Saya tidak bakal mendapat hadiah ...tetapi saya terpanggil untuk membuat review setelah 3 hari menggunakan dua produk ini. Dalam entry sebelum ini saya menyatakan bahawa saya peminat kelapa dara kerana keajaibannya dalam melembapkan kulit baby saya yang kering, melebatkan rambut anak2 lelaki saya yang jarang dan nipis dan sekaligus membersihkan kulit kepala. Kali ini setelah saya mencuba sabun Tropika ini saya dapati tidak banyak buih (yang membuktikan tiada bahan kimia seperti Sodium Laureth Sulphate digunakan). Ianya benar-benar organik sama seperti sabun bayi HPA. Fungsinya sebagai pembersih badan benar mengujakan kerana badan bayi Ummi bukan sahaja bersih malah berbau wangi Lavendar. Wangian bunga Lavender bukan sahaja wangi malah memberi ketenangan. Sebelum ini hampir semua produk pewangi saya guna Lavender seperti pencuci lantai, pewangi kereta, pewangi rumah malah saya mempunyai gubahan bunga lavender tiruan sebagai hiasan di rumah. Minyak bayi saya guna untuk rambut dan kulit sebagai minyak sapuan dan urutan. Lupakan sebentar minyak bayi atau losyen2 bayi kalian yang biasa kerana terbukti minyak ini bukan sahaja organik, tiada bahan kimia dan lebih penting memenuhi kriteria sapuan khusus untuk bayi saya. Kepala anak saya bersih, harap2 boleh lebat dan saya langsung tidak ragu-ragu semasa mengurut bayi saya dengan minyak ini. Ruam-ruam atau akne baby kurang semenjak saya pakai. Urutan menjadi satu keseronokan (sebab tak risau bahan kimia ada ke takde)..yang paling best seharian baby Ummi berbau wangi, lembut dan menenangkan as Lavender ialah aromaterapi yang menghilangkan stress. Yang best ialah Minyak Kelapa Dara Plus wangian Lavender (memenuhi kehendak dan minat saya selama ini)ditambah pula warna purple muda..Anak buah saya yang datang ke rumah pun mengatakan "WANGInya Ummi"... Wahhh!!! Lalu hati saya terdetik takde botol besar ke Tauke oii!!
Harga yang Mahal? Why Not..Yang penting ialah kepuasan sebagai wanita, ibu dan pengguna.
Saturday, April 28, 2012
Thursday, April 26, 2012
Saya Menang!!! peraduan : cadangan nama bayi sop
Sejak dari pagi sampai malam saya nak buat entry ni...tapi blogger ni buat spoilt sejak saya bersetuju untuk bertukar setting nih..
Pasni saya bersemangat nak masuk peraduanlah...pernahkah saya bagitau yang saya pernah menang tempat ke dua peraduan mencipta slogan sempena Pameran 11 September anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Kedutaan Amerika Syarikat kira-kira 11 tahun lepas.
Semasa saya memilih nama bayi Sop..saya menggunakan sedikit pengetahuan psikologi dengan meletakkan diri saya di fikiran org...(saya pernah berjaya menjumpai ibu saya yang hilang sesat di khemah di Mina dengan pengetahuan ini) Saya perasaan SOP ni suka A dan W, so saya cubalah cari.. carilah...nama2 yang ada aksara tersebut. Maksudnya pula kena pula dengan SOP ni yang lembut hhii .. Pastu bila anak saya lahir saya berkenan pulak "dalam hati kata taruk nama ni kat nama anak akulah"...tapi saya dah buat keputusan nak namakan anak saya dengan RAUDHAH sebab Raudhah menggamit kenangan saya di Madinah Nampak ketentuan itu sudah dicatat bahawa nama itu milik anak kecil itu.
La..la...la..(ikut rentak lagu lagu Aku maafkan dirimu oleh jamal Abdillah feat Malique)
Wednesday, April 25, 2012
KeLaPa DaRa Fan!
