Friday, December 30, 2011
Thursday, December 29, 2011
Azam Baru & Persediaan Menerima NewBorn
- Nama yang baik
- Penyusuan susu ibu exclusive 6 bulan
- pakaian yang sentiasa bercuci dan bersih
- set bersalin Air Mancur
- Keazaman yang kuat serta stamina yang tinggi untuk mencapai sesuatu target
- Pengasuhan anak-anak betul dan "on-track" atas rel pendidikan Islam.
Saturday, December 24, 2011
IMaN BerMain Air
Tuesday, December 20, 2011
Sebuah sketsa pendek..pada Hari Keluarga

Dalam hati...berapa bulan baby ni? Rambut lebat dan hitam. Saya memandang cucu ketiga Cik Mek @ Adnan bin Pawi dalam pangkuan anak perempuan sulungnya yang memakai tudung putih. Sebelum tu, saya tidak mengenali siapakah gerangan ibu ini, tetapi berdasarkan wajah yang seiras2 adik-beradiknya yang lain, lantas saya boleh mengagak bahawa ini ialah anak Cik Mek. Kemudian, saya mendekati baby ini dan bertanyakan kepada ibunya tanpa memperkenalkan diri (ramah ke kalau berbual tak tanya nama he he...)berapa bulan baby ni. Dua bulanlah kak, dia jawab. Anak ketiga..tak tanya pulak anaknya tu lelaki ke perempuan. Rambut yang lebat sangat ini rambut sejak lahirkah? Tak..masa lahir memang lebat cam ni tapi dah cukur, ni rambut baru tumbuh ni. (Dalam hati..mak aii>.lebatnya!)Bayi yang sangat comel dan semangat...Selepas itu, saya menyambung pula...baby2 ni masa baby memang semangat tapi bila start masuk umur satu tahun mulalah susut badan. Betul kak...dia membalas merujuk kepada anak kedua dia yyang dalam dukungan suami dia. Ibu ni tidak bekerja..suri rumah. Susahlah kerja, tak de siapa nak jaga anak. Betul...aku mengangguk. Akhir sekali, saya terus menatap baby ini dengan perasaan kagum dan tumpang bahagia. Moga menjadi anak yang soleh dan mengingati ahli keluarga serta menjadi sinambungan program seumpama ini.
Catatan : Kita boleh memilih untuk menjaga keluarga kita atau bekerja kan? Tapi, dalam keadaan tersepit seperti yang sedang saya alami dengan menjadi kakitangan kerajaan kategori A, tidak ada pilihan untuk sain option 60thn, tambah2 lagi saya kerja kerajaan lambat start umur 30-an. Walaupun tahu risikonya seperti menjadi watak yang boleh diugut2 oleh bos bila prestasi tidak meningkat @ tak popular, mengalami tekanan perasaan akibat perangai murid dan prestasi pelajar yang merudum dan ditekan dengan masa dan kehendak diri untuk maju dengan anak-anak kecil yang sentiasa perlukan masa dan diri ibunya dan mengembangkan lagi bilangan ahli keluarga sudah tidak dikira. Sain option 60 tahun adalah SURVIVAL. Semua masalah itu boleh diselesaikan dengan kerjasama dan team work serta kawan baik(best friend yang sefikiran dengan kita). Saya rindukan bekerja pada sesi petang kerana kerjasama dan teamwork itu.
Dan adakah semua orang akan berfikir panjang semasa memangkah pada Pilihanraya Umum kelak? he.. he ...
Sunday, December 18, 2011
Maa....
Ariff berumur 3 tahun setengah, tahun depan akan sekolah tadika kemas dan akan duduk rumah Atok Man semula. Alasan : dah pandai gi bilik air sendiri. Alasan kukuh menyekolahkan Ariff ialah mengikut jejak langkah mamanya yang memulakan persekolahan pra tika umur 3 tahun setengah a.k.a langkah satu penjimatan. Moga-moga dapat guna pensel dan colour dengan sepatutnya dan bukannya lakaran tanpa makna.
Tuesday, December 13, 2011
Aku, Jambatan Muar dan Kursus I-Think
Kelisa saya tuh dah penat agaknya berenang-renang di Sungai Muar, dalam kondisi yang tak stabil, perlu diservis di kedai ikan agaknya...emmm..
