Sunday, December 13, 2009

Excited about cloth pads and pantyliner..but..

Malam ni aku teringin banget mengisahkan tentang keterujaanku yang terbaru...ia bermula apabila aku sudah mula bosan dan tak berapa berminat lagi mengadap internet mencari maklumat CLOTH Diapers. Aku mula berjinak-jinak dengan ...jeng...jeng cloth pad atau tuala wanita kain, kedengaran entry kali ini agak memualkan dan menjengkelkan kaum bapa yang mungkin membacanya? Apatah lagi rakan-rakan diluar sana yang taboo membicarakan topik ini secara bersiaran begini. Alahai..takde yang kontroversinya cakap pasal pad ni..lebih2 lagi dah jadi mak aiii. Kalau anak dara Melayu mungkin aku tersipu2 tersengih gitu.

My First cloth pantyliner datangnya dari jenama http://www.mum7kids.blogspotcom/ . First impression macam jakun sikit. Macam mana gambarkan yek..alah seperti belek2 sambil berfikir apa fungsi butang dua dia...Oh! supaya mudah dilipat empat. Tuh..singkatan bagi jatuh! ###menjadikan aku tahu...laaa, snap kat Un**** ler.

Semasa bulan puasa, period ku datang balik yang merupakan period aku yang kedua selepas 10 bulan tak datang period sejak makan Noriday. (Den dah berenti makanlah maknanya tu)aku mula tersentuh kembali pasal pad. Padahal mudah saja kalau kunaik motor... vroom, tak sampai 2minit dah boleh beli pad dah kat kedai runcit Ah Sern atau Carefour taman aku tu..tapi aku mula tercetus minat nak pakai pad kain. Sebab apa? Sebab aku geramkan fabric2 flannel yang cantik2. Dan sebab utama mungkin sama dengan sebab kenapa aku memakaikan cd kepada anakku. It's about green and being greener. Kembali kepada asal iaitu nature..tanpa bahan kimia, pakai semula..bukan pakai buang, save your money (Ye ke?). Tapi aku yang paling suka ialah sebab ianya Comel, ianya kain, kuulanginya KAIN yang lembut, mempunyai daya resapan yang tinggi dan dijahit dengan penuh kasih sayang oleh orang yang pakar dalam fabric, handmade, crafter..

Cloth pad pertama yang kubeli ialah jenama FreshBots..Freshness . Cloth pad poket. Macam cd anak aku gak. Ada insert dan cover yang berasingan. kalau nak pakai kenalah insertnya dimasukkan dalam cover, Covernya diperbuat dari 1/2 kain flannel dan 1/2 PUL. Aku simpan dulu sebab memandangkan period dah ujung2 tak delah aku nak pakai. Hari2 belek..sambil berkata dalam hati cantiknya... Sambil menunjuk kepada anak2 buah yang baru masuk akil baligh.(Kupercaya lagi awal kita memperkenalkan cloth pad kepada budak lagi mudah matlamat go green itu tercapai).

Maka pusingan itulah sepatutnya kan tiba. Aku pun saja tanya kepada kak Shada about if ada tak jahit cloth pad. Macam biasa kalau kusms dia, mesti ada punya. Dek kerana excited aku pun order cloth pad dari Kak Shada.. http://www.bigeyesshop.blogspot.com/. Dengan harapan aku akan memulakan kehidupan baru with happy period of course.

Kalau kita search under cloth pad kat google.com lagiiii lah berlambak...org jual dengan fuh fabric yang berjenis2 lagilah geram...lagilah kat http://www.etsy.com/.
Sesungguhnya...percayalah aku semakin tak sabar2 menjadi pengguna cloth pad. Menunggu datang period lagak bagai tunggu gaji masuk ATM. Segala koleksi cloth pad telah bersiap sedia tapi..tapi uhuks..uhuks.... rupa-rupanya aku tak berkesempatan untuk pakai pun...sebab NIH.

Wednesday, December 9, 2009

Wedding Day and Bestnya Jalan-jalan....

Gambar persandingan perkahwinan anak buah`yang pertama, cucu mak yang pertama kahwin. Pada 5 Disember 2009 bertempat di Sabak Bernam, Selangor. Kitaorg turun dari Muar ke Dengkil dan ke Sabak Bernam. Anak buahku dipakaikan baju pink? Apakah? Hu...Hu.. Segak. Nampak lembut jer majlis. Arif tidur...semasa majlis. Apalah..
4 Disember 209. Gambar malam di De' Muara, Tepi muara sungai Kg. Hj. Dorani. Sg. Besar. Perjalanan dari Dengkil ke Sg. Besar mengambil masa kira-kira 2 jam. Di sini kita lepak, tidur sementara waktu persandingan pada keesokkan harinya.

Ariff ngan sepupu kembar dan Kakak Jijah.
4 Disember 2009. Gambar interframe Ariff dalam masjid selepas nikah.
3 Disember 2009(Khamis) Sampai dari Muar ke Dengkil. Pukul 8-11. rehat kat r&r seremban sampai 30 minit. Lepas zohor kitaorg pergi ke Alamanda. Mak aiii...letihnya. Maklumlah jalan2 tak de duit. Hee..he..Penat memanjang. PEnat lain pun sama gak.






Tuesday, November 24, 2009

Musim Hujan..Sejuk..Semput


Gendong Ariff....walaupun tanpa pouch, Ariff pun suka digendong belakang macam dalam gambar. Sekarang musim hujan. Kalau hari tak hujan pun, cuaca waktu malam tetap sejuk juga. Setelah sekian lama cuaca berlarutan sedemikian rupa...Dan pada hari ini, aku membawa Ariff ke klinik kerajaan jer sebab aku dengar dan perhatikan anakku yang selama ini agak batuk2 ringan sudah mula tercungap-cungap sedikit dengan bunyi nafas yang nyaring. Kuletakkan telinga ke dadanya dan kedengaran bunyi peparu yang agak sesak dan nyaring seperti bunyi semput? Pembantu perubatan tu kata, Ariff semput. Dibawanya Ariff ke bilik rawatan dan disuakan nebulizer? alat seakan alat bantuan pernafasan bergas ke hidung Ariff. Ariff diam jer kehairanan. Diberi ubat demam, batuk, semput dan antibiotik. Balik rumah atuk hanya sedikit ubat semput dan demam yang sempat dimakan oleh Ariff dek kerana keengganannya makan ubat. Picagari pulak tertinggal kat rumah taman.

Dan malam ini Ariff tidur dengan bunyi nafas yang masih lagi berbunyi langsing. Rasa macam nak peluk semalaman dan bunyi2 itu menjadi normal dan anakku bahagia dan sihat semula.