Sudah 28 hari saya bersalin...rasa2 sendiri badan dah sihat. Boleh basuh lantai dan cuci baju satu mesin nampaknya. Tapi masih ingat2 pesanan orang lama dan nasihat oorang..jangan renyah sangat. Saya berpantang sendirian..jadi sendiri jaga badanlah! Eh..apa yang saya melalut nih. Oh ye..saya ni peminat produk kelapa dara, bukan peminat yang obses gitu..cuma saya sangat percaya dan yakin dengan minyak kelapa dara itu sendiri, saya boleh katakan bahawa minyak kelapa dara itu "ajaib". Betapa ajaibnya kerana dia boleh menghilangkan kerak dan kotoran kepala baby saya Iman dan melembutkan semula kulitnya yang kekeringan sejak dia dilahirkan. Bermula dengan minyak kelapa dara orang Perak buat untuk rambut yang saya peroleh dari seorang kawan, saya begitu teruja dengan produk ini. Bila botol itu habis...saya bagai tidak percaya bahawa produk yang sama ada dijual di farmasi di tempat saya. Dan bila botol ini juga habis...saya sangka stoknya sentiasa ada di farmasi itu..tetapi tidak. Dan saya terus buntu untuk mendapatkannya...habis satu bandar Muar dan Ledang saya jelajah..mana2 yang sempat jer la, bertanya dan menyiasat dimana ada jual...sehingga sautu ketika saya menelefon sampai ke taukenya di Perak nun kot2 dia boleh hantar personal ke rumah saya. Di kedai A&H di Tanjung Agas jer yang ada jual produk org perak ni dengan harga yang munasabah RM20. Selain itu nampaknya semua harga yang tidak munasabah seolah2 kita membayar jenama itu bukannya produk (ni adalah kata-kata pengguna yang jujur tanpa meletakkan diri di tempat peniaga he he....). Hari ni saya paksa anak buah saya pergi ke Bukit Gambir setelah mengetahui ada sebuah kedai di situ yang menjual produk kelapa dara. Saya terpengaruh dengan iklannya yang setiap bulan saya tatap di Majalah Pa & Ma. Selama 3 tahun ini saya ialah pembaca tegar iklan-iklan majalah tersebut. Harga nya sangat tidak munasabah bagi minyak kelapa dara yang segitu RM20. (Memang saya bayar untuk jenama itu hi hi bukannya minyaknya). Tetapi untuk sabunnya RM13...saya rasa berbaloi untuk produk tanpa kimia kerana saya pernah pakai sabun baby tanpa kimia keluaran HPA RM6 yang sangat sesuai untuk kulit Iman. Maybe minyak tropika ini habis (rasa2 2 minggu je nih!!). Saya sangat sukakan bau sabun kelapa dara lavender dan saya bagi *****5/5 bintang.
Monday, April 16, 2012
Medela Swing Breastpump
Ya Ampun...saya hampir terlupa yang saya sebenarnya ada Breastpump Medela Swing. Saya telah meminjamkannya kepada adik ipar dan i do forget it .. Bila tadi bp tu ke kembali kepada saya..saya hairanlah bila dia kata pam ni tak berapa bagus.. Then saya pun try lah.."Ehh..nape suctionnya slow nih". Bila tinggal saya seorang-sorang of course ngan anak-anak le kat rumah nih..saya pun start mengondem ala-ala servis gitu. Mari kita lihat apa sebenarnya yang berlaku...
Ini ialah part-part yang ada dalam satu set bp swing yang lengkap...tiubnya tak berapa nak nampak, ntah nape walaupun sekian lama...saya masih nampak bp ni cam satu barang yang menawanmacam perasaan memiliki iMac Apple kot hu hu sampai cam sebak gitu
Ini part belah belakang..tempat letak bateri, source elektrik dan kelihatan di situ juga tubing, yang mana satu cucuk kat pam dan belah satu lagi kat connector terus ke corong botol susu (sila lihat video medela kat laman web dia)
Haaa....inilah bahagian dalam bp yang saya dok servis dengan menggunakan kapas, pembersih CIF dengan menghilangkan kesan-kesan karat dan habuk...dan malangnya span yang sedia ada kat dalam tu dah luruh dan buat sementara saya gantikan dengan kapas. Saya servis2 sambil berfikir kenapa suction sangat buruk perangai...
Wah....gitu, cam baru beli semalam. Padahal sudah menjangkau 3 tahun umurnya..Perasaan memilikinya seperti mendapat kereta Kelisa. For this bp swing saya don't mind untuk meminjamkannya kepada sapa-sapa..even for trial only. Sungguhpun pun kegunaannya tidaklah setegarnya dan peri penting Medela Harmony manual breastpump kepada saya. I'm always love the manual. tu belum tunjuk yang Freestyle ada ke orang nak beli?
RUPA-RUPA bendalah nih haaaa...yang buat spoil. Namanya part ni ialah Valve (RM15 satu). Nampak tak crack dan putus dua kat tengah situ. Gerenti tak leh pakai. Sebagai langkah untuk menggunakannya semula ialah menggantikan valve tersebut la dengan membeli di mana-mana kedai yang menjual spare part. Dalam konteks ini biasa saya beli online di Faboluosmom.com.
