Monday, June 27, 2011

Gila Bento...New Hobby

Gambar dari website http://kirstencan.typepad.com/kirstencan/2009/06/daiso.html tapi bento ni sebijik macam saya punya. 24 Jun lepas saya pergi Jaya Jusco semata-mata nak pergi Daiso yang seolah-olah fenomena yang berlaku sekarang ini. Pas ni nak cari beras Jepun dan belajar buat nasi kepal pulak macam cerita Oshin dulu2 tu. Puas aku fikir...cukup ke kapasiti nasi lemak yang muat kat bento ni untuk saiz perut mengembang macam saya...Oh ye saya juga ada lunch bag dan getah pengikat bento ini, di samping sebijik lagi bento yang juga semua berwarna pink. (Tak boleh copy orang punya gambar website banyak2--seolah-olah ketuk kepala beli DSLR mahal...yang kau copy gambar orang punya buat apa?) Seolah-olah sekarang saya sedang dikuasai barangan ala2 RM2 Malaysia tapi Made in Japan..eh China gak ni.
Rasa cam nak berhabis ribuan ringgit untuk barang RM5 seunit---Mood>>blurr sejak menjak kena bayar Iman dan Ariff yang sama bayar kereta bulanan Viva ni tiap-tiap bulan.

Monday, June 20, 2011

Ladang Unta di Makkah











Exclusive gambar anak unta dan mama unta. Anak unta menyusu mama unta, jadi mama unta ada banyaakkk susu unta. Mama Unta makan daun-daun import dekat ladang unta. Saya bayangkan ladang unta tu macam ladang lembu atau kambing rupa-rupa hanya sekawan unta yang dijaga oleh penjaga unta dari Sudan. Sedapkah susu unta? Sedap..manis sikit cuma bila tiba-tiba anda minum susu unta segar yang baru sahaja diperah di depan mata anda sedikit tergamam lah tu lah pasal saya hanya meneguk satu kali sahaja, satu mangkuk besi harga Riyal Saudi 5. Pada hal hari-hari saya turun ke kedai runcit depan Hotel Janadriah tu beli susu segar dan Laban..(he he he). Pasal gambar2 ni upload dari tepon Sony ericsoon w200 jer, tu yang jadi kualiti agak kurang tu.

Terbakar!

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa terbakarnya hatiku...bila barang-barang kepunyaan aku dibakar oleh orang lain yang tidak punya barang-barang itu. (Seperti Allah tahu betapa Imanku diduga semasa menjaga orang tuaku di Mekah dulu).....Mungkin inilah dugaan daripada 1001 dugaan yang akan kutempuh supaya menjadikan aku lebih dewasa...yang perbuatan membakar itu juga dilakukan oleh orang dewasa. Ada ubi ada batas, lain hari boleh balas. Mood:>> Seperti hari pertama aku dengar yang Iman Syndrome Down sebab aku menyusu Arif semasa mengandung, padahal susu takde masa aku mengandung.

Thursday, June 9, 2011

anakku juga hypothyroidism

Hypothyroidism in Children with Down Syndrome
Information from Miriam Kauk
Join the Discussion
"Do we have any parents of children with Down Syndrome who are also hypothyroid?"
Participate Now

Related Resources
Hypothyroidism in Infants and Children
Children W/Thyroid Disease Links
Getting What You Need From Your Dr: Challenges of Thyroid Care/ An Interview with "Doc Don" Michael, M.D

From Other Guides
Down Syndrome / About Parenting
Down Syndrome in Children / Pediatrics

Elsewhere on the Web
Interview with Miriam Kauk Re: Hypothyroidism and Down Syndrome
Miriam Kauk's Web Site
Living Well with Hypothyroidism.

by Mary J. Shomon

Miriam Kauk, a mother of a daughter with Down Syndrome who was also discovered to be hypothyroid is a patient advocate for Down Syndrome. There is a higher likelihood that their children will have underactive thyroids.

Down Syndrome, with its triplication of every gene on an entire chromosome, has been aptly characterized as a cacophony of metabolic errors. One known study reports autopsy findings of abnormal thyroids in virtually every case of Down Syndrome.

As hard as it may be for people with hypothyroidism to find physicians who will treat their condition, it is even harder to find a physician who is willing to intervene in the many treatable aspects of Down Syndrome.