Sunday, November 22, 2009

Kajian Kes Ariff Pakai Lampin Kain Moden

Ini gambar masa aku dengar penerangan tentang cd dari Suraya.
Apa benda ni? Merujuk kepada lampin kain moden yang telah ku bawa balik dari Support Group Meeting @ Gathering Susuibu.com kali ke-2 yang diusahakan oleh Pn. Siti Nur Suraya. Bermula dengan setakat talk di tempat terbuka iaitu Taman Tasik Permaisuri, Cheras. (Ya Ampun, sungguh takpernahku terfikir akan ke situ satu hari nanti) dengan tajuk "Cloth Diaper and Baby Wearing" mampu menarik punyalah ramai ibu-ibu baru yang rata-rata adalah pengikut forum Susuibu.com ---ehem..ehem..termasuklah aku. Back tu the date...dalam bulan dua gitu. Sebab apa aku ingat sebab selain dari nak dengar talk tu, aku juga nak pulangkan RM2 yang terkurang bayar masa dapat SPECTRA 3 dari HAZARINA.
Dengan harga RM39.00 aku membeli satu cd jenama Lunatots. Aku membawa balik cd ini dengan info2 berguna dari talk itu. SAmbil menjeling-jeling manja dengan baby pouch atau gendong bayi. Mudah sungguh aku membuat keputusan untuk memakaikan cd kepada anakku tanpa banyak persoalan2 yang remeh temeh seperti malas nak basuh, mahal, malas nak basuh, malas nak basuh, susahlah nak pakaikan, mahal..heh hee..
Sesungguhnya kerjayaku lagilah memudahkan aku membuatkan keputusan dengan disokong oleh ibuku selaku atok yang menjaga anakku. It's about me, my todd and my mom or his grand.
Dek kerana tak penyabor nak memakaikan cd kepada Ariff dengan mudahnya aku beli ngan cd www.mum7kids.blospot.com jenama Coolababy (China) bukan satu tapi 6 helai. DApat 2 insert dengan harga RM43 sekeping mean RM258. Oleh kerana bank tak terima angka RM8 tu, aku masukkan RM260. Minta tauke pulangkan duit. Tapi dia tak pulangkan duit tapi bagi aku pantyliner kain moden. Best gak. Purchase with purchase.
Masa ini, hanya suamiku sahajalah yang mengetahui betapa terujaku dengan cd. Sepanjang masa termasuklah dalam kelas masa mengajar asyik ingat cd. Mental betul. Mengingat kembali betapa tak cukupnya cd2 tu aku bercadang nak tambah lagi cd. Kali ni aku sekali lagi berhubung dengan Haza untuk menambah cd. Aku masih ingat aku terima barang tu semasa SGM kali ke-3 di Bangi. Jenama lunatots...tak lama selepas itu aku beli lagi 5 melalui ski kutu.. tapi tak kutu, bayar 2 X. dan tambah lagi 4 lunatots snap buttons tanpa insert. Berdasarkan pembelian sepatutnya aku ada 18 cd kan, Tetapi dek kerana sukanya aku kepada cd sampaikan setiap kali aku beli cd mesti aku simpan satu. Makna sebanyak 4 kali aku beli cd tu..ada 4 cd yang aku simpankan? Ya la tu. Ada 4 yang tak dipakai. 18-4 maknanya hanya 14 cd yang aku guna. Tambah 2 fitted cd jenama Freshbot yang terbaru aku beli. Dan my journey tentang cd pun merudum begitu sahaja. Alhamdulillah. Kerna cd sudah cukup dan aku sudah bertabiat untuk melakukan kerja-kerja mencuci.
Antara kerja-kerja orang yang memakaikan CD ialah
1. Menukarkan lampin bila dah berbau hancing dengan kerap. Satu hari yang biasa hanyalah waktu pagi, tengahari tidur sampai anak bangun(1.00 - 4 ptg) , petang selepas mandi, dan malam sebelum tidur. Hanya 2 kali jer yang melibatkan mak aku yang tukar. Setiap kali tukar harus ke bilik air kecuali malam.
2. Membilas cd hancing. Hanya setelah cd banyak dalam bilik air. Selain memang masa untuk membilas cd hancing aku juga sengaja biar cd yang sudah berbilas dalam bilik air. Kerana nanti ketika aku mandi dapat aku bilas sambil pijak2 macam ala-ala basuh kain kat rumah sewa masa belajar u ngan asrama maktab. Aku suka basuh kain sebab boleh hilang tensen.
Pastu masuk jaring yang hanya berharga RM1 beli di kedai RM1 dan basuh guna mesin basuh lah. Haa...haaa. Tapi kalau mak aku pulak oleh kerana sekurang-kurang 2 cd yang dia tukarkan cucu dia suka bilas masa2 tu juga sebab dia kata lama-lama nanti bau tak hilang, pastu bubuh sabun buku FAB. Basuh ngan tangan. Hebat betul. Aku dah kata basuh pakai mesin...tapi tak..tetap gitu. Mak aku pun suka lampin kain moden. Dia kritik fitted cd tak guna, sebab lambat kering. Aku suka jer.
3. Menjemur cd atau mengangin cd di bawah kipas angin. Kan setiap malam orang dok taman atau rumah batu berkipas angin maka, aku anginkan sekali. Esok pagi..kering sudah.
4. Melipat dan memasukkan insert cd dalam covernya. Satu kerja yang mula-mulanya excited tetapi sejak dah terror dan menjadi kebiasaan ni. Aku malas nak buat. Semua cd dan insert masuk bakul kalau nak guna barulah sibuk nak masukkan.
Untuk pengetahuan memakai cd ni hanya melibatkan aku, anak dan mak aku jer. Sesungguhnya suami, anak-anak buahku yang menolong menjaga Ariff ngan atuk, malah akakku sendiri tak pernah..kuulang tidak pernah pun membasuh cd itu. Selama ni kerja-kerja ini menggembirakan aku, mak (cuma mak aku agak jengkel bila masa nak pakaikan cd ngan cucu dia, meronta-ronta tak pakailah) last-last mak aku pakaikan cd kadangkala terbalik, snap button atau velcro ke belakang, getah ke depan. Sejak anak buah aku rajin datang umah atuk selalunya dia yang pakaikan.
Sekarang anakku dah satu tahun 4 bulan masuk 5 bulan. Tiada satu haripun yang terfikir yang memakaikan cd itu susah, leceh atau mahal. Yang pasti aku tidak lagi membeli pampers banyak2. KAlau emergency iaitu time travel aku beli pampers wat backup dalam 8-16 keping yang itupun lambat nak habis.
Ini mungkin pandanganku tentang kain lampin moden bagi aku yang bekerjaya dan ada duit. Orang yang kata cd mahal tu pun sebenarnya dalam kalangan orang yang bekerja juga. Malah bergaji lebih besar dari aku. Berilah peluang kepada diri untuk mencuba dan cubalah dengan sederhana, Insyallah apa yang dikata susah, mahal dan leceh itu tidak berlaku sebenarnya pun.

Monday, November 16, 2009

Saya 'attend' program ni


Selama dua minggu, hormon adreline aku bekerja keras dan menjadi pemangkin kepada daya usaha ku yang selalu lari caM siput ni. Yalah...selama dua minggu aku pulun nanda kertas sekolah. Kertas BM tu tanpa henti...tercungap-cungap cari pen merah hilang, berkejar-kejaran ngan Arif yang minta perhatian. Sehingga aku mcm 'surrender'. Dalam pada itu, sempat aku 'attend' program di atas.
Sebenarnya aku dalam dilema untuk menghadiri program di atas. Sebab Can i make it? Skip one day to right paper. But, yes! i make it. Dah janji ngan penganjur. Mengapa mesti dalam dua minggu ini.
Moga-moga ilmu yang diperolehi diberkati Allah.
Ustaz itu berkata....Penyusuan ibu: kembali kepada fitrah. Ada beberapa point yang menarik:
1. Menyusu sebagai tanda keimanan kepada Allah. (Syukran kerana mengingatkan insan yang alpa ini) Tiada yang lebih indah dari mendapat cinta Ilahi. Kasih Allah sedangkan hamba-Nya sering sahaja lupa. Bagaimana hamba boleh cuai dari mengingati-Mu. Demi-Mu tujuan hidupku.
2. Sambil tersenyum sinis. Apa yang dok dibincangkan atau "talk" program ini adalah untuk membina generasi. Ulang semula MEMBINA GENERASI. Kerana sekarang ini pun sudah mula berputik generasi kelembu-lembuan. (Ini bukan aku yang kata ye). Generasi yang ada sekarang ini mula berperangai ke####. Eh, pacal yang hina ini tak sanggup mengungkapkannya. Mungkin aku kurang bersetuju kot. Sebab... bukan sebab susu lembu atau susu tepung punca utamanya. Kan pernah dengar tak "Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya". Eh..mak tak sanggup nak beri pendapat. Alah..kalau tak sebab punca utama tapi sedikit2 ada kot.
3. Manalah tau nak jadi bisan. So, bisan ni nanti mestilah bisan yang menyusukan anak sebab generasi yang kita nak lahirkan ialah generasi yang anak-anaknya dibesarkan dengan susu badan. Yang sihat....dan 1001 kebaikan yang terkandung dalam susu ibu. Tak susah memberi xclusif 6 bulan pertama tu. Percayalah. (Tak susah cuma kadangkala agak menjengkelkan bagi aku ni yang bekerja dan diberi kerja yang oleh org yang menganggap seolah-olah aku ni macam anak dara dulu2 huh! Pukul rata jer. Tak nak2 nanti kata menolak kerja lak)
4. Ceramah Dr. Faridah penganjur hebat. Yalah Dr. yang bagi ceramah. Aku percaya. Dia kata, tak salah ibu tu bagi anak dia susu tepung, tapi salah kalau kita tak memberi maklumat yang betul tentang penyusuan ibu. Seseorang ibu itu sepatutnya diberi sepenuh informasi tentang penyusuan ibu dan cara-cara pengendalian susu ibu bila tiada disisi bayi atau tidak. Apa yang berlaku di tv sekarang ni. Asyik iklan2 susu ibu, bertubi-tubi, termasuk pengeluar yang berlumba-lumba menghantar susu ke kawasn yang ditimpa bencana. Tapi pada masa yang sama informasi tentang kebaikan susu ibu hanya terhad kat hospital dan nurse. Pengetahuan tentang susu ibu sepatutnya bersifat seimbang dengan iklan-iklan...haaa haaa... barulah selepas tu ibu-ibu boleh buat keputusan sama ada mahu memberi apa-apa jenis susu pun kat anak diaorang. (Hai...akak ipar aku yang dok kg pun boleh dapat informasi tentang susu ibu nikan lah pulak orang berpendidikan) Yang penting jangan jemu-jemu bercakap tentang kebaikan susu ibu walau dimana anda berada. Aku sebenarnya obses pasal susu ibu ini as new comer dan ditambah dengan pemegang ijazah sains maklumat...tapi depan org-orang tengok orang gaklah, takkan pakai belasah jer. Nanti kena smash balik...terutamanya bapak aku. Peduli apa dia susu ibu susu tin bagai...hu hu.
5. Ceramah Kaunselor Pn. Kamariah. Bagai manik-manik mutiara setiap perkataan yang dilontarkan olehnya. Memang betul, ibu-ibu mencipta alasan supaya tidak menyusu baby. Tapi akupun tak boleh nak komen sangat sebab aku pun dah terlalu dewasa masa dapat anak sulung. Yang sama umur ngan aku dah beranak 3, 4 dan 6 orang pun ada. kata aku mengajar dia. Biarlah aku jer yang belajar. Aku sukalah gi program-program macam ni. Makin banyak pergi program2 macam ni makin bertambah ilmu pengetahuan aku since aku dah decide takkan ambil Ph.D.
Dan yang manisnya...sweet memory ialah aku ialah orang pertama yang dapat cabutan bertuah. Emmm...pertama ke? Dapat 3 bekas coklat yang fuhhh...sedap betul.
Penghargaan buat suamiku..babang yang sudi menghantar aku gi program ni. Balik dari Sremban singgah kat jalan Rembau-Melaka, beli ayam kg salai. Balik umah masak ungkep. Lagi-lagi bertambah sedap lah memory ku pada hari itu. Dan keesokkan hari dan sehinggalah entry ini ditulis hormon adreline aku masih sedang bekerja keras untuk menghabiskan apa-apa kerja yang mesti disiapkan sebelum jumaat ini.

