23 tahun yang lalu -Nyai Pah aku - pakai gendong masa gendong cucu. Mak aku pun pakai gendong masa petang2 masa bagi makan anak buahku Udin. Masa tu mak aku umur baru dalam 40-an kira kategori laratlah. Orang kampung menjaga cucu sementara ibu bekerja. Kiranya tahun itu dalam tahun 1985 menyerahkan anak kepada ibu sendiri adalah keutamaan bagi ibu bekerja. (Psst...mak aku bawa cucu dia gi kebun getah buat buaian kat pokok getah sementara dia menoreh. Aku jaga sambil kibas-kibas nyamuk dengan dahan daun getah. )Akak aku kerja kerani FAMA time tu. Kitaorang petang-petang, ambil angin jalan-jalan sambil bagi anak makan. Mak aku pakai gendong kain batik bawa anak buahku tu. Time tu semua orang kampung bergendong Pemandangan biasalah kot. Tetapi... masa berlalu, mak pun dah jaga sebab akak aku berpindah ke Dengkil setahun kemudian.... Sejak hari tu ku dah tak tengok orang bergendong-gendong lagi. Kemana hilangnya gendong pun ku tak tahu.
Sekarang aku dah berumur 33 tahun. Kahwin lambat dan mempunyai anak lambat...menjaga anak di rumah sendiri agak mengalutkan. Time nak masak je..ada je anak yang nak dijaga. Ariff pulak 8 bulan dah pandai maju dan merangkak. Aku masak...dia pun duduk bawah kaki nak kentang kentong susun pinggan mangkuk. Masa itu... I wish.. ada gendong. Aku try pakai kain lepas dan ikat kat bahu..tapi sakit bahu. Kebetulan aku pulak semenjak melahirkan ariff asyik nak buka internet je..Masa SGM 2 di Taman Tasik Permaisuri Cheras selain cloth diaper, rupa-rupanya ada promote gendong dalam bahasa Inggerisnya baby wearing.. Tapi masa tu duit aku cukup untuk beli cd (RM39). Hu hu hu...aku gi KL bawa duit tak sampai 100 pun. Saya nampak dan tertarik dengan gendong Kak Shais tu..tau, pada waktu itu gendong bukan macam keperluan. Gendong macam passioanate jer..
Rupa-rupa passionate dan keterujaan ku bagai tidak boleh dikawal lagi... sedang aku search and looking2 aku beli online gendong MummyHugs.com
Kira-kira 3 bulan dah ku menggunakan gendong, Gendong memang memenuhi apa juga yang aku mahu dalam menjaga anak. Memang aku hantar anak kat mak. Tapi, mak dah 69 bapak pulak 74...dah tak larat atok nak gendong-gendong. Bila aku balik rumah ambil anak dalam pukul 7.30 malam aku terus pakai gendong. Sementara mak sembahyang maghrib aku boleh beri Ariff makan.. basuh tu, basuh ni. Panjang cerita lah...
Kesimpulannya, gendong yang aku pakai ni dah tak best..kalau gi shopping atau jalan-jalan. Sebab gendong tu lah aku guna hari buat gendong ariff gi masak lah, gi kemas rumah lah..dah naik berminyak. Aku mencari gendong baru... Harap-harap Kak Shais boleh bagi...hu hu hu..
No comments:
Post a Comment