Recommendations Miriam makes for parents of children with Down Syndrome are:

  • Pay careful attention to nutritional status, as zinc and other nutrients that are necessary to healthy thyroids are typically low in DS.
  • Insist on having bloodwork done to test for TSH, T3 and T4 levels
  • Before you approach your doctor, make a careful record of symptoms, including basal body temperature, and changes in growth and function.
  • Join nutritionally oriented DS mailing lists and talk to other parents who are seeing positive results in their own children

Puisi Buat Muhd Nurul Iman



"Bibirku menguntum senyum yang tidak putus-putus
tatkala dirimu kulahirkan
Sudah termaktub namamu dalam lipatan memoriku
dalam kitab Hikam
Biarpun tidak sesekali kumenjangka bahawa
kau anak istimewa
namamu tetap kuabadikan"

Muhd Nurul Iman

----bersambung


Wednesday, June 8, 2011

From Batu Pahat Mall

eputusan dari operasi jalan-jalan kat Batu Pahat Mall, terlalu banyaknya budak-budak sekolah yang sedang cuti ni terutama dalam kalangan bangsaku yang lepak beramai sambil bercouple-couple, pegang tangan, bagai lagak pengantin baru, aku rasa nak termuntah, terjelek dan terkontal bijik mata . Hai, anak bangsaku sesungguhnya jarum-jarum yahudi (fashion, lifestyle, jalur lebar ) sedang menjahanamkan kita dik oi!!! Dengan baju dan shawl ala-ala Hana Tajima kaorang tu tak mengimpresskan aku langsung, tengkorokku semakin ketar melihat anak bangsaku sedang dijahanamkan oleh kapitalis dan globalisasi.

Sudahku duga...saraf telinga sebelah kanan Iman tidak berfungsi


Ini Iman pada pukul 9.00 pagi, ceria senyum dan gembira..yeah yeah nak pergi Batu Pahat (semalaman tak tidur nyenyak, dah bagitahu yang dia ada appointment, tu yang excited sangat tu)
Ini pula saya dan Ariffin bergambar depan tempat menunggu--kira-kira jam 11.00 pagi ni, dua jam dah menunggu..(sempat bersakit perut dan ke tandas--lega--bagai)
Ini dalam bilik rawatan, mesin penguji pendengaran ni hanya terdapat di Hospital Batu Pahat, Yang di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dah rosak--klise-- 30 minit sebelum tu Iman sudah diberi minum ubat tidur, susahnya nak tidurkan Iman, bila tertidur kena angkat dia masuk bilik--tapi ada patient lain--kena tunggu--bila giliran Iman masuk--jam 12.30 tengahari--Iman jaga tak selesa--ujian tidak dapat dilakukan--bawa Iman keluar jap--pujuk-pujuk--akhirnya dengan stroler2 aku bawa masuk--dan nampaknya pegawai perubatan masih mengurus patient sebelum Iman--(Ayah Iman dah bawa diri pergi kantin, makan tengahari) akhirnya dah dekat2 pukul satu barulah ujian dapat dijalankan dengan keadaan senyap sunyi takut Iman terjaga.-RESULT--dengan selamba pegawai perubatan itu berkata, berdasarkan ujian memanglah didetect telinga kanan Iman gagal berfungsi--maknanya pekak sebelah dan telinga kiri Iman pun ada effect sikit but just nice boleh dengar. Mama Iman--sedih, terasa masa depan aku yang gelap gelita (bukankah aku berada di masa hadapan zaman kecikku ni)--fikir kalau aku dah tak de--semuanya macam zoom flash imej satu persatu.

Seperti yang dijanjikan sudah termaktub dalam lipatan sejarah, hari ini muncul juga. Hari ini kami membawa Iman ke Batu Pahat. Bagi org2 di luar sana yang tidak tahu, kukhabarkan lah di sini bahawa Batu Pahat tu jauh giler...dari tempat tinggal aku sekarang ni.

Mama Ariff tetap tabahkan diri.


Tuesday, June 7, 2011

Esok Nak Pergi Hospital Batu Pahat

Setelah enam bulan, tibalah saat ketika seperti yang telah dimaktubkan dalam surat perjanjian hospital, harus Iman menjalani rawatan masalah telinganya esok. Apa yang mama nak pakai ek? Hijau should be nice..but tadi mama tengok tv meniru gaya Gwnetth Paltrow also should be nice..ada elemen2 romantis..but mama kena cari baju yang ada unsur silky and neutral. nak kena cari stokin bagai...pakai baju kurung selamat sikit..atau pakai apa yang ada? Taklah, esok mama nak buat perubahan sikit...ke arah seorang yang kelihatannya rajin dan detail.

Daya pendengaran Iman agak baik, kerana apabila abang dia menangis kuat-kuat meroyan Iman akan menangis kuat2 juga tanda takut. Dia agak slow sikit bila nama dia dipanggil..apa-apa pun tunggu jerlah esok

P:S>> esok harusku bergegas seawal pukul 7.00 pagi--kalau tidak ehem2 la jawabnya. Batu Pahat ada apa yang special yek sementara dah terpergi situ tu..?