Saturday, October 31, 2009

Tepek gambar hantaran kahwin...


Hari ni last aku berblog. Kerana nak bercuti selama 2 minggu dari berblog.... Tepek gambar hantaran aku 2 tahun lalu. Tema maroon. Selain maroon aku minat gila warna biru.

Semua kotak hantaran di atas termasuk hiasan dan aksesori dibuat olehku... Ntah bila lagi ada peluang untuk mereka dan berkreativiti. Sungguh kupuas hati, potpori buatan tanganku berada di dalam kereta kawan-kawanku di sekolah.

Thursday, October 29, 2009

Imported Milk Booster II

Parcel dari US sudah tiba. Mengambil masa 20 hari untuk tiba daripada first saya order. Tak tahu mana yang saya lebih excitedkan sama ada barangnya atau proses pengorderannya dan perasaan mendapat parcel itu.

Inilah barangnya. Rich milk tea. Mungkin saya rindu akan aromanya. Tambahan pula nak mengodek laman web dengan membuat pembelian tidak berhemah online antarabangsa. Emmm...ok la. Guna internet ni bukan sahaja budak-budak student nu yang meneroka benda-benda baru, tapi mak student ni jugak yang lebih-lebih.
Gambar di bawah diambil sebelum pengorderan dibuat. Menunjukkan pengalak susu ibu import yang pernah aku gunakan yang seakan-akan seperti untuk menambahkan susu badan tetapi alasan sama jer kalau guna cara-cara yang mak-mak dulu buat iaitu makan jantung pisang, makan tahu, minum susu soya dan minum air banyak. Tidak dilupa satu benda yang org lupa iaitu makan nasi. Huhh huuu.. Susu aku sama jer. Cukup untuk Ariff.

Tadi siang ada seorang kakak tu tanya, "susu kau ni cukup ker untuk anak kau" (maksudnya tak perlu bantuan susu tepung kot) aku jawab "Cukuplah untuk dia sorang". Kena gelak gila, sebab ada kakak lain menjawab, "abis, memanglah anak kau sorang", takkan nak bagi suami kau pulak. (sebenarnya ayat aku tergantung, "cukuplah untuk dia sorang", kalau ada anak lagi tak tahulah cukup ke tidak. Fahamkah?)

Saturday, October 10, 2009

MySparkling eyes...



Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam... Firasatku selalu menelaah diri seseorang berdasarkan hasil kerjanya. Masih ingat tak yang saya pernah memaparkan entry tentang poster-poster Susuibu.com yang saya nak beli tapi tak mampu. Sekarang poster-poster itu ada dijual di momslittleones. Saya dah try banyak kali nak beli..tapi sistem kedai tu ada masalah. Gosshh...(Masa jual kat Kajang mahal.. tapi tengok kat kedai online dia dah murah pulak). Jurufoto yang menangkap gambar poster itu ialah Pn. Milin. Saya kenal dia melalui gambar-gambar sekitar Support Group Meeting Susuibu.com yang dipublish di blog dia. Ada jiwa dalam foto dia seolah-olah berkomunikasi dengan orang yang melihat foto dia. Contemporary Art Photo namanya...
Gambar Ariff di atas diambil oleh Pn. Milinlah. Dia sedang mengandung 5 bulan anak keduanya. Semoga dia dan baby mendapat rahmat dan lindungan Allah. Dan tidak berhenti-henti berkarya.

Friday, October 2, 2009

Imported Milk Booster


Hari ni aku nak memperkenalkan 3 produk yang aku pernah cuba dan sedang percubaan dalam usaha untuk menambahkan susu badan...dengan harapan dapat menambah stok susu ibu buat bekalan Ariff semasa mamanya pergi bekerja. Tetapi sebelum kuperkenalkan dan menyatakan review aku perlu juga mengingatkan bahawa Ariff.
i. sudah berumur 1 tahun 2 bulan yang mana susu ibu bukanlah lagi sumber makanan utama
dia. Pada ketika ini sudah sepatutnya Ariff diberi makanan biasa. Penyusuan Susu ibu perlu diteruskan sehingga umurnya 2 tahun. Check. Nak sedapkan hati yang anakku kurus bukan sebab minum susu ibu.


ii. tidak menyukai minum susu ibu melalui botol. Tetapi sudah diajar bahawa "dalam botol susu ada susu ibu bila mama gi kerja kau harus minum susu itu" Hanya berjaya menghabiskan susu itu ketika dia sudah tidur. "Ini diperkuatkan lagi dengan hujah makku yang menjaganya. Check. Jadi, analoginya kalau aku bagi susu Nespray atau susu Dumex yang bermakna aku kena beli kebarangkalian dia minum berapa oz dia ambil sama macam kalau aku bagi susu perah. Kalau aku nak bagi susu formula maknanya aku kena ajar dia minum dengan mak aku sekali cara-cara menyediakan susu. Aiseh! leceh betul. Faham tak? Semata-mata nak menggemukkan dia, aku terpaksa start from zero balik. Pastu susu tin itu akan mengeras sendiri sebab cikgukan banyak cuti. Anakku tidak mahu botol kalau aku ada. Dia nak nenen.


iii. punca anakku kurus ialah dia selesema, batuk dan sedikit demam yang berpanjangan, semenjak dia berumur 1 tahun. Asyik nak main luar rumah, main batu tangan kotor punca penyakit menyebabkan dia tidak berselera makan. Sementelaah bulan puasa hari tu...siang mamanya malas masak. Lagipun, selepas sembuh ni, nampaknya dia sentiasa ada makan walaupun sikit.

Fikir punya fikir. Dan apabila difikirkan balik dengan menimbang tara secara pro dan kontra. Aku tak perlu membelikan susu NEspary atau susu tepung jenama apa-apa. TApi menambahkan bekalan stok susu perah kepada dia. Mungkin dari 4-6 oz sehari kepada 8oz sekali minum tu. (dah berangan nak beli botol 8oz yang lawa-lawa lah pulak). Masalah yang timbul sekarang ialah aku tak pernah berjaya mengepam (sekali pam) dapat 8oz terus. Balik rumah pas kerja bagi susu direct kat Ariff dan pam mesti dapat dalam 4oz je. Then, esoknya sebelum pergi kerja dapat lagi 2 oz.

Produk 1
Milkmaid Tea uncang dari Earth Mama Angel Baby
First time aku beli teh ini ialah ketika aku pergi ke kedai MomsLittleOnes di Seri Kembangan. Trial set. Masa tu aku ambil dalam satu sudu kecil dan masukkan dalam cawan mug, rendam dengan air panas baru mendidih dan tutup ngan cawan piring selama kira-kira 1 jam. Rupa-rupanya bahan yang diorang guna untuk jadikan teh ni ialah halba dan jintan putih dan lain-lain. Orang kata rasanya pelik...tapi aku rasa tak pulak rasa pelik. Biasanya jee...
Selama anak aku setahun 2 bulan ni aku dah sempat menghabiskan 3 pek (16 uncang). HArganya lebih kurang sama ngan cloth diaper anak aku. Mahal betul....sampai aku tertanya-tanya aku ingat nak beli direct ala-ala jualan langsung tu. Mesti dapat murah kot. Menambahkan susu badan? Actually produk ni bertindak balas secara mesra alam ngan badan kita. Bila pam susu terasa lancar. Aku amik teh ni apabila ku rasa pengeluaran susu agak malu-malu kucing...iaitu time dekat-dekat nak datang bulan. Lagipun bila amik teh ni masa nak datang bulan agak kurang sikit stress tak terjerit-jerit marah murid tanpa sebab Aku bagi **** dari 5.

