Sunday, June 7, 2009

Attachment Parenting

Topik ni, buat pertama kudengar ialah semasa Support Group Meeting 3 di Putra Jaya. Masa mula-mula kudatang kuterus menuju ke group kendalian Rita Rahayu. Pn. Ritalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kutentang attachment parenting ni. Masa sesi tu aku sebenarnya terngaga-ngaga tak faham istilah seperti bonding, nuturing, attachment parenting, dan malah istilah weaning pun aku masih tak jelas konsepnya tu. Dalam hati aku, si Pn. Rita menguasai bidang ni betul2 ni. Jam2 tu juga rasa macam nak pergi Breasfeeding course kat MLO di bawah kendalian dia. Ya, satu hari nanti pasti akan ku paksa Babang attend kursus ni bersama Pn. Rita. Aku suka sangat bila dia mula bercakap...malah baby2 yang dok sekali terpersona dengan kata-kata. Ala-ala Siti Nurhaliza menyanyi. Tapi ni personal opinion lah. Well, after balik dari SGM dan terus kumencapai laptopku dah buka laman web www.parentingweb.com dah ohh... dari situlah ku mengenali Attachment Parenting secara akademiknya. Setakat ni, ada 4 benda berkaitan Attachment Parenting yang aku dah praktiskan iaitu Susu Ibu, Kendong Bayi, Cloth Diapers, Tidur bersama Anak. Alah...semua tu mak aku dulu buat kat aku. Kadang2 aku rasa suka dan bersyukur lahir sebagai orang kampung..jawa... Dengan mempraktiskan Attachment Parenting tiba-tiba terkenang Allahyarhamah Nyai Mah (Atuk Sedara Merangkap Bidan Kg tersohor di kgku) dan Arwah Nyai Binah, Nyai Pah...Hu Hu ku rindui mereka semua. Ada satu benda yang aku betul-betul nak buat...iaitu Beranak kat rumah with only one misi kg. Mujurlah ku bersalin operate (trauma di bedah) Aku tak nak dok hospital (hentak2 kaki). Biarlah Arif seorang je..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...