Saturday, December 3, 2011
BERDIKARI
Berdikari ialah akronim bagi berdiri atas kaki sendiri. Makna dari segi moral pula adalah kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada org lain. Bulan ini Iman akan berumur setahun setengah dan kebolehan dan perkembangan terbarunya mengangkat badan dan bertahan untuk berdiri di pintu gril dengan agak lama..Gambar diatas dijangka akan menjadi kenyataan lebih kurang 3 bulan lagi hik..hik..
Wednesday, November 23, 2011
Tanpa Tajuk
Tuesday, November 22, 2011
Meraikan Hari-hari cuti
Tuesday, November 15, 2011
Kelebihan minum susu ibu selama 6 bulan pertama
Tolak campur Iman bolehlah diiktiraf sebagai bayi yang menyusu exclusive 6 bulan, termasuklah sebulan minum susu perahan beku ketika saya pergi Haji tahun lepas. Walaupun dia bayi yang terencat sikit perkembangan pembesarannya tetapi Alhamdulillah tetap sihat. Hari Raya Haji yang lepas, Iman main air di Taman Tema Pedas, Negeri sembilan selama hampir 4 jam tetapi dia tak apa-apa, takde demam atau selesema. Sekarang dia minum susu Pediasure, makan bubur nasi dan makan pisang...dah semakin kuat. Kalau diikutkan hati saya, malas dah saya nak berulang ke Paedratik sebab mereka akan pok pek pok pek kat saya pasal tak pandai jaga anak. Sensitif mak!
Friday, November 4, 2011
Si Iman Yang Sudah Berumur 1 tahun 4 bulan
Dia sudah pandai memandu.....walker. Thursday, October 6, 2011
Susah Hati Pasal Kerja
Tuesday, October 4, 2011
Cerita periuk bubur ajaib
Pada suatu petang, Anne pulang dari kerja. Dia sangat susah hati kerana mengenangkan resepi apa yang harus dia sediakan untuk anak lelakinya, Iman yang berumur 1 tahun 3 bulan. Tiba-tiba dia terasa ingin membeli periuk slow cooker dengan duit yang ciput dan baru diperolehinya hasil titik peluh dia menjadi seorang cikgu. Dengan didorong perasaan kasih dan sayang serta naluri seorang wanita yang ingin membeli sesuatu, Anne telah singgah disebuah kedai elektrik yang bernama Kedai Guan Elektrik. Ketika tauke cina menegur Anne hendak membeli apa, dengan pantas Anne meminta Periuk Slow Cooker. Tauke Ah Guan menunjukkan 3 jenis periuk slow cooker, ada yang besar dan ada yang kecil, Anne telah memilih periuk yang sederhana kerana bersederhana itu adalah yang terlebih baik...setelah wang dan barang bertukar tangan, maka Anne telah segera pulang ke rumah dan menanak nasi. Dia menanak nasi di atas api gas sebaik sahaja nasi sudah semakin tanak, Anne telah memindah sebahagian nasi tersebut ke dalam periuk nasi slow cooker yang baru dibelinya sebentar tadi, manakala sebahagian nasi yang ditanak dibiarkan masak untuk menjadi makanan ruji dia dan suaminya. Anne telah juga mencincang halus lobak merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan juga ikan bilis yang sudah dibuang tulang dan sedikit minyak masak serta sedikit garam. Setelah itu, Anne pun menyebut, "periuk...masaklah...periuk". Sementara menunggu bubur masak, Anne tertunggu-tunggu hasil masakan periuk itu.Dek kerana dikhuatiri dia kebosanan, maka dibawanya anak-anak bermain-main dan bersembang-senbang dengan jiran dan anak jirannya. Setelah anak-anaknya puas bermain dan merengek-rengek kelaparan, Anne segera teringat akan periuk barunya itu. Alangkah terkejutnya dia kerana nasi yang tadinya separa tanak sudah bertukar menjadi bubur ikan bilis yang muai serta gebu. Malah tambah mengejutkan Iman makan habis satu periuk. Sejak hari itu, Anne sudah tidak berasa risau resepi apa yang hendak diberi kepada Iman kerana periuk nasi slow cookernya sudah menjadi periuk bubur ajaib bagi dia sekeluarga. Monday, October 3, 2011
Monday weekdays
Sunday, September 25, 2011
Me and Iman babywearing
Dari sudut tepi, Kaki Iman terkangkang luas. Mungkin patutnya saya silakan kaki anak dulu kot sebelum dipakaikan?supaya tak nampak kaki dia yang terkeluar dari sisi tu.