Produk 2
Wildroot Botanicals Rich Milk Tea
Aku order herba ni dari MomsLittle Ones juga. Ia datang dalam bentuk campuran halba, bunga, jintan putih, ada rosemary itulah inilah bla..bla.... Masa bapak aku tengok benda ni dah awal-awal sound. Opo ngke na? Kue ojo macem-macem. Larang tue. Opo bende pakanan sampek telon songo ringgit. Ojo ngikut iklan-iklan. Aku dengan senyum-senyum sumbing. Ala tak ada bendelah pak. Campur ngan air tu wat tambah lancar susu badan. Huh! bapak aku sahut balik.
Memang agak mahal bila kita bandingkan ngan harga baju-baju anak, or berapa banyak barang dapur yang boleh dibeli ngan jumlah rm39 tersebut. Bila dibanding ngan harga susu tepung yang mungkin kita boleh ganti ngan susu badan itew. Harga Jauhari yang Mengenal MAnikam.. dan aku pun sendiri tak mengerti mengapa daya ingin tahu dan ingin mencuba ni kuat sangat. Mungkin kerana kuasa beli pun kuat kot.
Produk ni aku ambil juga dalam satu sudu teh dan rendam dalam air panas dalam satu jam sampai kembang dan boleh diminum. Rasanya...Fuh! sangat sedap dan wangi. Aromanya memberikan kesan tenang buat peminumnya. Masa aku tulis blog terbau-bau aroma dan rasanya yang sweet2 fruities. he...he... Aku tak ngulang order sebab susah nak buat dan alahai dapat sikit lak tu. Aku recommend dan ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih murah kot. Patutnya produk harga dalam belas-belas rm jer. Tapi sebab import. Welll...aku bagi ***** 5/5 bagi rasa dan aroma. Kesannya ke atas badan ku juga sama macam aku amik Milkmaid tea tadi. Aku try sekali dah sebab tak praktikal.

Update ---Semalam aku search under Wildroot Botanical di Google. Jumpa laman web dia dan terus order 2 Rich Milk teas ni. Harganya lebih kurang sama yang dijual di Malaysia. Dah sampai parcel kucerita lagi!

Produk 3
Sacred Tea for Nursing Mothers.
Aku beli di Fabulousmom.com Dia buat promosi di emel aku. Dia bagi Newsletter kat emel aku ler. Ada offer potongan %. Dari 59.90 tinggal rm35. Bila aku dapat produk ni. Laaa...banyaknya halba dalam campuran dia. ada jintan putih bla...bla... Aku kurang puas hati sebab. campurannya agak limited berbanding ngan harga. Aku beli sebab dah murah yang mampu dan reasonable lah harganya bagi first timer nak cuba.

Kesimpulannya, menceburi bidang penyusuan ibu bekerjaya amat mencabar tetapi pada masa yang sama menyeronokkan. Ada banyak benda yang boleh menjadikan kita obess tapi buat masa sekarang aku bagai tak dapat menyekat diri dari terlibat dalam dunia ini.

Monday, September 28, 2009

Susah Hati Berat Badan Ariff ni....Suatu Muhasabah Diri.

Aku susah hati betullah mengenangkan berat badan anakku. Anakku kurus jer. Patutnya berat badan dia mencecah 9kg tetapi masih di tahap 8kg lagi. Mungkin ini bahana daripada tinggalan gaya hidupku dahulu dan masih juga diamalkan sekarang. Aku seorang yang tidak kisah pasal masak-memasak. Tak cerewet tapi sensitif kalau orang komen rasa masakanku. Mungkin sikap ambil ringan pasal corak pemakanan dan selera anak mendorong kepada kemerosotan berat badan anakku. Selain dari ayam dan telor ayam, aku tak berusaha nak cari benda -benda lain yang boleh meningkatkan selera anakku. TAk kreatif kata orang. Nak gi jumpa pakar kanak-kanak... ntahlah. Mestikah ada nilai terhadap sesuatu. Mungkin selain daripada berangan nak mengurangkan dan "cut" corak perbelanjaan aku yang ter'over' bugjet aku patut juga berangan mat jenin soal pemakanan anak-anak ni. Lama tak buat makaroni goreng ala carbonara. Cuba aku try masak hari esok. Adakah anakku akan berselera makan? Dapatkah aku menggalakkan perkembangan berat badannya. Aku asyik ingat nak bagi susu Dumex, Nespray atau apa-apa jenama susu tepung. Macam anak-anak orang lain yang tembam2. Aku yakin masih ada penyelesaian kepada masalah ini.

Mungkin aku patut beli ikan bawal, siakap, daging hancur. Susahnya menjadi ibu gemuk yang anaknya tak gemuk berbanding ibu yang anaknya chubby2. Cuma satu yang tak dapat kubayangkan sekiranya kerana kemerosotan berat anak itu berpunca daripada kesilapanku. Maka anakku menjadi korban. Oh, tidak!

Saturday, September 26, 2009

'EI-DUL FITRI AND ARIFFIN

Gambar family suamiku ...yang baik hati. Hari pertama raya...menu ialah ketupat nasi, ketupat pulut daun palas, rendang daging, ayam masak kicap, lodeh, sambal jawa, rendang kerang, sambal tumis, ayam masak kari, etc. tak ingat. Banyaklah...ni first time raya rumah mertua. 2 tahun lepas aku dok umah mak sendiri, jadi.. tahun ni beraya rumah mertua. Besar keluarga suami aku 13 orang+9 ipar duai+ cucu 21?=kiralah sendiri. ......MAKAN BESAR. Ariff, Husna, Madiha, Timah dan Irah. (Sepupu-pupu yang witt...witt...)Tak sabar nak tengok 15 tahun kemudian. Harap2 lagi 15 tahun blog aku ni makin berkembang dan boleh pulak diwarisi oleh anak cucu. Jangan Internet jadi barang antik sudahlah....
Aku rasa handsome budak Ariff..do you feel the same? Suatu kebimbangan ibu-ibu di Malaysia, anak aku cukup makan kah? Arif kurus tak kering Kopiah di atas merupakan kopiah pertama Ariff, manakala baju kurung dan sampin adalah pemberian ikhlasfillah mak Irah. Aku ingat Ariff tak nak pakai kopiah tersebut tetapi, rupa-rupanya dia mengekalkan kopiah sehinggalah habis beraya kira-kira jam 8 malam. Itupun setelah habis menjelajah rumah buyut, atuk-atuk sedara di Benut. Rahsianya? Aku jentik2 tangan Ariff setiap kali dia cuba nak buka. Mula-mula memang payah..tapi bak kata pepatah...mentor akan meniru protege. Protegenya ayahnya dialah. Lalu Ariff pun berkopiah. Pas dari hari raya pertama..Ariff tidak berkopiah lagi kerana protegenya juga sudah tidak berkopiah lagi.



Jeng---jeng memperkenalkan mak dan ayah Ariffin di pagi-pagi Hari Raya. Aku masih mampu tersenyum walaupun sakit tekak yang perit amat.
Raya tahun ni sangat berbekas di hatiku walaupun aku tidak tunjukkan. Syahdu..yang semua kesyahduan itu ku telan sendiri. Kekerapan kena sakit tekak, batuk, ulser mulut yang kemudiannya diikuti oleh anakku juga yang selesema berpanjangan, hilang selera makan, menyebabkan sedikit nikmat hari raya dan ramadhan berkurangan. Mungkin wabak Influenza H1N1 tak kena direct kat kita tapi...anginnya tu. Angin...yang tak berkesudahan. Harap-harap semua bertambah baik. SELAMAT HARI RAYA dari Muhammad Nur Al'Ariffin bin Mohd. Asri dan Siti Suzana A.Rahman. Ikhlasfillah.blogspot.com



Aku fikir aku

Sunday, September 6, 2009

Bigeyesshop Tote Bag Lagi...

Ariff menjadi model beg tote Big Eyes Shop hasil jahitan Kak Shada dan rekaan dia juga. Aku memang peminat craft (masa kecik-kecik dulu suka main jahit-jahit). Takkan aku pulak yang nak jadi model dan Ariff amik gambar ni? ayah ariff kerja..geleng kepala Street Smart - keselamatan jalan raya di Hotel Trader, Muar. Tepi muara sg. Muar. Kenapa aku suka amik gambar ngan poster..? Cute ker..tak lah nanti tak de kenangan pulak.
Sejak jaman belajar di universiti aku sukakan beg kain yang ada sentuhan seni...kalau nak iikut-ikutkan ada beberapa jugak beg-beg yang macam tu. Tanpa ku sedari...minat yang tidak kusedari secara tidak langsung ini membawa kumenjelajah di alam maya je lah. SAmpai London dan Amerika Syarikat tu.

Saturday, August 29, 2009

Cerita Mak Ariff Pakai Baju Favourite...

Baju kurung biru, langsir rumah biru dan tikar getah biru hasil penghias dalaman Cikgu Siti Suzaina. Bergambar masa dalam pantang lagi. Aku banyak baju kurung tapi baju ni yang berkenan dihati.
Buat pakai masa kerja kawin rumah kawan. Digayakan dengan tudung biru orang kasi. Gambar masa mengandung 7 bulan tu. Tak nampak perutkan? Ni la member-member sekolah yang cool, semua baru-baru kat sekolah tu. Cikgu math, english, sejarah aku lah tu. Tapi cikgu pengantin dah dapat pindah ke JOhor Bharu. Sekali minta terus dapat. I miss u JAiniah...muuah!! Banyak kenangan kena tinggal je aku kat Convent tu. Huuu...hu.. Seorang-seorang cikgu pindah sekolah.