Saturday, June 4, 2011

Jemaah kolesterol--mengubati penyakit malas part II

Mengapa harus ada part II dalam pada aku merungkai penyakit malas aku ni.. ya ya hari ni aku masih malas..walaupun sudah ke hujung sempadan Mentakab Jerantuut aku pergi kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupuku...still malas juga. Malas nak tolong rewang..hanya duduk-duduk sahaja mencari-cari sesiapa untuk diajak berbual. Pernah juga terdetik di minda ku malah aku masih mengagumi Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri yang tidak pernah malas2 untuk meraih sokongan dan berhempas pulas menarik sokongan golongan muda (atau sekurang-kurang memujuk semula pengundi lama kembali mengundi kerajaan ahaks!!)
Mereka bekerja (dengan dibantu pekerja-pekerja setia) tanpa jemu dengan kuasa yang ada dan kekuatan kedudukan mereka kerana mereka ada kuasa yang dipilih oleh rakyat (yang tidak memilih pun respect juga akan kerajinan mereka) Yes!!mereka terlalu rajin umpama peniaga yang menjual barang untuk dapat keuntungan berlipat kali ganda demi negara tercinta. Adakah kakitangan kerajaan yang baru berusia 6 tahun ini memahami dengan sebenar-benar akan cita-cita nun menongkat langit ini. fahamkah aku!! aku seolah-olah remaja yang mencari krisis identiti tetapi kali ini mengalami krisis identiti aku dalam kerja kerajaan. Balik dari Kuala Krau pun aku masih malas...keuntungan hari ini NIL. Atau patut selepas tengok tv ni aku terus bergegas minum secawan kopi, menukar pakaian, solat ssunat dan fardu. dan terus tidur atau menanda kertas?? malam ini aku tengok muka Arif dan Iman...nampak tak mereka akan muka ibunya yang sedang dilanda penyakit malas ni. Nak, carikan mama ubat!!

Friday, June 3, 2011

Mengubati Penyakit Malas

Sebelum aku nak mengubati penyakit malas aku ni...aku seharusnya mendignosis punca-punca mengapa aku jadi malas.
Clue pertama, aku seorang yang mempunyai kekuatan kerohanian dan kekuatan aku adalah berpunca daripada spiritual---(cuba tengok dan detect cepat mengapa aku jadi malas?)
Ya..aku berjaya mengubah diri aku kerana aku suka membaca duluuuu..semasa zaman pencarian dan krisis identiti dulu kala aku membaca Novel sasterawan negara, aku baca Rancangan Malaysia Pertama, aku baca Buku Hijau, Buku Merah, aku terlalu banyyyak membaca buku nasionalisme sampai berpinar biji mata..kemudian aku pergi Kem metakurikulum anjuran MARA (see MARA)..kemudian aku membaca buku HAMKA (Pembakar semangat) aku mendedahkan diri aku kepada bahan-bahan yang menguatkan semangat aku. Aku mengaji AL-Quran hari2 termasuk terjemahannya sekali---->>aku rajin, bersemangat, dan ingin sekali menongkat langit.

Pernah suatu ketika dahulu semasa zaman Universiti, aku pernah menjadi begitu pemalas... tahap penyakit berjangkit. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Pernah dan aku masih merasakan bahawa Syaitan sedang cuba menjahanamkan aku sekrang ni. Seperti Syaitan itu pernah cuba menjahanamkan aku dulu..Semakin kuat Iman seseorang semakin kuat juga hasutan dan ajakan Iblis Laknatullah.

Hari ini aku cuba berpuasa 1 Rejab--dan aku gagal. Aku cuba gagahkan diri untuk solat di awal waktu dan masih gagal untu solat Subuh dan Maghrib. Aku cuba membuka Al-Quran tapi Quran itu kecik je di mataku. Aku tidak membaca..okey2 aku membacakan cerita Tortoise and The Hare, Lion and a mouse, Will and his buttons untuk anak-anakku, aku membaca blog catatan orang2 dan kurasa bahan itu terlalu ringan sedangkan aku perlukan kekuatan yang besar. Aku perlu lakukan sesuatu...Buat sesiapa yang membaca entry ini...jangan komen atau bandingkan diri anda dengan saya. Kerana saya tidak sama dengan kemalasan bangsa kita yang merempit atau membohsiakan diri (atau sekarang ini kemalasan aku sama jer dengan kemalasan bangsa kita yang merempit dan membohsiakan diri itew) untuk mengambarkan tahap kemalasan ini.

Untuk mengubati penyakit malas ini, pertama sekali aku perlu solat hajat. Minta pada Tuhan agar kembalikan sifat rajin kepadaku. Seterusnya berzikir 100X kali. Mohon dipermudahkan segala urusan. Atau perlu aku harus bangkit dari tidur untu mengerjakan solat sunat tahajud dan hajat sekali. Aku perlu betul2 berazam dan bertaubat. (Jangan sangka sungguhpun aku sudah Hajah tetapi Syaitan itu tidak mengodaku..malah lebih hebat barangkali).
Aku juga patut join jemaah surau, wanita atau sebarang pergerakan dan pertubuhan agama seperti dulu aku join PMIUM dan Darul Fitrah. Seharusnya ku juga menyedekahkan 70 surah Al-Fatihah sekali duduk baca. Kuat semangat dan cari kekuatan sekarang.

Salam 1 Rejab, Bulan Allah....Moga segala keberkatan dalam bulan ini dapat kuperoleh sebanyak-banyak. Ku Lihat Hijau!!! (Sori at least for time being and after before PRU.. i very dislike pink colour, he he he)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...