Anyway, mei tai sangat berjasa pada hari ini! Mei Tai ini sangat cantik!! Saya nak yang baru tanpa melepaskan yang lama. (mood hentak2 kaki).Iman yang sudah berhenti menyusu ibu..(15 months)
Malam ni saya hendak berkongsi cerita pasal penyusuan Iman yang sudah terberhenti sejak dia berumur setahun. Bila dikenang-kenang timbul rasa kasihan dalam hati mengenangkan keadaan dia yang sepatutnya mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari mama dia kan. Semasa saya mula mengesyaki bahawa saya sedang mengandung, susu badan saya tidak kering serta-merta, malah tiada rasa perit atau pedih apabila Iman menyusu. Sepatutnya akan ada satu rasa yang teramat pedih dan perit jika anak menyusu direct semasa awal-awal kandungan seperti yang saya rasa semasa mengandungkan Iman dan menyusukan Arip. Dua bulan ini susu saya masih ada dan tiada rasa pedih cuma kali ini saya mengambil keputusan untuk tidak mengepam lagi. Malah tiba-tiba Iman yang sudah pun berumur setahun tapi belum tumbuh gigi tu enggan atau tak nak menyusu direct lagi, budak kecik Iman ni gigit-gigit setiap kali saya cuba menyusukan dia. Tah apa pattern tah. Tapi dia masih ingat untuk mengiring menghadap saya setiap kali tidur. Pakar Paedratik pun sudah mencadangkan agar dia mengambil makanan tambahan seperti Pediasure dan makanan tambahan hospital memandangkan umur dia dan setahun lebih..dan itulah yang saya bagi kat dia untuk membesar? Pertumbuhan badan Iman tetap juga tidak membesar seperti bayi sebaya dengan dia. Perbandingan dia seperti bayi kurus yang berumur 7 bulan tanpa sebatang gigi pun yang tumbuh, w/bgmanapun berdasarkan kekerasan gigitan Iman yang saya rasai, dengan batas-batas gigi itu mampu memecahkan makanan lembut seperti isi pisang dan mangga.
Setahun yang happy with my breasmilk, and will continues as soon as our little child born next 6 months. I'm no regret as i'm exclusive breastmilk 6 months baby..but kali ni Insyallah saya akan panjangkan sikit exclusive breastmilk dan cadang-cadang nak beli frezer untuk stok susu ibu.Wednesday, September 14, 2011
Rabu yang terdiam.
Monday, September 12, 2011
Cuaca Jerebu
Ni gambar situasi taman perumahan saya, saya menggunakan handphone sahaja.. anda tak boleh nampakkah tanah 7 ekar yang sudah ditanam dengan anak sawit kan? Cam jam 7 pagi sahaja keadaannya
Jerebu oh jerebu...hatiku juga berjerebu. Hu Hu hu..
Wednesday, September 7, 2011
Ini Kisah Iman dan kehidupan
Ini pula bunga orkid adik ipar saya, ada banyak bunga orkid, agaknya raya tahun ni musim orang beli bunga orkid kot..bunga orkid yang saya lihat ini juga terdapat di rumah seorang org kampung saya sewaktu saya marhaban hari ini.
Ini Kakak Timah dan Iman, masih dengan mulut terlopong. Sejak menjak saya ada anak Sindrom Down saya sudah memandang hidup saya lebih mendalam dan sangat menghargainya. Saya pening bila saya kerja orang bercakap pasal orang lain tanpa henti..pok--pek--pok--pek dan perangai dan karenah. "Di rumah saya ada anak Sindrom Down, jadi perlukah aku kisah cikgu ni kena tukar kat situ dan cikgu ni dapat tukar sini?" -- Hu.. Hu..