Ini ialah part-part yang ada dalam satu set bp swing yang lengkap...tiubnya tak berapa nak nampak, ntah nape walaupun sekian lama...saya masih nampak bp ni cam satu barang yang menawan
Ini part belah belakang..tempat letak bateri, source elektrik dan kelihatan di situ juga tubing, yang mana satu cucuk kat pam dan belah satu lagi kat connector terus ke corong botol susu (sila lihat video medela kat laman web dia)
Haaa....inilah bahagian dalam bp yang saya dok servis dengan menggunakan kapas, pembersih CIF dengan menghilangkan kesan-kesan karat dan habuk...dan malangnya span yang sedia ada kat dalam tu dah luruh dan buat sementara saya gantikan dengan kapas. Saya servis2 sambil berfikir kenapa suction sangat buruk perangai...
Wah....gitu, cam baru beli semalam. Padahal sudah menjangkau 3 tahun umurnya..Perasaan memilikinya seperti mendapat kereta Kelisa. For this bp swing saya don't mind untuk meminjamkannya kepada sapa-sapa..even for trial only. Sungguhpun pun kegunaannya tidaklah setegarnya dan peri penting Medela Harmony manual breastpump kepada saya. I'm always love the manual.
RUPA-RUPA bendalah nih haaaa...yang buat spoil. Namanya part ni ialah Valve (RM15 satu). Nampak tak crack dan putus dua kat tengah situ. Gerenti tak leh pakai. Sebagai langkah untuk menggunakannya semula ialah menggantikan valve tersebut la dengan membeli di mana-mana kedai yang menjual spare part. Dalam konteks ini biasa saya beli online di Faboluosmom.com.
Kepada sesiapa yang tidak menyukai entry bab pam ni...jangan baca hi hi hi.
Sunday, April 15, 2012
WishList..Bar dan Coffee Maker..Wah!!
Hari-hari saya nak berblogging sambil merapu meraban..sementalah mood cuti bersalin (tapi otak serabut mengenang bebudak kat sekolah tu ok ke tidak) sambil mengira mencongak gaji baru ssm selepas penyelarasan tu cukup ke nak wat renovate rumah mengenangkan peningkatan gaji tu juga sama meningkat dan bertambahnya keluarga aku ...dan hati masih berkata "saya kaya ",hi hi hi
Masa saya berkunjung di rumah sahabat baik saya di Kelantan, saya berkenan betul dengan rekaan dapur rumah dia. Ada kitchen bar.............(ikut gaya Upin Ipin cakap ye) Hari ini saya google jenis2 kitchen bar dan saya download dua gambar dari Cik Google.
Pertama, yang cam kat bawah ni --->
Yang kedua yang cam nih!!---->>>
Dua-dua pun boleh saya buat kat rumah saya...ye ye..jika ada ongkosnya..kos kos dan semangat mengidam yang mendalam dan berkobar-kobar untuk mengubah suai rumah.
Dua-dua pun boleh saya buat kat rumah saya...ye ye..jika ada ongkosnya..kos kos dan semangat mengidam yang mendalam dan berkobar-kobar untuk mengubah suai rumah.
Satu lagi saya memang teringin nak benda kat bawah nih...tetapi selalu berkata dalam hati, aittt..tak de benda ni kau tak minum kopi ke? Satu side dalam diri saya berkata pula.."mesti best kalau ada benda ni, macamlah hari-hari kau nak jamu org minum kopi" sedangkan yang minum kopi kat rumah nan ayu tu hanya saya sorang jer hu hu..hu.
Saya selalu berharap agar memenangi hadiah coffee maker cam kat gambar kat atas tu. Coffee maker plus expresso nan mengancam..Tadi saya merepek meraban kat suami saya..Bang jom buka kedai kopi. Tapi yang moden punya ...sambil mengimbas kenangan lalu...Nestlo satu!!! hi hi hi
Saya selalu berharap agar memenangi hadiah coffee maker cam kat gambar kat atas tu. Coffee maker plus expresso nan mengancam..Tadi saya merepek meraban kat suami saya..Bang jom buka kedai kopi. Tapi yang moden punya ...sambil mengimbas kenangan lalu...Nestlo satu!!! hi hi hi
Tuesday, April 10, 2012
Berpantang - Hari ke 11
Beberapa lama yang lepas saya teringat entry facebook seseorang yang menyatakan, nasib org perempuan ni lain-lain ada yang senang mengandung ada yang susah---merujuk keadaaan dia yang mengalami alahan teruk memanjang sejak disahkan mengandung. Saya terasa juga dengan entry dia tu kerana saya kelihatan sihat dan cergas sepanjang mengandung--satu penipuan diri sendiri yang hebat. Semasa saya sakit bersalin kali ini saya tidak berdaya untuk hipokrit lagi. Sakit.. hu ..hu hu.... sampai hari ini. Wahai rasa sakit yang bersarang dalam kotak fikiran dan psikologi ini, pergilah jauh-jauh. Marilah kita lihat benda-benda yang hanya saya jumpa dan cari ketika bersalin jer nih!