Gambar masa mengandung 4 bulan, baju biru lagi. Gambar rombongan JKKK Kg Serom 2B a.k.a kampung ke puncak PAnjang Sari, Pagoh. Jauh gila dari pekan PAgoh dan dari jalan besar. LAdang ternakan lembu dan kambing terbesar di Pagoh. Kawasan siapa? TPM le..Anak Cikgu Mat Yassin tu. Ladang lembu ni kepunyaan Abang Shaiful usahawan berjaya yang juga sepupu suami aku. Kebetulan je aku ni bersaudara ngan dia kerana dalam aktiviti JKKK kg ni aku ni tukang memenuhi korum sebagai AJK JKKK. Masuk prestasi tu..


Gambar HP 20 April 2008 masa ni Hari Jadi Anak buah belakang rumah. Belanja makan KFC. Biru lagi



Baju favourite... sebenarnya bagi otai-otai blogging cam blog-blog mak-mak yang selalu aku follow yang aku dok rajin berjam-jam tahan internet sebab baca blog org. Mereka ni selalu buat contest...contest pengantin paling uniklah, babywearinglah, contest anak comel...tapi aku belum ada kekuatan untuk join selepas kalah di tangan otai blog dalam pertandingan gendong bayi. It's about marketing your blog. Kalau ada contest baju favourite aku nak join... suka-suka

Friday, August 28, 2009

Do..Do..Tidolah Sayang...


Doo..doo..Tidurlah sayang aa..aaa..
Doo...doo...Tidurlah sayang aaa.aaaa
Doo..dooo...Tidurlah sayang
Tidurlah sayang...lah sayang..
Tidolah manja..
(Sila ulang-ulang sampai anak anda tertido dengan melody Melayu Asli)
Tapi awas!! lagu ini mampu juga membuatkan penyanyinya tido dan bukannya anak anda yang tido.

Wednesday, August 26, 2009

Ariff ada CD baru...

EASI fitted Freshbots gambar bear. Baru dapat semalam. Aku beli di www.anaqi.com RM34. Bila abang pos laju datang terus kubuka parcel dan tunjuk kepada Ariff. "Rip, mama beli CD baru rip" Ariff macam suka jer. Mungkin dalam hatinya dia berkata "la..la...la..". LAntas ku balik kg terus cuci dan jemur (alamak! lupa nak jemurkan baju mamaku pulak).
NI, Ariff ni nangis bukan sebab tak nak pakai cd baru cuma dia marah tu sebab mama tak kasi dok dalam bilik air basuh cd. Hari-haripun kau basuhkan cd mama...petang ni tak payah.


Hhaaa.. tu dia Ariff ngah berendam bergambar di samping cd-cd yang belum dicuci. Dia dok lama-lama dalam bilik air sebab basuh cdlah tu.


CD Freshbots ni sebenarnya taklah keluaran terbaru, dah lama dah ada dalam pasaran para ibu-ibu di Malaysia cuma tidak dipromosi Cloth Diaper ni kepada aku macam Lunatots. MAlah kewujudannya di MOm Little Ones pun aku tak perasaan. Cuma apabila aku sudah mula memakaikan cloth diapers kepada aAriff barulah minat sakan dengan pelbagai jenis CD. Setelah mempunyai 12 cd jenis pocket dan one size yang dipakai untuk Ariff (masa beli tu banyak) tapi sibuk-sibuk promote menunjuk kat kawan-kawan dan simpan kat rumah buat koleksi. Masa SGM Susuibu.com di Putra Jaya aku tengok diaorang buat promosi CD ni. Aku ni masa tu buat-buat tak minat.
Aku ni bukan pembeli yang cerewet. Dah pakaikan kat anak pun malam ni. So far berpuas hati banget. Huu huu...

Tuesday, August 25, 2009

Baru 2 Tahun!! Selamat Pengantin 2 Tahun..

Tarikh kahwin 25 Ogos 2007...Berkenalan sekitar bulan April 2006 di tempat aku bekerja.
Today's is our 2nd anniversary, i wish a slice of Secret Recipe's cake. Cake with strawberry on top of it. Then, walking around reacreational park like Butterfly's Park at Ayer Keroh Malacca. Taking family photo with professional photographer. Exchange gift. I wish to giving a ring to my husband with jade then my husband give me a gold bracalet. Wish each other. But...but... It just my imigination cause..

TodaY...ALL NOT HAPPEN AT ALL. aKU Just duduk rumah tidur. Suami gi kerja lak langsung tak balik sampai malam ni. Juadah buka pun tak makan lagi. Aku masak tom yam ayam, goreng telur dadar, buat bubur kacang hijau, dapat kuey tow jiran bagi dan kuih pulut goreng pun jiran bagi. Hu...Hu...

Kalau babang baca ni...harap dapat alert!!

Sunday, August 23, 2009

Umur Saya Satu Tahun 1 Bulan. Leh kita berkenalan?


Atuk Pah dah keluar hospital. Yeaay!



Minggu lepas kehidupan rutin yang gelabah nampak sudah berakhir, kerana mak aku sudah boleh balik dok rumah semula. TEngok tu gambar atuk Ariff yang seolah-olah kelesuan dalam hospital, tetapi sebaliknya aku dan cucu-cucunya bergambar sakan. Atuk Pah ni dimasukkan hospital sebab demam, batuk, check tekanan darah tinggi naik 200, gula dalam darah 23, batuk tak keluar kahak, semput nafas turun naik. Sian mak..asalnya aku fikir sebab jaga Ariff, tetapi bukan sebenarnya. Dua hari sebelum mak masuk hospital rumah kami buat kenduri bulan Syaaban. Mak tak pernah buat kerja lebih maksudku menggunakan pergerakan yang maksimum. Selama ini mak jaga Ariff pun sambil santai-santai,. Bila dah bosan nanti hantar rumah abang aku kat belakang jer rumah. MEngadakan kenduri itu bagai satu tekanan kepada badan bondaku yang sedia lemah.


Tak boleh ambil gambar dalam hospital sebenarnya, malah membawa budak kecil bawah 12 tahun apatah lagi baby toddler macam Ariffin lagilah dilarang. Aku bawa juga budak kecik ni sebab atuk nak jumpa. Asal tak de pakguard jer, pakai redah je masuk. Tahap kesedaran rakyat Malaysia ni masih rendah contohnya aku dan family.kalau dah kena baru diaorang nak insaf. Merujuk kes nfluenze H1N1.
Apa-apapun Selamat Berpuasa kepada diriku sendiri dan sesiapa yang membaca blog ni. Untuk pengetahuan semua, bulan puasa ni benar-benar mencabar badanku yang menyusu sepenuhnya anak. Pam susu pun dapat antara 1 oz- 2 oz je. Pastu Ariff pulak meragam jer sebab lapar-lapar tapi bila kasi makan tak nak pulak. Cuma yang aku belajar dari pengalaman ialah Ariff ni akan mengikut aku bila supply sedikit dia pun akan demand sedikit. Sebagai bukti hari ini, siang dia kurang makan harap menyusu jer then masa buka banyak pulak dia nak makan. So, malam ni dapatlah dia tidur puas tak selalu terjaga minta susu ibu. Dapat kilang susu ibu produce secara tenang gak. Fahamkah? Semoga anakku hendak makan banyak-banyak dan jadi tembam taklah macam sekarang melidi jer. Huuu Huuu..


Saturday, August 15, 2009

Ku Lihat Hijau!

Gambar ini diambil di Kg. Jergoh, Lanchang, Pahang di rumah mak sedara aku. Aku dan son bergambar berlatar belakangkan landskap yang dibuat oleh sepupuku a.k.a abang Roslan. Kenapa aku rasa aku cantik dan wajah nampak tenang kat gambar ni..pada hal muka yang sama bergambar tapi kurasa tak lawa pulak kat different2 picture? Haaa...the secret is back ground. Bila back ground somethings like this memang fokus nampak menarik? Oh, seronok sekali-sekala dapat gi Kg. Jergoh ni. Air paip diaorang ialah air gunung...Abang Roslan kadang2 masuk hutan buru binatang buas. Air sungai masih boleh buat berkubang. TAnah subur boleh tanam pokok-pokok buah. Pada musim buah-buahan aku pernah kumpul 9 jenis buah. Durian, rambutan, manggis, cempedek, etc. lupa. Tapi 9 arrr...

Tensi betul bila gadjet2 untuk mengupload gambar dari handphone tak ada.

Tuesday, August 11, 2009

Bekerja dan masih memberi susu ibu kepada anak? Ya.

Gambar di bawah diambil semasa perjumpaan Hari Susu Ibu di Dewan MPKJ. Cuba tengok aku ambil gambar berlatar belakangkan apa? Poster-poster. Orang sibuk-sibuk kat dalam dewan bergambar dengan kawan-kawan, aku bergambar dengan poster lak eh. Seni fotografi dan aku sangat menghargai seni itu dalam poster2 itu ada nilai estetika dan makna mendalam...Aku nak-nak-nak sangat poster itu!!! tapi suamiku jeling-jeling lantas bertanya pada kakak yang jual tu. Kakak dari MOM Little ones, "kak, berapa poster ni?" Cantik eh? RM25 dik, 4 keping per set tu RM100. Peh! baik aku curi yang kat dalam tu je Tak jadi. Aku ambil gambar je le.