Ini buah hati saya. Masih terlalu lambat milestone dia, jadi di saat ibu-ibu lain sedang seronok melihat perkembangan baby masing-masing, dan saya selalu terkedu dan teringat kata-kata mak saya bahawa jangan sampai terlalu berlebihan bercerita pasal anak. Mak aku tak pernah bangga anak dia jadi apa---tapi dia selalu ungkit kisah2 silam pasal kesilapan dan kekhilafan anak-anak sebab apa--sebab dia bermula dari tiada apa-apa. Allah yang bagi semua dan semua Allah yang punya. Sungguhpun begitu mak...kita nak cerita-cerita aje takde niat nak besar-besarkan perkara. Tapi hati ku berkata--aku suka dan seronok nak tambah ahli keluarga ni..he he..
Tamat.
Tuesday, September 6, 2011
1 Syawal / 30 Ogos 2011
Saya dan keluarga sebelah suami.
Next..Arip hencem dengan kawan-kawan (kakak timah dan sepupu..Untuk pengetahuan anda semua Arip ada tahi lalat di hujung bibir sebelah kanan..saya selalu kata manis! he he
Hari RAya ...alhamdulillah saya puasa penuh. Tak payah ganti lagi..(2 kali ramadan berturut2)
Friday, September 2, 2011
Tak dapat upload gambar sebab wayar tah mana@!
Monday, August 22, 2011
Wednesday, August 3, 2011
Raudhah, Bahagian Taman Syurga
Saturday, July 23, 2011
A moment to remember
Iman tak berapa syok dok dalam ni, manakala abangnya pulak seronok giler
Posing sambil berbaring, perlu ker buat aksi cam tu..takpe takde charge lebih...
Al 'Ariffin sedang makan kek hari jadi yang ke-Tiga tahun. Kek tahun ke tiga yang dibeli di Kedai Puncak Kasih Bukit Gambir yang sama. Panjang umur kedai kek Melayu.
Iman dah pandai duduk atas kerusi bayi tanpa masalah. Dia tumpang seronok amik gambar di Kedai Marry Brown Bukit Gambir ni..everthing is Bukit Gambir. Yang paling best ialah Kedai RM2. I love I-City
Ada orang baca tak?
Monday, July 18, 2011
Sunday, July 10, 2011
Ramah Mesra Taman Satria 2B - satu apresiasi
Ini pula gambar AJKnya, berdiri no 5 dari kiri itu ialah Pak Cik saya Cik Jeman. Duduk paling kiri itulah pengasuh Iman, Iman panggil Ibu Iman, sebelahnya tu kawan saya satu kerja kebetulan satu taman. En. Zul.Dot.Com dan Cikgu Selamat juga antara penghuni yang dikenali dalam kalangan kami di Serom ini.
Ni pulak saya dan Iman. Arep pulak yang nampak kepala jer tu. Budak lelaki yang pakai baju hitam tu pulak jiran sebelah rumah, namanya Irfan berumur 6 tahun. Antara jamuan yang dihidang ialah nasi lemak, bihun goreng, Barbeque ayam, ikan, sosej, kentang goreng, buah-buahan dan air oren.
Aiseh sebagai seorang wanita yang berumur pertengahan 30-an, orang nampak kehidupan saya lengkap..yes, but kita strunggle sebenarnya.
Monday, July 4, 2011
Konflik antara kerja kerajaan dengan jaga anak..
Terpaksa suka...
Mula-mula semasa episod awal-awal saya tak berapa suka tengok cerita nih...sebab saya rasa cerita Melayu slot hari Isnin pulak tu kadang-kadang cerita yang sama jek temanya dan saya juga bertindak ingin lari dari memikirkan gejala sosial dah muak dengan te.ma remaja dan juvana. Lagi-lagi clash ngan cerita omputih kat ntv7 kisah penyiasatan..tapi saya terpaksa akur! Node nganguk kepala yang saya terpaksa suka dan lama-lama suka. Sunday, July 3, 2011
Keperluan Fisioterapi untuk Iman..
Another problem that can be helped by Down syndrome physiotherapy is laxity of the ligaments. The ligaments are so loose that they do not support the bones adequately. In infancy, it can be seen in the way they lie down with their legs splayed apart. In later years, their ankles and other joints will be loose enough to cause support problems.
