana. Hu hu

Wednesday, April 10, 2013

Thinking of HijrAH..

Rentetan demi rentetan peristiwa dalam hidup saya sejak 5 tahun lepas ini...bagaikan satu petunjuk betapa satu anjakan perlu dilakukan dalam hidup saya. Sejak kelahiran Iman, Haji, bertukar sesi dan perubahan kepemimpinan...dan yang paling baru ialah kematian bapa saya benar-benar mengejutkan saya. Bila rakan-rakan semaktab masing-masing pun  mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan kenapa saya berasa sahaja pendapatan yang saya terima setiap bulan semakin kurang keberkatan serta isyarat-isyarat dan petunjuk yang semua bagai menuding jari bahawa tidak cekapnya saya mengatur kehidupan. Bila sahaja sifat dan kelemahan kita mula dipertontonkan dan dijaja dimerata dan disiarkan di khalayak rakan-rakan yang dianggap rakan tetapi sebenarnya hanya saudara seIslam yang sepatutnya melindungi aib dan kelemahan dan digantikan dengan nasihat dan teguran benar-benar merimaskan dan melemahkan semangat. Bila dahulu kekuatan dan kelebihan kita benar-benar menjadikan kita sepasukan sebaliknya sekarang sebenarnya-benar kekosongan. Bila insiden demi insiden  yang didengar dan keluhan yang hanya mampu diluahkan kepada rakan-rakan di tepi jalan nampaknya perkara ini SERIUS!!  Bagai api dalam sekam...sedang memusnahkan dari dalam. Ya Allah selamatkan aku!

Saturday, February 16, 2013

Wednesday, February 13, 2013

FROM mY jOURnAl TO mY bLOg- ABOUT 3year ago

3 Januari 2010 Ahad
Bangun pagi 6.45 pagi, mandi ala kadar dan terus sembahyang subuh.
Badan terasa lemah, seolah-olah darah tidak jalan/mengalir keseluruh badan. Mungkin pagi tadi tekanan daarah rendah. Arif bangun awal pagi, ajak Arif jalan-jalan keliling taman dengan harapan jantung aku akan lebih pantas berdegup tetapi apa yang aku rasa ialah kelesuan jua. Babang masak mi. Aku makan mi, roti dan segelas susu. Ntah mengapa menu pagi ini masih tidak menaikkan nafsu makan dan mencergaskan aku.
Aku tidur pukul 10 pagi, Arif pun tidur juga, terjaga kira-kira pukul 12 sebab dengar suara Usop Wak Seman dan babang berbual-bual kuat pulak tu. Aku maintain tidur. Walaupun tidur tetapi aku masih juga terasa serba tidak kena. Tekak terasa mual. Segala-gala bagai tidak kena. Fisiologi badanku. Mungkin adakah kerana aku mengandung. Mungkin kerana perubahan-perubahann dalam badanku ini sajalah tanda bahawa anak dalam kandunganku sedang hidup dan mmembesar.

kini aku baru terasa dan mula memahami mengapa wanita itu ingin mengandung lagi walaupun ada anak ramai.Walaupun saat mengandung dan melahir bagai nyawa di hujung tanduk tetapi setiap kali mengetahui bahawa anda disahkan mengandung, kegembiraan tetap sama.

begitu juga aku, aku beranak operate walauupun dalam keluarga tiada yang susah beranak. Tetapi aku ditakdirkan dioperate atau dicaeser. Kesakitan nak melahirkan bagai azab apatah dimalukan, terasa malu sendiri pun ada. Direwang, dimarah tetapi duduk di hospital ada bestnya dengan jiran yang kelakar, misi-misi yang penyayang dan makan minum yang sedap.
Aku mengandung anak kedua, sudah masuk trimester ke 2.

Monday, February 11, 2013

Felt and Umi Raudhah

As a girl..she never knew what his mother will groomed her until she growing up hi hi.....As a newbie in the blog she already modelled herself, even though she not model.. I myself already not much time into this blogging lately..as one of student said...into "facebooking" for hours..and at the same time less time to write ..Look a like during this holiday i got something to blog...Emmm hi hi Umi Raudhah  ngeee...
She looks thinny as i rarely giving her dinner...because my lazyness to cook  but ..Today..FELT!! Tadaaa...

Tuesday, January 29, 2013

Mabuk Buku Skrap


Perihal buku skrap ni dah lama ...sebenarnya. Tiba-tiba minat nak buat buku skrap timbul balik. 25 tahun lalu  
saya darjah 6 pernah dapat no 2 buat buku skrap pasal pendidikan. Kita ambil keratan akhbar then buat cover cantik-cantik pastu suruh Sir Kamaruzzaman punch dengan eyelet(gosshhh...) baru hari ni saya tahu nama bendalah yang mencantumkan kitaorang punya skrap. Gambar di atas tools kit yang sedang diaim oleh saya...tunggu. Nanti kalau dah ada depan mata, saya blog pasal ni lagi. Gambar ni saya tengok di Scrap n Crop 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...