Bertambah lagi keyakinanku untuk terus memberi susu ibu kepada anak bila Pn. Rita presentin english Penyusuan Ibu patut Diteruskan walaupun sewaktu KECEMASAN. Siap ada tayangan gambar slide2 perang2, taufan, ribut. Memang patut ada orang yang memperjuangkan susu ibu ini. Ceh! dalam hati tu siap berkata, boleh tahan gak perjuangan orang-orang ni ye. Bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Untungnya aku sebab Allah tunjukkan mana yang terbaik untukku. Sesungguhnya,,lagi jauh di sudut hati aku Allah tidak meninggalkan hamba-Nya iaitu aku walaupun aku semakin hu huduniawi . Teringat member satu sekolah cakap, "Eh, mu nak gi ke Kajang nu, jauh tu" Sanggup mu". Kalau ku tak pergi Kajang mungkin hari Ahad tu aku buat pergi sana la sini la yang mengambil masa berjam-jam gak kot.
Kali ni tiba-tiba aku nak tulis pasal susu ibu. Sewaktu di Universiti Malaya (1996 -2000)aku pernah menghadiri satu seminar tah... penceramah tu ada bilang tentang kebaikan susu ibu. Dia menyelit-nyelit tentang kebaikan susu ibu. Seingat-ingat aku lah mungkin itulah kali pertama aku dengar orang promote susu ibu. Hairankan? padahal selama itu sebagai org awam tv dan org asyik promote susu tepung. Sampaikah bapak aku dan mak aku yang orang kampung tu pun terpengaruh. Hasil berkatkendurikempen Misi Ani Klinik Desa Serom 2B (klinik desa aku le tu) yang berjam-jam sembang kat klinik (mentang-mentanglah tak ada pelanggan) ahaks! berjaya juga dia mempengaruhi aku untuk memberi susu ibu kepada anak aku. Aku ingat aku dah tak payahlah mimpi untuk memberi susu tepung kepada Ariff tu. Pam susu sendiri dan bagi je kat anak aku. KAn dia tu anak aku! Tak susah pun. Yang menjadi susah tu ialah otak mental kita yang dah dipengaruhi oleh iklan-iklan. Memanglah aku tak kaya pun sebab tak beli susu tepung. Tapi aku rasa puas hati kerana aku dapat maklumat yang sepatutnya aku terima sebagai ibu baru. Misi aku setakat ini ialah untuk membetulkan pemikiran aku sendiri tentang susu ibu sebelum aku sibuk-sibuk nak kempen kat orang lain. TApi kat sekolah aku dah ada seorang lagi cikgu yang sedang mengikut jejak langkahku. He.. he.. aku jual SPECTRA 3 aku kat dia. (sebab apa aku aku jual pam tu ek?) Sebab aku tahu dan yakin yang SPECTRA 3 tu boleh menjadikan penyusuan eksklusif dia berjaya setelah dia frust pakai pam elektrik Pureen.

Monday, August 10, 2009

Musim Jerebu

Muar sekarang musim H1N1 dan jerebu. Di sekolah aku convent Muar hari-hari ada aja pelajar yang balik. Aaala ada yang menipu tu. Ada ke satu kelas mula-mula demam seorang je pastu jadi berdua dan bertiga. Ceh! PAda firasat aku ni... sebab apa dalam satu karangan yang bertajuk "Buku Catatan" pelajar, ada seorang student aku mengaku yang dia ponteng sekolah khas (sekolah agama Johor) lepas rehat dalam karangan dia, sebab demam la tak sihat la. Jadi tak mustahil la boleh bagi alasan yang sama masa kat sekolah menengah. TApi mengapa masa karangan? Masa BM. Tambah musykil aku.

Friday, July 31, 2009

Muslimah T-Shir for Sale






Black Orange RM38 (Ni baju aku. Size XL) Sebenarnya size aku L tapi kena pakai XL bagi meloloskan bahagian punggung. lebar
MAroon Pink (Very Sweet) RM38 (Avaiable L(2), XXL (1)

Lovely Pink RM38 gak (SizeXXL ada 1), Size XXXL ada 1 (RM42)



Mencari T-Shirt Muslimah? Di IPTA khususnya dah jadi trend siswi-siswi pakai T-Shirt sebagai pakaian casual. Sesuai digayakan dengan seluar slack? jean ketat, skirt labuh secara eskusif dan sebagai baju sukan pun ye. Sebagai seorang guru kadang-kala ada terasa ketidakselesaan memakai t-shirt sekolah walaupun berlengan panjang. Kerana kelabuhan bahagian bawah tu. T-Shirt muslimah ni cantik dan look nice bila dipakai seseorang yang berketinggian 5' keatas (150cm) dan tambah very beautiful bila dipakai oleh seseorang yang berketinggian 5'5" ke atas. Aku pakai pun nice jugak aku 4'8" (148cm)cuma agak terlalu labuh. Sesiapa berminat boleh tinggal komen.
.

Sunday, July 26, 2009

Ariff dan Air Kodial MARDI


Aku mengajar di SMC Muar, Convent Muar. Beberapa minggu lepas aku join Hari Keusahawanan dengan menjadi pembekal kodial NUTRIMA keluaran MARDI. Kenapa mesti kodial? Wah..hh ya kenapa ye? Promosi kodial bukan bermakna aku menggalakkan orang semua minum air manis2 tetapi aku memahami bukan semua orang minat air masak or air jarang macam seperti yang sepatutnya diambil 8 gelas seharikah? He he... aku adalah seseorang yang tak boleh minum air masak dengan banyak sampai berliter2 cam pelajar cina kat sekolah nu. Oleh kerana aku menyusukan anak dan memerlukan aku minum banyak..aku selalu menambahkan kodial dengan jumlah yang sedikit-sedikit agak2 manis3 buah je, then barulah aku dapat meneguk satu tupperware besar air per day. Aku ingin berkongsi kesedapan air kodial ni kepada teman-teman di sekolah.

Monday, July 20, 2009

Manageable

Minggu lepas...sangat huru-hara hidupku. Bertahun-tahun aku struggle untuk mengurus hidupku. Tambah-tambah lagi sejak protegeku lahir. Berikut adalah rutin hidupku yang semakin ke arah melaghakan
6.00 pagi terbangun, anak nangis minta susu. Susukan dia dulu. Lantas tertido.
Kang kejap lagi 5 minit pukul 7 pagi. Kubangun dengan tergesa-gesa untuk
sembahyang Subuh.
9.30 pagi Bangun dari tidur yang kuulangi. Protegeku Ariff tak bangun gak. Oklah.
Mama faham la kau tu demam.
Basuh pinggan mangkuk. Basuh baju. Tengok tv.
11.30 pagi Siap-siap gosok baju, mandikan Ariff. Cepat-cepat hantar protege gi umah
atuk. Ariff lentok-lentok kerana makan ubat je. Tak nak makan and main
12.00 tghari Pergi sekolah. Dengan 8 traffic light dan jarak perjalanan yang jauh
bangat. Ku sampai ke sekolah.
6.40 ptg Balik, biasa2 kumenghabiskan apa yang tak abis seperti
kemas,mengusik-usik cikgu bujang bila nak kawin, cakap pasal hutang
tak habis
. Dah terbabas sampai jam 6.55
7.20-7.30 malam Ambik anak rumah akakku dok satu taman.
Masak, basuh, tengok tv, buka internet, mengepam, marah-
marah. SMS Kim
1.00 pagi tidur.

Itulah rutinnya...tetapi minggu lepas rutin itu telah dikacau bilaukan olehku apabila ku buat lembaran berjadual BAb 6 untuk mata pelajaran Sejarah 9 mukasurat, Taip Kertas Soalan Sejarah 8 mukasurat, selama 3 hari tiga malam aku bersekang mata sampai pukul 3-4 pagi, hirup bercawan2 Indo Cafe...Anak sakit..minta perhatian sehingga akhirnya..AKU sendiri yang MC dua hari sebab selesema dan pening2 lalat!!!
Secara jujurnya boleh kukatakan. Aku GAGAL mengurus hidupku selepas berkeluarga sendiri. MAkkkkk!!!!

Tuesday, July 14, 2009

Minggu Yang Kasihan


Ariffin demam, batuk, dan selesema. Aku harus kuat! Rasanya baru hampir setahun dia lahir ke dunia. Inilah pertama kali Ariff demam. Emak..emak... merintih-rintih kesakitan. Aduh nak..kalaulah mama mampu menggantikan tempatmu, pasti mama pun akan merintih memanggil-manggil nama atuk PAh. Kelmarin Sabtu malam Ahad, kami terpaksa membawa Ariff di tengah-tengah malam kira-kira pukul 11 mlm ke bandar. Sakit mu buat menebus dosa, tetapi sakit anakanda juga buat penebus dosa-dosa mama yang banyak dikumpul. Tapi, kaulah kekuatan mama dan peneman mama. SAbar nak..sabar

Monday, July 13, 2009

Minatku terhadap sastera kembali berputik...