Down syndrome physiotherapy is essential in helping these children overcome muscular weakness. If they are not exercised to correct the problem, they will develop behaviors that will make up for their lack of strength. Some of these behaviors may be harmful. For example, they may lock their knees to make up for having weak legs.
One problem these children face is in their body shape. Their arms and legs are generally shorter compared to their trunks than in most people. This leads to all kinds of problems sitting and climbing. Just reaching the table to eat can be a chore. Down syndrome physiotherapy can help with this problem.
In early intervention Down syndrome physiotherapy, the emphasis is on overcoming weakness and learning gross motor skills. Rolling over, sitting, crawling, and walking will all happen eventually, anyway. However, with Down syndrome physiotherapy, they can take place with solid physical foundations.
There is a concern with Down syndrome physiotherapy of parents notifying the doctors of problems that might require the help of a physiotherapist. A parent may be at a loss as to what is to be considered worthy of attention. After all, they already know that their child is not like other children who do not have Down syndrome.
Saturday, July 2, 2011
Saya suka menyusukan bayi...
Entry ini agak geli-geleman kot kepada pembaca yang "out of the world of art breastfeeding your child" (saja saya taip dalam English yang berabuk ewhoooshh..) sebab semalam saya terjumpa satu artikel anti breastfeeding dan membacanya pulak...eemmm geram dan rasa cam nak ketok jer komputer @ internet streamyx ni. Kalau saya boleh samakan yang golongan kecil anti breastfeeding dengan gay or lesbian maybe yes..saya guna BI sebab artikel tu dalam BI....Menyusukan anak kan fitrah manusia. Kalau sebenarnya ibu-ibu yang tidak menyusukan anak mereka adalah sebab-sebab musabab masing-masing (at least mereka ada bagi juga) tapi janganlah anti..ANTI cam bunyi anti-dadah la pulak. Dahlah..saya suka menyusukan bayi. Titik noktah...sebab? You all google lah sendiri.
Friday, July 1, 2011
Monday, June 27, 2011
Gila Bento...New Hobby
Gambar dari website http://kirstencan.typepad.com/kirstencan/2009/06/daiso.html tapi bento ni sebijik macam saya punya. 24 Jun lepas saya pergi Jaya Jusco semata-mata nak pergi Daiso yang seolah-olah fenomena yang berlaku sekarang ini. Pas ni nak cari beras Jepun dan belajar buat nasi kepal pulak macam cerita Oshin dulu2 tu. Puas aku fikir...cukup ke kapasiti nasi lemak yang muat kat bento ni untuk saiz perut mengembang macam saya...Oh ye saya juga ada lunch bag dan getah pengikat bento ini, di samping sebijik lagi bento yang juga semua berwarna pink. (Tak boleh copy orang punya gambar website banyak2--seolah-olah ketuk kepala beli DSLR mahal...yang kau copy gambar orang punya buat apa?) Seolah-olah sekarang saya sedang dikuasai barangan ala2 RM2 Malaysia tapi Made in Japan..eh China gak ni.Monday, June 20, 2011
Ladang Unta di Makkah
Terbakar!
Thursday, June 9, 2011
anakku juga hypothyroidism
| Hypothyroidism in Children with Down Syndrome | |
|
by Mary J. Shomon
Miriam Kauk, a mother of a daughter with Down Syndrome who was also discovered to be hypothyroid is a patient advocate for Down Syndrome. There is a higher likelihood that their children will have underactive thyroids.
Down Syndrome, with its triplication of every gene on an entire chromosome, has been aptly characterized as a cacophony of metabolic errors. One known study reports autopsy findings of abnormal thyroids in virtually every case of Down Syndrome.
As hard as it may be for people with hypothyroidism to find physicians who will treat their condition, it is even harder to find a physician who is willing to intervene in the many treatable aspects of Down Syndrome.
Recommendations Miriam makes for parents of children with Down Syndrome are:
- Pay careful attention to nutritional status, as zinc and other nutrients that are necessary to healthy thyroids are typically low in DS.
- Insist on having bloodwork done to test for TSH, T3 and T4 levels
- Before you approach your doctor, make a careful record of symptoms, including basal body temperature, and changes in growth and function.
- Join nutritionally oriented DS mailing lists and talk to other parents who are seeing positive results in their own children