1.Set Jamu Selapan Air Mancur RM60. Masa saya bersalinkan Iman Setahun 9 bbulan lepas, makcik tukang urut selamat menghabiskan param panas tepel bagai, tetapi kali ini tak habis satu bungkus pun as tukang urut lain. Hanya sedikit kuantiti sahaja diperlukan.
2. Pil vitamin yang hospital bagi. Asid askorbik, asid folik, b-complex, iron dan panadol(ni buat tahan sakit).
3. Jeli gamat untuk memberi kelawasan dalam buang air besar. Best friend ever.
4. Minyak Daun Ubat. Minyak urut urat saraf yang terpeliot.
5. Pati ikan haruan. Benda yang memang hanya dicari dan dijumpai untuk bersalin anak-anak saya jer.
6. .................mencari ubat depression. (Pembantu rumah yang cekap kot)
Saya berpantang sendiri di rumah sendiri. Kerana di usia-usia emas, emak saya 72 tahun sakit jatuh tergelincir kat rumah, kakak kandung 48thn bisa-bisa badan sakit kencing manis saya berpendapat masing-masing jaga diri sendirilah.
Pernah tak jari terhiris dengan pisau yang tajam atau mata gillette...macam itulah rasa sakit ini...awwww.
Saturday, April 7, 2012
gadjet baru....
Beranak, beranak juga..tetapi kegilaan terhadap camera dalam hatiku tak pernah padam. Cewah!!... Back to dua minggu lepas selepas tertengok camera ni di salah sebuah kedai kamera di depan Wetex, Muar saya pun terus menghubungi aziati. Saya dan dia berkongsi duit membelinya hari ini. Harganya RM220 dan film intanst RM 25. Jumlahnya.. RM245. Berbaloi22
Kamera ini adalah hadiah untuk Siti Azizah anak buahku yang berjaya? dalam SPM. Itulah untungnya jadi Jijah ni...yang pasti kami akan berkongsi pakai hi..hi
Wednesday, April 4, 2012
Saya sudah Tiada Kata..
Sejak melahirkan Ummi Raudhah Jumaat lepas...ada banyak perkara yang mengubah diriku dalam sekelip mata gara-gara mengenangkan masa satu jam bertarung mengeluarkan Ummi dari dalam rahimku. Sukarkah mengeluarkan bayi ini sedangkan jalan sudah terbentang luas 10cm sedia? Ada tangisan kesalan, sesalan dan kegelisahan atau keletihan kerana bersengkang mata di waktu dinihari merasai kontraksi yang silih berganti. Bila tiba saat itu, tetiba saya tidak berdaya. Hari ini saya menjadi pendiam sekejap....dan sepatutnya saya terus menjadi pendiam. Menahan rasa hati adalah suatu Jihad walaupun pedih. Ntah...mungkin pengalaman yang sukar dilakar atau diluah melalui kata-kata ini adalah satu pengajaran dan iktibar buat Ummi yang akan mewarisi karektor ibunya sungguhpun tiada iras di wajah dia yang boleh kusamakan dengan saya. Ya Allah...betapa dekatnya diriku pada-Mu tatkala itu. Dalam kemudahan Kau tetap mahu memberiku Tarbiyyah menjadi Hamba yang Ingat..terus ingat janji untuk memegang risalah-Mu.
Monday, April 2, 2012
Selepas Due...
Born 30Mac 2012, 10:31 am /Friday 7 Jamadil Awwal 1433H....sakit kuat start 3 am, 8.30 a.m sampai hospital , jalan dah buka 4cm..1 jam bertarung (prestasi yang gagal) dijangka 10 pagi dah boleh deliver tapi terlajak sampai 10.30 pagi...jahit bagai...1.30 pm masuk wad biasa, tidur satu malam..jam 12.30 balik rumah. Cam mimpi jer..hi hi.. nama baby..UMMI ???tunggu ayahnya balik dari pejabat pendaftaran Muar jap. Oh ye...baby Girl as doa kat Mekah. Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)