Sejakku mula mengikuti blog FAisal Tehrani minat dan kelekaanku kepada sastera kembali berputik.. Bukahkah, minat ini pernah kembang bugar suatu ketika dulu semasa aku sedang asyik membaca karya-karya HAMKA semasa sekitar semester 1 dan 2 di Universiti Malaya.
Aku mengenali saudara Faisal TEhrani ni ketika semester 3 dan 4, iaitu apabila aku sebilik dengan RAfidah. Masa itu era Zainol Azizi jadi Presiden Mahasiswa UM. Rafidah ni jadi alah..(sambil ingat-ingat lupa) penulis ke apa ke tah untuk majalah NADI. FAisal pula pelajar senior..nama dia sudah agak tersohor kiranya di UM. Menjadi bualan lah. RAfidah dan Faisal ni macam rakan sepasukan dalam penulisan. Tiap-tiap malam bila RAfidah balik bilik..dia akan bercerita pasal saudara Faisal itu dan ini. Aku pula mengenalinya secara jarak jauh. Minat jauh sekali..Aku lebih terpikat dengan HAMKA tika itu. Mungkin jiwaku saja yang seiring dengan kesusasteraan itu sendiri yang menghubungkan kami. Aku mula membaca karya-karya saudara Faisal secara lalu dan mungkin tanpa ku sedari yang sebahagian karyanya juga telah memanusiakan aku di universiti dulu. Aku membaca temuramahnya dengan Sasterawan Negara A.Samad Said yang selaluku terserempak dalam LRT BAngsar - Pasar Seni. Tak lebih dari itu. Lagipun huk..huk..siapalah aku, gadis comot dari Serom yang susah hilang bunyi jawanya walaupun sudah tinggal di KL 4 tahun. Juga...Aku masih ingat suatu malam, ada seorang kakak mengajak aku sambil menarik tangan dan berlari-lari di bawah pentas dalam auditorium semata-mata untuk menonton teater RINTIHAN CHICAGO, free beb! Wahhh...besarnya namanya dipersada sastera. Itulah zaman kegemilangan PMUM tahun 1997/98. Tak caya tanyalah rakan se gerakan(kenapa aku masih takut-takut bila tulis gerakan?) Hah...haha... Ingat nak beli Ketupat Cinta lah setelah aku kecewa dengan Cinta Hari- hari Rusuhan dulu. (Cover yang separa ****) dan jalan cerita well..tak habis baca. Baca Manisnya Epal di Mingguan Malaysia dulu lebih best. Sekarang mak dah jadi cikgu... sepatutnya aku lebih syok membaca karya-karya sastera kot daripada membeli-belah online (tapi tak beli) atau sambil baca blog orang. Ahaks!

Saturday, July 11, 2009

Kebaikan Susu Ibu Mama Ariff..

Sedar tak sedar...malam-malam begini (1.30 pagi) dihujung minggu, aku telah berjaya mengharungi dunia keibuan yang penuh liku? Tak jugak. Hari-hari yang membahagiakan barangkali. A moment yang aku perasan yang aku rasa sendiri tapi sebenarnya telah dirasai oleh ibu-ibu sejak bergenerasi. Dan..yang lebih mengharukan, aku telah menyusui anakku tanpa sebarang susu tin. Anakku tak mengenal rasa susu tin, atau susu formula atau susu tepung kerana keenggananku membeli susu tepung itew. Aku yang tidak mahu memperkenalkan anakku dengan susu tepung.

Ilmu pengetahuan dan kempen kesedaran penyusuan ibu itu adalah KUNCI kepada kejayaan penyusuan ibu. Dalam keadaan aku sedar nipun ..betapa baiknya susu ibu, aku masih tidak dapat menafikan keperluan susu tepung sebagai pengganti alternatif susu aku. Kenapa ya...kepercayaan bahawa susu tepung sebagai "buat tambah-tambah" bagai sudah menguasai pemikiran kita.

Wednesday, July 8, 2009

My Little Toad

Hari ni aku seakan-akan pulih dari kekecewaan SAbtu lalu. HAri Keusahawanan tetapi rugi? Itu yang menyebabkan aku kecewa dengan alam keguruan. Sehingga memaksa aku bermuhasabah diri. Membersihkan diri , mencari ketenangan dan kekuatan keimanan....Aghhhh...biarkan peristiwa hitam itu menjadi sejarah profile yang low profile ini. Bukankah, masa nak jadi cikgu tu..aku kata sanggup berkorban wang, korban masa, dan RAya Korban. HUk..huk.. Aku harus bangkit! -getah

Lalu...malam ini ku saja-saja tulis entry pasal my little toad. Seingat-ingat aku gambar ni diambil semasa umur si Arif ni 4 bulan gitu...masa ni dia baru-baru pandai terbalikkan badan dia.. (bila nyanyi pok amai-amai, budak ni akan terbang mengeletek) Gambar kat K-Mart, Tanjung Agas, Muar masa Expo BArangan Bayi. Lepas makan KFC, pastu jalan-jalan dalam K-Mart, ada jurugambar tangkap gambar untuk pertandingan bayi comel. Aku tak de le nak join contest tu.....TApi dek kerana ingin memiliki sekeping gambar anak bergambar ala-ala dalam studio, aku pun minta jurugambar tu ambil.. Alahai, Hasilnya, akuu PERLUKAN.. jurugambar kontemperari yang boleh mencomelkan anak aku, Sesuailah dengan harganya iaitu RM11 untuk 4 keping...minta lebih? BAyar lebihlah. (mode tak puas hati dengan kualiti) Aaaaa.... Aaaaa...Bilalah anak lakiku ini boleh memberitahuku itu dan ini? Huh..

Sunday, July 5, 2009

Please..wish me good luck


Semalam... aku kecewa yang teramat sangat. Seperti juga kekecewaan dan kesilapan-kesilapan laluku dalam bidang keguruan. Mungkin aku patut jadi lseperti gambar di atas ...Huk...Huk...Sooittt...(sedut hingus). Anak dan suami pun tak bisa mengubati kekecewaan ini.

Tuesday, June 30, 2009

From Muar, Johor to USM, Penang


Akhirnya...aku ke USM, Penang. Selepas balik sekolah pada 26.06.2009. Malamnya kami bertolak kira-kira pukul 9 mlm. Ingat nak tunggu cerita Nur Kasih TV3. Tak tunggu.

Malam itu kami bertolak melalui lebuh raya utara selatan. Aku, Suami, Ariffin, Kakak aku, anak dia dua orang. Aku yang nak hantar Yan pergi Pulau Pinang. Nak jalan. (Idea Hadiah Hari Jadi yang direka sendiri). Yang mana satu Yan? Yang pakai baju kurung merah, Kakak dia, Azie belajar UTEMs malam tu jadi driver dari Muar ke Seberang Perai, hebat tak? (Darah driver bapak aku mengalir kat dia ni) Hu hu hu..sepanjang malam tu aku bersengkang mata kerana menengok? ....Azie pandu kereta.

Gambar di atas diambil di tingkat 9, Bangunan Desasiswa Tekun. Naik jejantas lagi tu. Naik Lif Jalan kaki lagi tu....

Sampai rumah kira-kira jam 8.30 malam 27hb. Semua orang pengsan!!!Tidur mati. Babang bagitahu.. Sampaikan sukarela jaga malam kat taman...berhenti kat depan rumah jam 2 pagi ingatkan ada pencuri masuk sebab tak tutup lampu luar, pintu pagar, gril dan tv terpasang.

Monday, June 29, 2009

Happy Birthday Mama Al"Ariffin!!!!!

26 Jun, 2009 ialah Hari Jadiku..Happy Belated Birthday to me. Sungguhpun, aku orang yg paling suka celebrate Hari Jadi orang tapi birthday aku tak pernah-pernah pun nak celebrate. Masa sekolah-sekolah dulu, aku main tukar-tukar hadiah dengan sahabat baikku, Rai atau Zuraidah Talib. Rai lahir 27 Jun 2009. SEjak sudah dewasa dan kedewasaan ini menjadikanku sudah lali dengan tarikh itu.

Thursday, June 25, 2009

Baby Wearing - Bigeyesshop Giveaway II


Masih ada 30 minit sebelum pukul 12.00 tgh malam. Aku sedang berusaha untuk mengupload kan gambar baby wearing ku.... sebagai usaha untuk mendapatkan pouch a.k.a gendong Bigeyesshop. Kenapa? sebab sebagai seseorang yang semenjak dari kecil sudah dilimpahi dengan kasih sayang mak dan bapa..aku minat dan sesuatu yang "dekat", gendong itu adalah suatu benda yang mendekatkan anakku denganku. Aku dapat mendakap dan merasakan kehangatan anakku. (Atau sebenarnya semenjak aku kahwin dan mempunyai anak, aku dah tak dapat tidur bawah ketiak mak aku...hu..hu).

Gendong juga nostalgia buatku. (Ntah-ntah dulu mak aku dulu pun gendong aku pakai gendong juga ntah?) Mungkin...sebab aku macam pernah terbaca, bayi perempuan akan cenderung meniru perlakuan ibunya setelah ia dewasa. Kalau tak betul, statement aku yang cipta sendiri la kut. kui..kui.. Macam entry pertandingan sebelum ini, Seingatan aku, aku nampak dan tengok nyai aku gendong cucu 23 tahun yang lalu. Eleh..benda gendong ni bukannya janggal tapi ntah mengapa dalam zaman moden (dalam dunia iklan sana, iklan banyak, asyik2 iklan) berjaya gendong kain tidak lagi popular di bandar? Aku duduk kampung je, Di kampung kalau dulu-dulu orang kampung gendong baby pergi noreh, tapi sekarang ibu-ibu pakai gendong gi jemput anak balik sekolah. Naik motor tu... Caranya, pakai pouch ala back front yang ada dijual di kedai-kedai barangan bayi. Murah je tu. Dalam kurang RM30 je tu.

Peranan gendong ni sebenarnya penting..... Hu hu tak tahu nak meroyan apa daaa...Yang ku tahu, aku mengidam pouch baby yang dijahit penuh kasih sayang dan jahitan yang berseniwati dan yang pasti yang boleh ku bercerita pok pek macam nak jual barang bayi kepada orang lain walaupun aku rasa orang macam endah-endah tak endah je apa yang aku cakapkan. 4hb ni ada Hari Jualan dan Keusahawanan, kalau dapat pouch ni, boleh aku pakai bawa Arip ke sekolah sambil jalan sana jalan sini menayang pouch free. Kalau tak dapat?...Rip, kau jalan sendiri. Tak kuasa mama nak gendongmu nak oi!

Tuesday, June 23, 2009

Sudut Sejarah

Fuhh...lega, akhirnya Sudut Sejarah berjaya juga disiapkan walaupun dalam jangka waktu yang terlalu suntuk. Kami bermula dengan mencari lokasi sudut...dan tadaa...selalu nak buat magickah?. Sumbangan ku taklah seberapa, cuma sekelumit, paling glamer pun untuk memeriahkan lagi kumpulan membina sudut sejarah ni je. Yang sebenar-benar berusaha mental ialah Kak Siti Maimunah nuu... yang tengah duduk keletihan nu..
Aku selalu nak bercerita tentang segala-gala perkara berkaitan pakai buang. Pakai buang is a bad kan anak murid..maka anak murid aku pun berkata, "Yaa...." tak bagus untuk enviroment. Eh, apa pulak yang akak melalut, Tak delah...kuharap sudut sejarah ni tak pakai buang. Nak masuk pertandingan barulah siap siaga. Habis pertandingan, hilang ntah ke mana. Sebab tulah aku abadikan sudut sejarah ni dalam blog ini. Sebagai kenang-kenangan, sebelum sudut ni jadi sudut Anti-Dadah lak. (Bila sudut ni dah siap, ramai pulak cikgu2 bertanya-tanya? Eh, bukankah sudut ni sudut Anti-Dadah yang punyakah?) Sibuk betul.
Ni, sudut kosong sebelum ia bertukar menjadi sudut sejarah. Tangga kecil tu, tak pergi kemana, cuma ada satu bilik storan kecil untuk pekerja swasta simpan sabun, penyapu, mop dan lain-lain yang menjadi ABK(Alat Bantu Kerja) diaorang. Tanpa perbincangan dan garapan idea guru-guru otai Sejarah takkan jadi sudut ni sedemikian rupa. Dan aku sendiri pun...terpinga-pinga nak buat macam mana? Aku bukan guru sejarah yang baik kan kan... Hu hu.

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa


Sebenarnya aku enggan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kerana that's not my style lah. Tetapi ku dedikasikan jua ucapan ini buat suamiku @ Ayah Ariff..


Yayah...yayah...nak tek,
Tapi ayah tak de tek...

Yayah...yayah...nak jalan,
Ok...tapi Ariff tak mo tido gak

Yayah...yayah...nak durian
Opsss...sorry yayah tak makan durian

Yayah...yayah...Ariff poo..pooo
Ayah pok pet pok pet
Gi panggil Mama...

Yayah...yayah..bila Ariff besar
Ariff akan tulis kad besar cam Ayah
kasi kat ayah ayah..okey

Selamat Hari Bapa... Jangan jemu mencuba resepi (mama pesan)

Tuesday, June 16, 2009

Jenama Terbaik!

Ada yang kata aku membazir. Beli banyak pam. Mula-mula aku pakai manual. Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Tanyalah pada yang pakar...atau rasailah sendiri. Empunya badan tak anggap ia membazir kerana ia adalah pembelian yang bijak? Harga pam manual Medela Harmony RM224, mula pakai selepas cuti bersalin berakhir. Mengepam balik sekolah dengan keadaan.. Ya Ampun.. Sakit yang sukar ku gambarkan dengan kata-kata..selama 20 minit. Aku melakukan selama kira-kira 4 bulan setiap hari. 100 hari x 3 kali pam. Setiap kali pam mengambil masa 20 minit. 300 x 20 minit= 6000 minit. Wajarlah aku beli pam baru. Kemudian, kuberalih kepada pam elektrik medela swing. RM691...kalau ku tau kepala pum tu sama ngan Medela Harmony, aku cari motornya je... Sweetnya and cute betul Medela Swing. Pengeluaran susuku pun dah tak sedrastik semasa 5 bulan pertama menyusukan Ariff, sebab demand Ariff dah berkurang, dah kusuapkan Nestum Beras. Mahal ek? Mahal memang mahal, tetapi aku terpaksa? beli. Sebab aku mampu beli dan bayar..Rilekslah. Mak aku pun tak komen apa-apa. "Mak, Muuah..I love U" Mak marah aku habis duit buat jalan. Tapi bila aku beli mesin ni, dia senyum je". Semasa blog ini ditulis, aku seakan-akan tak percaya aku telah menghabiskan duit untuk beli Swing ni. (teringat derma anak yatim lah, BERSAMAMU TV3, )

Sebelum... Set Swing yang lengkap. Handle pam boleh dipakai menjadikannya..tadaa..Medela Harmony. Aku pernah try jual Medela Harmony ni..tapi tak ada orang tanya. Marketing k.o. Aku tak juallah..Tak akan jual even for money. Napelah aku boleh terfikir untuk jual for money.

Selepas....20z je.
Bulan 12, aku main kutu beli Spectra 3 for double pam ngan Haza. Siapa-siapa dalam pantang yang bercadang nak buat stok susu, aku boleh pinjamkan mesin Spectra 3 ni. Tapi aku malu nak wara-warakan sebab aku tak pandai promote. (Aku pernah promote susu ibu kat member lelaki untuk isterinya, alah2 dia hantar gambar lucah orang lelaki hisap t***k )Niatku supaya ibu atau isterinya menyusui bayi dia. Sejak tu aku malass..nak cakap.


Stok beku. Untuk hari-hari yang aku ganti puasa. Insyallah...



Salam...selepas pantang dan untuk meninggalkan susu kepada bayi, saya gunakan Medela Harmony. Dengan zero pengetahuan berkenaan pam susu, saya bersyukur kerana Allah menunjukkan jalan kepada pam ini. (Masa terbeli, kecut perut sebab mahal. Pandai betul sales girl tu menghasutku). Tetapi, tanpa sokongan keluarga nampaknya pam Medela Harmony berjaya menjadikan penyusuan ibu selepas bekerjaku berjaya. Saya berjaya mengepam 3 botol 5 oz sehari untuk bekalan baby hari seterusnya. Dengan satu pam manual Medela Harmony sahaja membuka dunia saya kepada bidang penyusuan exclusive 6 bln pertama.
Dah 6 bln tu..saya gatal2 tangan dan dan pandai-pandai beli online Medela Swing dan Spectra3. Sekarang baby dah 10 bulan. Saya pakai dua-dua. Tengok keadaan diri sendiri. Kalau balik kerja, buah dada dah sarat dan penuh betul saya pakai spectra3 buat double pam. Kerna pada ketika ini diri sendiri amat memerlukan sesuatu untuk mengosongkan kedua-dua belah buah dada. Manakala, kalau balik kerja kurasa buah dada tak sarat...pada tika ini diri sendiri memerlukan sesuatu untuk merangsang pengeluaran let down. Sesuatu itu ialah Medela Swing lah. Medela Swing ni ada 2phase ekspression yang menggalakkan pengeluaran. Bunyi Vibrate yang terhasil tulah kot yg merangsang.
Daripada zero berkenaan pam saya dah jadi pandai pulak melalui pengalaman. Dengan pam-pam saya menyokong diri sendiri untuk memberi anak susu ibu selepas bekerja. Kalau tak ada teknologi ni, agaknya anakku tu pun dah minum susu formula. Dan saya juga enjoy gak sebab dapat gunakan duit hasil penat (emosi dan mental)bekerja tu untuk benda berjenama lagi mahal tu. He he he... Orang lain pakai kasut n beg tangan berjenama pergi kerja. Aku pakai pam berjenama tapi pakai beg free MSSD wat gi sekolah. (Saya bekerja meninggalkan bayi dari pukul 12 tghari- 7.30 mlm)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...